Friday, December 24, 2010

Tersilap langkah, tersalah percaturan.

Baru 2 hari selepas hari terakhir aku bekerja secara sambilan di Bandar Sultan Suleiman yang kaya dengan lori dan treler panjang. Dan baru juga aku merasai hari yang (takleh nak define dengan kata2, excited overloaded) namun hanya untuk beberapa jam sahaja atas sebab kekangan masa dan kekurangan kenderaan. Dan hari ni, aku di rumah. Mungkin, sedikit terasa bosan. Tapi, apa yang pasti, ada sesuatu yang aku kesalkan.

Bermula 22 Nov hingga 22 Dis, aku masuk mode kerja. Selama sebulan itu, aku kerja dengan harapan, dapat lah guna duit gaji untuk cover beberapa benda yang perlu dibayar. Dan memandangkan aku sudah mempunyai satu rancangan pada bulan 12 ini, aku fikir duit hasil usaha aku tu boleh lah digunakan untuk waktu2 keriangan. Rasa macam kurang patut kalau guna duit yang diberi Encik Sponsor untuk bergembira. Mungkin sedikit berbangga kerana aku tidak sewenang-wenangnya mempergunakan Encik Sponsor untuk kegunaan peribadi, sebaliknya, aku menggunakan apa yang aku perolehi hasil usaha aku (walaupun takda la usaha mana, tapi, still, usaha ).

Walaubagaimana pun, aku tahu, banyak masa yang aku dah habiskan di tempat kerja. Pagi, kerja sampai petang. Balik, makan etc. Pukul 11 dah mengantuk. Dan rutin itu berterusan.. Hmm.. dan aku cuma ada seminggu lebih saja lagi sebelum masuk semula ke kolej. Kalaulah aku ada lebih banyak masa, masa yang boleh digunakan sepenuhnya. 40 hari memang tempoh yang lama. Aku sepatutnya berhenti lebih awal. Dalam minggu pertama bulan 12 mungkin. Supaya aku tak rasa begini. Rasa kesal.

No comments:

Post a Comment