Monday, October 3, 2011

Antara budi dan bangsa


Adam Scofield pernah berkata " Spjg hampir 10 tahun saya mengajar, saya menyaksikan penurunan kualiti pelajar2 melayu (hingga sekarang) dgn perangai malas, suka bertangguh, membuang masa, dsb - bukan semua, tetapi majoriti. "


Mungkin betul, mungkin tak. Itu dia cakap, tapi aku nampak benda lain.

Aku nampak penurunan dalam nilai-nilai adab dan sahsiah orang Melayu. Orang Melayu yang kononnya kaya dengan sifat budi bahasa dan sopan santun, tapi rasa-rasa macam dah susah nak jumpa. Macam cerita P Ramlee, dulu selalu ada, senang nak jumpa, sekarang bukan main susah lagi nak cari.

Orang Melayu ni baik, datang rumah orang penuh adab.

Sebab bila datang rumah orang, orang Melayu duduk elok je sopan dalam rumah.

Dan orang Melayu fikir tak proper kalau suruh tuan rumah sediakan makanan. KAH KAH.

p/s: Melayu ni murah dengan senyuman. Jangan lah pandang tepi, lepas tu buat muka slack  :D