Saturday, June 26, 2010

Sama kah?



kembar?


inilah wajah-wajah budak kecil. hmm adakah wajah keduanya serupa? atau mungkinkah orang yang sama?

APA PENDAPAT ANDA?

Friday, June 25, 2010

kisah si bola

hmm... mungkin sudah ada yang tahu pasal ini. mungkin juga ada yang tidak tahu apa apa. tapi, apa yang penting, sudah ada beberapa blog yang telah pun menceritakan tentang perkara ini, iaitu berkaitan bola rasmi Piala Dunia 2010, Jabulani.

Bukan bola sepak yang ingin dikisahkan, tetapi, persepsi masyarakat terhadap isu ini. Mari imbas kembali,

Ada banyak kecurigaan bahwa Jabulani menyembunyikan kata yang sebenarnya yaitu Jahbulon. Ini mengingat bentuk panel bola Jabulani yang serupa dengan simbol Jahbulon.

Hal ini boleh saja dibantah, akan tetapi mengapa FIFA berkeras menggunakan bola yang dikatakan tidak enak oleh sebagian besar pemain bola yang pernah mencobanya?

Berikut ini adalah arti Jahbulon dalam perbendaharaan yahudi.
Jah berasal dari bahasa Kaldea artinya 'Tuhan' dan di dalam bahasa Yahudi berarti 'kehendak Tuhan yang tidak terbatas kehendak-Nya'. Kata jah menunjukkan kekuatan yang nyata, harapan masa depan, dan sifat abadi (external existence of the most high).


Bul berasal dari bahasa Syiria artinya 'Tuhan yang mutlak disembah karena mempunyai kekuatan dalam segala hal'.


On diambil dari kebiasaan masyarakat Mesir kuno, yang artinya 'bapak kami yang berada di surga'. Sehingga gabungan dari ketiga komponen bahasa tersebut, Jah-bul-on adalah 'Tuhan yang Mahakuasa dalam segala hal, yang patut disembah karena kekuasaannya tersebut'.


Akan tetapi, ditafsirkan pula bahwa jah artinya 'Yahweh'. Bul berasal dari 'baal' dan on mempunyai makna sama dengan Osiris (dewa Mesir kuno) bapak dari Horus. Jadi, Jahbulon adalah gabungan kata antara: yahweh, baal, dan Osiris yang juga merupakan kekuatan dari Tuhan Jehovah.



Hmm.. ok.

Sekarang, mari kita imbas pula kisah yang lain. Berkaitan, si buaya comel yang terdapat di selipar/sepatu/sandal. Sememangnya, ada pihak yang benar-benar berang, kerana beranggapan ianya suatu penghinaan yang nyata. Ada pula yang menganggapnya sebagai suatu kebetulan. Biasalah, lain orang, lain fikiran dan pendapat. Tetapi, jika ianya benar-benar suatu penghinaan yang disengajakan, (mana taknya, digunakan sebagai alas kaki) kenapa tidak bola tersebut, menjadi suatu penghinaan kepada suatu pihak yang lain?

Cuba bayangkan, tuhan mereka dipijak, ditendang, dibaling, malah dikepit-kepit, bukankah itu seharusnya membuatkan mereka terasa dihina dan sebagainya?

Apa yang ingin dikongsi di sini ialah, bukan mengenai perancangan Yahudi, penghinaan ke atas Islam, kempen boikot atau pun apa apa yang berkaita, tetapi kesedaran tentang diri kita sendiri. Walau sedalam mana pun kajian kita tentang perkara ini, kalau tak ingat nak solat juga, apa guna? haha ada otak, fikir sendiri.

Thursday, June 24, 2010

hari riang gembira

Pukul 4 pagi, aku terjaga, terdengar bunyi hujan yang kuat. "hmm susah la kalau hujan..macam mana nak keluar nanti..", fikirku. Setelah solat subuh, aku penerima pesanan ringkas SMS dari rakanku, ucapan selamat paginya sudah cukup untuk membangkitkan aku dari rasa mengantuk ingin tidur. Lantas, aku keluar dari rumah, menjenguk ke pagar. Rupanya, tidak hujan pun. haha apa yang aku dengari pagi tadi? HANTU? tak mungkin. tapi, ku endahkan saja. ada perkara yang lebih penting menanti ku.
asdadasdasdsdsdddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd
Selepas selesai mandi dan bersiap, aku menunggu babysitter yang menjaga adik-adikku, Kak Mus untuk tiba. Ketibaan beliau tepat pada 8 pagi membolehkan aku meng'handover' tugas menjaga kanak-kanak di rumah. hahaha, gelakku seorang diri. Pukul 8.45, aku berjumpa kawanku di bus stop. Dari sana, kami menaiki bas ke stesen komuter KTM Klang. Setibanya kami di sana, aku bergegas membeli tiket ke KL Sentral. Harap harap tren akan segera sampai.. 10 minit berlalu, tren yang ditunggu tunggu muncul juga. Kami duduk di koc paling belakang, agak selesa di situ, sejuk dan tidak padat dengan orang.
Perbualan kami memecah kesunyian. Pelbagai topik dibualkan, pelbagai 'repekan' dilontarkan, pelbagai pendapat dihujahkan. Sedar tidak sedar, setelah hampir 45 minit perjalanan, tiba juga di destinasi yang dituju.

asdadasdasdsdsdddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd
"Nak makan dulu ke? Nanti lapar.." tanyaku, menyedari rakanku yang masih belum lagi bersarapan kelihatan agak lapar. "takpelah..dah pukul berapa dah ni.. nanti lambat." jawabnya. Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan ke Suria KLCC. Lebih dekat, dan cepat, berbanding ketika menaiki KTM sebentar tadi. Ketika sedang dalam perjalanan menuju ke TGV, aku bertanya sama ada ingin menonton wayang dahulu, atau pergi ke Petrosains dahulu. Beliau yang seperti tidak mahu membuat keputusan, bertanya tentang pendapat ku. Setelah dibincangkan dengan teliti, akhirnya kami bersetuju untuk menonton wayang terlebih dahulu, pada ketika itu, jam menunjukkan 11.30 pagi., beratur dan membeli tiket, KARATE KID, 12.30 PM, 2 ADULTS.   
                                                                                                                                                                                                                                   
Lebih kurang sejam lagi sebelum tayangan bermula, masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk mengalas perut. Menggunakan eskalator untuk turun ke tingkat bawah dan membeli pretzel berperisa Parmesan Cheese dan Sour Cream and Onion sebelum berjalan kaki di KLCC Park. Mungkin rakanku itu berasa sedikit kecewa kerana tidak membawa Alpha 230 bersamanya (ramai orang bawa DSLR pada ketika itu). Tepat 12.20 tengah hari, pretzel yang dibeli sudah habis dimakan. Kami mula berjalan masuk ke Suria KLCC. Huh, memang sejuk bila masuk dalam. Air mineral sejuk dan iced lemon tea dibeli sebelum memasuki panggung wayang. Mengambil tempat duduk, dan cerita pun bermula. Aku semakin kesejukan. Huuu~
   
Dua jam setengah berlalu, cerita pun habis. Kami turun untuk bersolat dan kemudian naik semula ke tingkat atas untuk ke Food Court. Sudah lapar, mahu makan tengah hari pula. Dua nasi lemak biasa,dan duduk berhadapan dengan tingkap. Tapi cuma rakanku saja yang nampak pemamdangan di luar, aku pula hanya menikmati pemandangan orang ramai lalu lalang berjalan jalan. HAHA ini gara gara sikap gedik yang mungkin sukar ditafsir oleh orang biasa. Apabila perut sudah diisi, tenaga juga mula dijana. Perjalanan diteruskan ke tingkat atas. Kali ini, Petrosains menjadi sasaran.
 
"Petrosains, dua orang. Erm.. kad kelab Taha boleh guna kan?" haha tak sia-sia aku menjadi ahli kelab Taha. Dapat juga diskaun. Menjimatkan. Pengembaraan kami bermula dengan The Dark Ride. Memang gelap pun, sesuai dengan namanya. Kami pun berjalan lagi, menyentuh tiub plasma, menghidu bau udara yang penuh dengan sulfida, bermain kapal terbang, melihat cermin aneh, dunia infiniti, menguji heartbeat, alfa beta di dalam otak (okay, kali ini kemenangan memang miliknya.aku kalah..haha), membuat strategi di litar lumba(kalah lagi.. adui) dan macam macam lagi lah. Tatkala jam sudah hampir 5.30 petang, fasilitator di situ pun sudah mula menunjukkan isyarat yang tersendiri (waktu operasi hanya sehingga 5.30 petang). Kami yang mula memahami isyarat kinayah mereka segera menghabiskan pengembaraan kami, yang berakhir dengan The Exit Ride (lebih kurang macam Dark Ride, cuma kali ini, baju kami ber'glowing'). Ucapan terima kasih dari kami atas perkhidmatan yang begitu memuaskan., sungguh ramah mesra.
 
Fuhhh...sudah banyak tenaga digunakan. Hari pun sudah petang, mungkin bergerak pulang segera merupakan pilihan terbaik pada ketika itu.
 
"Ding dong~~ (bunyi yang biasa kedengaran sebelum pengumuman dibuat di stesen KTM, aku tahu bunyinya mungkin sedikit berbeza dari yang dinyatakan) tren ke pelabuhan klang dijangka akan tiba pada 6.28 petang." masih ada beberapa minit lagi sebelum tren sampai, orang ramai pun sudah mula bersesak sesak. Memang penat, sebab sudah nama pun berjalan. Kalau tak nak penat, duduk saja di rumah. haha.
 
                                                                                                                                                                                                                    Aku tiba di rumah lebih kurang jam 8.15 malam. Agak lewat rasanya. Tapi, apa pun aku tetap seronok dan puas dapat menghabiskan masa sehari suntuk bersama rakanku itu. Pelbagai perkara dikongsi bersama, riang, gembira, sedih, duka, dan semuanya lah. Masih ada seminggu lebih sebelum aku mendaftarkan diri ke kolej. Aku harap ini bukan kali terakhir aku dapat berjumpa dengannya sebelum 4 Julai nanti. Aku masih belum ada apa apa difikiran, namun bagi yang memahami, sebagai nelayan.. hmm sebenarnya, mungkin ada. Mungkin. :)

Monday, June 21, 2010

akhirnya

huuu..setelah 6 bulan berlalu, akhirnya berakhir jua kerjaya ku di Pizza Hut. berbagai-bagai pengalaman telah ku timba, berbagai ragam dan orang sudah ku jumpa. bermula dari hari pertamaku, 6 jan 2010 sehinggalah ke hari terakhirku, 20 jun 2010, segala yang telah ku pelajari di situ tidak akan sesekali ku lupakan. haha memang seronok la kerja di situ. lagi lagi bila manager tak ada, memang jadi rumah sendiri. masak je apa yang nak di makan. hahaha..

apa pun, terima kasih diucapkan kepada Miss Liana, Miss Hana, Sir Hisham dan Sir Wan yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang ku berada di situ. bermula sebagai buzzer dan setter, kepada service, kemudian berjinak-jinak dengan kitchen, dan mempelajari ilmu barperson. haha.. memang seronok, tambah-tambah time busy..sampai service staf tak sempat nak hantar air la..haha

itu lah dia kehidupan sebagai seorang staf di Pizza Hut. kadang2 tension, kadang2 seronok..mcm2 dah dirasai.. kena puji, kena maki, sampai dah bosan lah. haha... anyway, aku harap, bila ada free time lagi, aku nak je kerja part time di situ..

ni lah kata2 yang akan aku ingat sampai bila2,, " Didi,, sebelum balik nanti follow up salad bar ye.." haha

Sunday, June 13, 2010

tambah seminggu lagi

haha..masuk kali ni, sudah 3 kali aku tarik balik surat 'resign' aku. pertama kali ku hantar surat tersebut, adalah kerana ku fikir ingin bekerja di tempat yang lain, tetapi, bila difikirkan semula, untuk apa susah2 cari kerja sedangkan kita sudah mempunyai kerja. dekat pun dekat, mudah pun mudah..oleh itu, aku pun berhajat untuk berhenti kerja pada hari yang lain.

kali kedua, perkara sama juga yang ku lakukan. alasan ku untuk berhenti adalah kerana ku ingin menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi. namun, beberapa lama selepas itu, aku mendapat tawaran yang lebih baik bagiku. tarikh pendaftarannya pula adalah pada bulan 7 sedangkan pada masa itu baru sahaja masuk bulan 6. hurm,, terpaksa lah aku menarik balik suratku bagi mengelak kebosanan melampau di rumah.

haha.. dan ini yang kali ketiga.hari terakhir ku sepatutnya jatuh pada hari isnin, 14 jun 2010, malangnya, aku fikir dalam tempoh 14-20 jun itu, tiada apa yang seronok untuk dilakukan di rumah. perancangan aku untuk keluar pula adalah pada minggu hadapannya. jadi, aku ingin tambah seminggu lagi sebelum berhenti bekerja sebagai seorang service staff, barperson dan cashier di Pizza Hut.

haha selamat bekerja :)

Monday, June 7, 2010

post pertamaku

haha.. akhirnya, setelah berbulan-bulan aku membaca blog, terbuka jua hatiku untuk membuat blog ku sendiri. setelah kering otak diperah memikirkan nama yang sesuai untuk blog ku ini, maka muncul lah idea untuk ku menamakannya dengan nama yang aku rasa, mempunyai makna yang mendalam bagi mereka yang memahaminya. walaubagaimana pun, perjalananku bukannya mudah. aku terpaksa berbalas pesanan ringkas dengan seorang kenalan ini bagi memastikan bahawa aku tidak tersalah 'create'. dan dia sememangnya memberikan bukan 101,102, tetapi 103% keyakinan kepadaku. dan akhirnya, dapatlah aku mengesahkan akaun lalu menulis (menaip) post pertama ku.


apa apa pun, aku masih lagi orang baru dalam dunia blog ini, oleh itu, aku harap dapatlah aku belajar lebih lagi tentang blog ini pada masa depan. haha sekian.