Tuesday, January 17, 2012

Lirik lagu





Selepas balik dari kelas...

******

Aku cepat-cepat balik ke dorm. Terus berbaring. Memang penat belajar dekat sekolah asrama ni. Lepas kelas je, ada prep. Kalau tak prep, ada la ceramah segala bagai. Tak ada masa rehat langsung. Time interval antara prep dengan lunch je la masa yang sesuai nak rehat sambil-sambil dengar lagu. Kebanyakan kaset aku yang lain dah rosak. Tinggal 4-5 kaset je yang boleh pakai, walkman ni pun dah ada gaya nak rosak. Janji boleh dengar lagu, sudah la.

******

"wey, apa salah tu.. bukan Lala Lala Lumpur la..nyanyi pun boleh salah..spoiler betul", tegur rakan sekelas aku merangkap teman sebilik. Dia memang pakar kalau bab-bab industri hiburan ni. Maklum lah, kalau hujung minggu mesti pergi jamming. Kalau ada gig mana-mana, tak boleh tak join.

Aku mana la reti sangat lagu Mizz Nina nie. Laju sangat dia nyanyi, boleh tergeliat lidah.

"Lek la.. lagu je pun.. " dengan malasnya aku menjawab.

******

Macam biasa, lepas maghrib mesti ada bacaan yasin. Maklum la, nak dekat musim exam katakan. Surau pun makin selalu penuh sejak kebelakangan ni. Ada yang datang nak solat hajat, tadarus, rehat-rehat, study, tidur.


Tiba-tiba hari tu rasa nak baca yasin lagi sekali. Malam tu, sebelum tidur, aku ingat nak buat bacaan yasin sendiri dekat bilik. Rakan sebilik aku tengah buat kerja rumah. Nak  four flat katanya. Aku ajak sekali. Dia on.

*****

"Besmillahirrahmanirrahim.. " 


"wey, salah tu, bismillah.. bukan besmillah..(sebutaan base-meal-la)..

Aku tegur bukan sebab apa, takut nanti lari maksud je. Kalau salah lirik, spoil lagu je..kalau salah baca Quran, spoil ayat-ayat Allah katanya.





Friday, January 13, 2012

untuk warga muda dan remaja




Ramai orang muda sekarang, sibuk bercinta. asyik cakap "you milik I selamanya" , "saya milik awak forever" bla bla.

tapi, sedar tak, kalau esok tu mati, tapi bertaubat tak lagi, ke neraka la diorang pergi.

jadi, macam mana diorang boleh cakap macam yang di atas?
PELIK.

********

semua orang tahu, hidup yang kekal memang selamanya tu cuma dekat akhirat, yang abadi hanya di syurga atau neraka.

so, macam mana yang betul2 orang kata hidup bahagia selamanya? sila tengok gambar screenshot di bawah.





sumber : http://wanitasihat.com/siapa-suamiku-di-syurga-nanti/

sudah jelas?

************

p/s : sedap jugak lagu ni time2 macam nie

Tuesday, January 10, 2012

Filem Malaysia




siapa perasan, klu dlm cerita2 drama atau filem yang ada konflik antara dua kuasa besar yang memerintah, mesti ada watak protagonis dan antagonis?

Dan kebiasaannya cerita-cerita seperti ini bermula dengan penceritaan tentang sejarah tampuk pemerintahan atau bagaimana konflik yang bakal melanda boleh bermula. ( mungkin boleh disamakan dengan cerita Prince of Persia? )

Dan juga pasti diselit sedikit unsur seks/cinta dalam cerita tersebut. paling kurang pun adegan french  kissing la..

Dan dalam cerita tu juga mesti ada scene2 yang si hero ni ada gaya nak kalah, serupa takda harapan nak menang lepas tu tiba2 ada kuasa ajaib/pertolongan yang tak disangka/etc2 untuk bangkit melawan si jahat.

Dan secara amnya, aku yakin dari awal lagi penonton dah boleh agak mana watak jahat dan mana watak baik.
(mungkin tidak utk cerita Harry Potter, ramai yg musykil Prof Snape tu baik atau jahat)

**********

melihatkan keadaan Malaysia sekarang, aku rasa macam dlm tengah2 drama pulak. Cuma aku tak tahu je siapa watak protagonis dan antagonis.

Sunday, January 8, 2012

betul you sayang i ?



"Along, bile nak kahwin? Dah tua sangat dah nie.." sibuk sungguh si ibu nak aku kahwin~ adeii..

******

couple - cinta - kapel - love - love ni memang sinonim sangat2 dengan kisah2 remaja waktu sekolah2 menengand bnda2 ah zaman sekarang nie. Dan aku sangat lah yakin, memang normal utk ade rase macam tu. klu tak, ade kmungkinan jadi gay dan sebagainye.

Ok, berbalik kepada isu asal, sejak kebelakangan ni, aku selalu terfikir. Kenapa mesti couple2 bagai? kenapa kena suka2 orang itu ini etc2.. ? yes, memang fitrah. fitrah manusia utk ade rase suka syg bla bla.. Orang yg kite mule2 syg dlm hdup kite semestinye famili terdekat.. atau bagi org yg mgkin tiade famili, sesiapa yg rapat dgn mereka.. jadi, mesti la ape pun yg jadi, kite nak bnda2 baik yg jadi kat diorng..and bnda2 buruk (mcm accident and stuff) terhindar dari org2 yg kite syg..

So, bnda sama msti apply kat bakal pasangan hidup kite gak. kalau kite betul2 syg, mesti kite nak bnda2 bgus utk dia, and of all the things yg bagus, the most important part nanti bile dekat akhirat, either syurga or neraka. takkan kita nak org yg kite syg msuk neraka, ye dak? kite kena ingat, time rate kat dunia ngn akhirat berbeza, 1 tahun kat neraka tak macam setahun kat dunia...

lagipun, kita kat dunia sekejap je... maksimum pun dlm 100 tahun ++..klu kite betul2 serius dgn org yg kite syg, takkan kite nak hidup 100 tahun je kot dgn dia? mesti kite nak msuk syurga ngan dia, baru betul "Live happily ever after".. tapi sedar atau pun x? yg kite sndri pun tak cukup layak lagi nak msuk syurga.. berapa banyak dosa kita?

kalau still dgn keadaan yg penuh lalai ni, mcam mane nak bahagiakan diri sndri and orang lain? ingat, hidup tak lama.. guna masa yang ada sebaiknye.. bila2 je Allah boleh tarik nyawa kite atau org sekeliling kita.. kalau x sempat nak taubat, snggup ke kita merasa seksa neraka? macam mane dgn org yg kite ckp kite ske/syg/bla bla2.. nak ke kite tngok dia terseksa dlm neraka? klu betul serius, jadi org yg boleh meminpin org lain ke syurga-Nya.

p/s : pesanan ikhlas utk diri sendiri dan rakan-rakan