Saturday, March 31, 2012

Istimewa


Hampir 20 tahun hidup, dan sudah ramai manusia yang aku jumpa. Semua berbeza, dari banyak aspek. Dan ramai yang aku masih berhubung dengan. Tak kira lah, melalui Facebook, Skype, Y!M dan lain-lain.

Tapi, cuma certain  orang je yang aku jumpa, aku susah nak lupa, sebab orang-orang macam ni la yang aku rasa berbeza, yang aku percaya, berjaya mengubah cara pemikiran aku.

  1.  Suka mendengar ceramah Ustaz Ismail Kamus, dia orang pertama yang membuka minda aku tentang indahnya Islam. Seronok berkawan, sebab seriously, dia kreatif dalam berfikir. Corak pemikiran yang hampir sama, dan minat yang sama. Haha aku memang suka tengok dia buat card tricks. Dari Gerik sampai Melaka, perangai tak ubah-ubah. haha
  2. Kawan baik merangkap classmate dan homerommate. Gaya ala-ala abang sulung, memang buat aku suka pillowtalk  dengan dia ni. Ringkas dan berfikiran terbuka serta matang. Sayang sungguh, 2 tahun je dapat lepak sama.
  3. Efisien (efficient). Pendek kata, memang sangat teratur dan profesional. Ada gaya ala-ala ayah aku (dan ayah dia juga mungkin) agaknya sebab ayah dia banyak pengaruh dia kot. Pemikiran yang matang dan jauh ke depan. Paling best dengar lawak dia masa naik kereta laju-laju.
  4. Dengan gaya ala-ala bersahaja, dan muka malas baru bangun tidur, memang orang tak akan sangka yang dia ni budak pandai genius bijak gitu. Mana taknya, universiti luar negara dah tawar tempat, siap telefon, boleh dia tolak, fuhh! Apa yang best pasal dia? Ilmu dia! Ilmu yang berfakta dari banyak sumber bacaan, dan dia pun jenis yang pandai guna Internet (tahu guna dan pandai guna sangat berbeza bagi aku). Dia salah seorang yang aku sangat-sangat respek. 
Bangga, bangga menjadi sahabat mereka.

Thursday, March 8, 2012

syukran.


"Beri definisi syukur. "

semua orang boleh beri maksud syukur. semua orang pun tahu  apa itu syukur.

Tapi, ikhlaskah kita dalam bersyukur? Tahukah kita nilai dan erti sebenar syukur. Aku yakin, tak semua orang betul-betul faham bagaimana rasanya bersyukur.

Orang cakap, bersyukurlah atas nikmat tuhan yang ada, contohnya masa, kesihatan, kekayaan dan lain-lain. Lalu berkatalah, aku sangat bersyukur atas nikmat tuhan ini. Tapi, adakah sekadar kata-kata atau pun datang dari hati? Aku sendiri akui aku belum benar-benar mensyukuri nikmat pemberian tuhan.

Kenapa ? Sebab aku pasti yang aku faham macam mana rasanya syukur tu, atau apa yang sebenarnya timbul dari hati dan perasaan bila aku rasa 'bersyukur'. Dan bukannya pada setiap masa dan saat aku melalui perasaan syukur tu.

Aku belajar bersyukur melalui pengalaman. Apabila mendapat suatu kelebihan selepas merasai kekurangan, bila berjaya, selepas gagal. Dan jika sekiranya kejayaan tu dapat dirasai tanpa kegagalan, susah sikit untuk hadir rasa syukur dalam hati.

Sebab itu kebanyakan muallaf dilihat lebih mensyukuri nikmat Islam daripada kebanyakan remaja Islam pada masa kini. (berdasarkan pemerhatian semata-mata)


  •    Andaikan situasi seorang manusia yang tak pernah mempunyai laptop dan terpaksa 1) ke library  untuk menggunakan komputer atatu 2) pinjam laptop kawan dan keadaan ni berlanjutan hingga 2 tahun. Aku yakin, jika sekiranya dia mendapat laptop sendiri pada tahun berikutnya, dia faham apa itu syukur.

  •    Andaikan situasi seorang pelajar yang tidak mempunyai rumah dan terpaksa menumpang tidur di ruang tamu rumah orang lain untuk satu semester, alangkah nikmatnya apabila pelajar tersebut mendapat rumah sendiri pada sem berikutnya. 


Bagi yang mendapat markah rendah dalam satu-satu test, jangan kecewa. Tapi bersyukur lah. Sekurang-kurangnya bukan kena tendang dari institusi pengajian pun.