Saturday, June 25, 2011

July 2010 - June 2011

23 Jun 2011.

Tamat sudah perjuangan 11 bulan di Intec yang bermula 4 Julai tahun lepas. Selepas 3 musim bertahan (Fall, Spring dan Summer) akhirnya berakhirlah kisah hidup aku di Shah Alam. Yes, pelbagai cerita dan ragam aku temui, juga bermacam jenis pengalaman menarik aku lalui.

 Bermula dari berkenalan dengan roomate dan housemate - Awie, Yus, Azim, Safwan dan Mat aka mathias, dan rakan se-ADFP seterusnya rakan se-Cendana (okay, tak kenal semua actually). tapi banyak yang aku belajar di sini. Membesar bersama masa dan usia, bukannya suatu pilihan tetapi takdir yang harus ditempuhi. Penat lelah usaha dari awal pengajian aku fikir membuahkan hasil yang aku idamkan. Begitu banyak, jika hendak dikira satu persatu,,...





FALL 2010


Bermula dengan placement test,  aku ditempatkan ke kelas Boston iaitu kelas kedua (Austin, Chicago, Denver, Eugene, Fargo, Glendale, Honululu dan Irvine) aku berasa sangat lemah. Ya, memang, kalau nak ikutkan, sungguh tempat aku bukan di Chicago, jauh sekali di Boston, tapi usaha mesti diteruskan.

Aku ingat lagi, kelas persediaan SAT dan TOEFL, yep, aku terpaksa mengambil SAT dan TOEFL ketika itu.  takut, risau jika tak lepas requirement MARA, dan setiap rabu petang pasti ada mock SAT yang lama dan sejuk dan bosan. heshh. masa itulah yang busy dengan radio drama dan campaign (aku buat kempen Reduce Fb, tapi x berkesan haha). akhirnya lepas juga segala bagai macam halangan. TOEFL : checked. SAT : checked. GPA : checked.


SPRING 2011


inilah sem palinggggg hectic lunatic skematik pernah aku jumpa. masa awal2 sem masih boleh control, tapi dah sampai middle of the sem, memang tak sempat tidur even 5 minit setengah. mula-mula macam cool sebab assignment semua tak payah hantar dulu.. last2, memang tak cukup tangan dengan laptop buat kerja.. inilah akibat procrastinate. haishhh. semua benda kumpul sekali sebab memang kena hantar time hujung2 sem. jom listkan :-

agama : ok, yg ni paling relax. tak tipu.
calculus I : needs a lot of practice, tapi tak terlaksana sebab banyak benda lain(spt yang di bawah)
speech com : 4 speeches and outline and sources bla bla.
critical thinking : presentationsss almost every weeksss dan reportss...
american studies : presentation segala bagai, course yang menelan belanja paling banyak : music,  holiday,   tourism, american got talent, parade.. etc etc
adv composition : 2 essays and one research paper... penat gila buatt..markah rendah jugak :(
programming c++ : haiyo. pening. buat exercise dalam kelas je, sampai bilik, tak ingat dah. haha.



SUMMER 2011


inilah sem paling heaavenn. kalau every sem macam ni, memang Intec tempat preparatory paling best sekali.
cuma ambik satu subject je - Calculus II yang mana aku boleh fokus sikit..hehe mula2 semangat gila..lama2, dah malas sikit2..lalu test 2 pun markah drop. jadi, aku berusaha bersungguh-sungguh untuk test 3 (kalau GPA summer ni dapat 0.00. tak leh fly kott) dan nampaknya, test 3 mcm susah jugak skit.. heshh...

However, aku harap segalanya berjalan lancar. Sedih jugak tak dapat nak jumpa diorng ni utk last time (ada yang balik awal dan sebagainya..tapi takpa, group ATU 17 dgn ADFP Usrah Club masih ada, so post je kat situ.

Lastly, all the best toyou guys.
 HUYEAH!

Monday, June 20, 2011

always

A dull, gloomy morning.

I woke up, ahh..

there are 5 tabs in my internet browser, and i shall close a few.

again, i wish i could be better, for that i hate myself.

counting days, yes, 2 or 3 days before the final test,

i remember back then, the first time i went to the sea,

and i found it, and i promise to myself, that one i will never lose it.

Wednesday, June 15, 2011

Pantulan.

Pernah tak masuk tandas, yang mana ada cermin di depan dan belakang anda, dan anda dapat lihat pantulan diri anda hingga ke titik infiniti?
 Jika pernah, ya, anda juga seperti saya. Pada mulanya, kebanyakan orang pasti tertarik dengan pantulan tersebut dan akan mencuba untuk tunduk sedikit, atau memandang ke belakang, (dengan harapan dapat lihat bahagian belakang badan melalui pantulan).

Ya, memang menarik!

Dan, pernahkah anda terlihat gambar seperti ini :


Menarik bukan? Pantulan gambar yang melengkung (distorted picture) pada bola krismas ini memang mampu menjadikan gambar itu menarik.

Namun, cuba bayangkan, sebuah bola krismas (di atas) sebesar sebuah kelas, dan permukaan di dalamnya merupakan cermin (seperti permukaan di sebelah luar) dan anda masuk ke dalamnya. Dengan sedikit sumber cahaya, apa yang anda fikir anda dapat lihat?

 Diri anda secara 3-dimensi? Fikirkanlah.

Monday, June 6, 2011

hari

Lagu Rocketeer berkumandang menandakan alarm clock milik rakan sebilik berbunyi. Dah pagi. Arghh..malasnya nak bangun.

6.20 pagi.

Aku bangkit, tapi terasa sakit yang teramat. Aduh, sakit di dada kembali terasa. Rasanya dah elok sejak minggu lepas, tapi entah kenapa datang semula.segera aku mandi, solat dan bersiap.

Test pada 9 pagi, dan sejam sebelum tu lah baru aku sibuk membuka buku. heshhh tension cuma Tuhan yang tahu. segala bagai nak dibaca dalam masa sejam itu. bersandarkan ilmu di dada dan nota ringkas dari buku, aku bawa bekalan itu ke dewan.

*******

seperti dijangka. jawapan macam apa, entah apa yang aku fikir, susah segala. lantaklah, test terakhir dalam masa 2 minggu lagi. itulah harapan aku. yang tadi tu, biar. entah kenapa rasa macam tak pernah belajar pasal error approximation segala semua.

********

kelas petang bermula pukul 2. aduh, kelas petang, mengntuk ni.
nasib baik mr vincent tu macam kelakar sikit. ah, sakit kepala tiba-tiba datang. pening teramat. aku rebahkan kepala di meja Ilman, tapi bangun semula, khuatir dimarah mr vincent. ah, sakitnya. aku tak mampu mendengar lagi, terus terlelap.

petang yang panas, aku terbaring. memikirkan hari yang malang. baru hari pertama, belum kedua, ketiga. tunggulah. apa2 yang jadi, doakan aku selamat.

Sunday, June 5, 2011

aku rasa aku dah jadi orang jahat.

Sebab?

aku rasa sekarang aku bukan orang baik.
equation yg simple.

Friday, June 3, 2011

Malaysia : Ke Arah Sifar Rakyat Miskin 2011

Zaman sekarang ni, ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara atas alasan mahu mencari wang dan sumber pendapatan. Kata mereka, di Malaysia saingan cukup tinggi, nak kerja Domino's pun kena interview dulu, tu pun belum tentu dapat kerja. Bila dapat, gaji pula sikit.

 Bila dibandingkan kerjaya di negara luar, contohnya, Amerika. Kerja sambilan sebagai pencuci pinggan di restoran pun boleh dapat pulangan yang lebih lumayan dari kerja dekat Rasamas di Malaysia.

Tapi, ingin saya tegaskan disini bahawa orang yang berfikiran seperti mereka di atas ini mempunyai fikiran yang sangat sempit kerana mereka masih tidak tahu betapa Malaysia lah tempat terbaik bagi menjana pendapatan yang tinggi. Tak perlu susah-susah ke luar negara nak cari kerja kononnya nilai matawang disana lebih tinggi dan sebagainya. Mengarut je. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya berpeluang untuk menjana pendapatan yang tinggi pada masa kini.


Kenapa saya berkata begitu? Tak percaya? Kalau tak percaya, cuba anda masuk ke laman sembang sosial atau laman laman blog yang terkenal, pasti akan terjumpa benda benda di bawah ini.








Begitu mudah sekali menjana pendapatan sehingga beratus ringgit sehari. Tak perlu susah payah belajar jauh2 jadi doktor, kena buat housemanship segala bagai, tak payah nak tunggu 20 tahun cipta teknologi baru untuk kaya, dengan mengamalkan petua di atas, rakyat Malaysia kini mampu mengatasi kekayaan yang dicapai jutawan terkemuka seperti Donald Trump dan Bill Gates.

p/s : kehkeh.

Wednesday, June 1, 2011

Wordless Wednesday