Sunday, August 28, 2011

Atas nama Islam

"Ah, perut masih lapar lagi." Aku merungut seorang. Yang lain sudah pulang ke bilik. Walaupun sudah menjamah nasi dan ayam ketika berbuka di masjid, namun rasa lapar tu tak mahu hilang juga. Degil betul.

Don't Want An Ending - Sam Tsui berlagu di telinga, walaupun bateri telefon tinggal 10%, tapi tak mengapa, biarkan habis.

 Aku terus menuju ke Hubbel Dining Hall, berharap ada apa-apa yang boleh dimakan.
 Biasalah, bila dah di luar negara, semua benda jadi was-was. Halal ke tak, haram ke tak, kalau dulu, nampak logo halal Jakim, memang 100% yakin halal, sekarang mana ada lagi dah..

Jam sudah menunjukkan 10 malam. Sunyi sepi di Hubbel, cuma ada beberapa orang saja yang sedang makan, barangkali belum lagi makan malam. Orang Amerika biasanya makan malam sekitar jam 6petang. Aku tak pasti apa untuk dimakan, berjalan mundar mandir. Pening~ Pizza cheese sudah jemu dijamah.

"Assalamualaikum", seorang pekerja di situ menegur. Oh, Zara rupanya. Pertama kali jumpa dia ketika hendak membeli pizza, air dan biskut di Hubbel untuk juadah berbuka. Apa lagi, aku terus bersuara, "Waalaikumusalam, can I have halal food like that day?".

*****

Alhamdulillah, ada juga teman waktu itu. Aku ingatkan aku keseorangan. Tak kira di mana kita, selagi masih ada yang berpegang atas nama Islam, itulah yang menjadi saudara dan sahabat.

Monday, August 15, 2011

KUL - DSM (Kuala Lumpur - Des Moines)

Ok, sedikit cerita ringkas tentang perjalanan dari Kuala  Lumpur ke Des Moines, Iowa.

Bermula dengan lambaian terakhir (last color that i saw was purple dark coklat if x salah) dan kemudian melepasi imigresen dan sekuriti check kat KLIA. ringkas dan mudah je.. Flight 3.15pm dan terus tengok movie, dgr lgu, tidur etc...

Pkul 8.30 mlm (5 jam kemudian), sampai dekat Taipei, berhenti sekejap,,just check hand-carry luggage je.. pkul 9.30 mlm depart..perjalanan terus ke LA.. dan perjalanan 12jam 20min tu mmg buat org rasa mcm plane tu dah jadi rumah kedua..

Kira2 8.30pm, sampai di LA.. dan tak pasal2 kena tahan bersama mawadah dan beberapa org lain.. masalah pasal paspot. adeh, tggu punye la lama.. last2, diorng panggil balik and cop mcm biasa je.. kemudian luggage pulak kena bukak.. check2 makanan..cookies pun orng kastam tu ingat ada meat dlm tu =.=' after that, baru checkin luggage balik... keluar2 je, yg lain semua dah kumpul menunggu and ada yg dah pegi ke terminal... just fyi, terminal LAX tu besar gila and jauh2..so better jalan cepat if taknak lambat..

then, smpai2, claim tiket, n terus naik plane United ke Chicago.. depart pukul 11mlm and smpai chicago dlm pkul 4.30pgi... tapi time dlm flight, fuhhh mmg lapar gila,. jus oren jadi pengubat haus tatkala sandwich cheese yug x sedap menjdi santapan.. tapi seriusly, laki steward tu coool gila!

sesampai Ohare Airport je 4pgi tu, terus nmpak starbucks dan terus dahaga mcm puasa, beli  coffee dan rehat jap. kemudian terus ke terminal untuk last flight ke Des Moines pkul 7.30pagi. tapi serius, terminal tu pun jauhhh gila. jalan mcm ape je...

50 minit kemudian, smpai la ke Des Moines International Airport tapi malangnya luggage masih kat LA.. so terpaksa balik rehat dulu sbb pukul satu bru luggage smpai... luckily, kitorng di sambut oleh senior2 yang baik hati : Aishah, Zahirah, Syamil dan Wafi. terima kasih sudi menjmput kami :D

REBOOTING!

fuhhh... serius dah lama gile tak update.. maklumlah, rumah takde internet, kalau nak online check email or fb pun, kat cc je.. tu pun mahalll =.=' kalau tak pun, kat office2 mane2 yg ade internet.. haha.. so memang x menyempat nak tulis or post thoughts or ape2 je.. oleh yang demikian, episod baru telah bermula.

 And seriously, after habis Intec memang life was quite hectic (eventhough sebelum cuti lagi dah bajet boringg gile kat umah). masa first week cuti memang cam bosan sikit, nak adapt ngan life tanpa kelas..then the next week dapat panggilan hangat (call for PMDS) Masa tu dekat 2 minggu jgak la busy..  pastu kena settle mara punye stuff, gi tngok Liverpool lawan Malaysia, gi Inpro kat Intec, lepak cendana somemore,gi rumah kawan, gi Intec lagi, akasia somemore... haha basically, every week ade je la benda nak buat..

pendek kata, masa tu memang xdenye nak berfb sngt., apatah lagi nak update blog.. laptop pun pinjam makcik punye je.. jadi, kini sudah ada internet access balik. YeaAy!