Sunday, August 28, 2011

Atas nama Islam

"Ah, perut masih lapar lagi." Aku merungut seorang. Yang lain sudah pulang ke bilik. Walaupun sudah menjamah nasi dan ayam ketika berbuka di masjid, namun rasa lapar tu tak mahu hilang juga. Degil betul.

Don't Want An Ending - Sam Tsui berlagu di telinga, walaupun bateri telefon tinggal 10%, tapi tak mengapa, biarkan habis.

 Aku terus menuju ke Hubbel Dining Hall, berharap ada apa-apa yang boleh dimakan.
 Biasalah, bila dah di luar negara, semua benda jadi was-was. Halal ke tak, haram ke tak, kalau dulu, nampak logo halal Jakim, memang 100% yakin halal, sekarang mana ada lagi dah..

Jam sudah menunjukkan 10 malam. Sunyi sepi di Hubbel, cuma ada beberapa orang saja yang sedang makan, barangkali belum lagi makan malam. Orang Amerika biasanya makan malam sekitar jam 6petang. Aku tak pasti apa untuk dimakan, berjalan mundar mandir. Pening~ Pizza cheese sudah jemu dijamah.

"Assalamualaikum", seorang pekerja di situ menegur. Oh, Zara rupanya. Pertama kali jumpa dia ketika hendak membeli pizza, air dan biskut di Hubbel untuk juadah berbuka. Apa lagi, aku terus bersuara, "Waalaikumusalam, can I have halal food like that day?".

*****

Alhamdulillah, ada juga teman waktu itu. Aku ingatkan aku keseorangan. Tak kira di mana kita, selagi masih ada yang berpegang atas nama Islam, itulah yang menjadi saudara dan sahabat.

No comments:

Post a Comment