Monday, September 26, 2011

Prihatinkah kita?



Mei 2011

"Alamak, dah lambat.. habislah.." kelas nak mula beberapa minit je lagi. Aku tak boleh lambat lagi ni. Matilah kalau lambat, serius kena ban. Serius, serius. Kelihatan dua orang pelajar yang lain turut sama bergegas dengan kelajuan yang lebih kurang sama dengan aku. Barangkali sudah lambat juga. 

Cepat-cepat aku melangkah. Dua orang pelajar tadi di depan aku, sah-sah sedang tercungap-cungap berlari. Dengan pantas salah seorang dari mereka membuka pintu masuk Bangunan Tajol Rosli, dan terus menuju ke kelas. Pintu tersebut hampir tertutup dan...  "Kedebuk!" Rakannya yang seorang lagi yang sedang asyik mengejar masa terlanggar pintu tersebut. Nyaris terjatuh tergolek, tapi sempat aku sambut. Kasihan.

September 2011

Alhamdulillah. Kenyang betul makan hari ni. Burger vegetarian dan Cheese Pizza! (menu yang hampir sama setiap hari) Selesai makan, aku terus menuju keluar. "Twing!" mesej berbunyi. Aduh, kacau betul Samdul ni. Masa ni jugak la nak tanya pasal jadua kelas. Aku mula menaip untuk membalas, walaupun tak berapa nak ingat jadual kelas untuk minggu tu. 

Aku simpan telefon sekejap untuk membuka pintu dewan makan, tapi aku rasanya tak perlu, sebab aku ternampak sudah ada orang yang tolong tahan pintu tatkala dia pun nak keluar. Sangat prihatin. Aku terus ambil telefon semula. "Zhuup", message sent. 

***********

Bukankah lebih indah jika rakyat Malaysia lebih prihatin. 

Wednesday, September 21, 2011

Ada apa dengan jenis font?




"Wan, ambilkan sweater aku. Sejuk ni bai. Dekat 11 degree celcius ni."

*******

Dah nak dekat 5 minggu anak-anak Malaysia ni menjejakkan kaki ke bumi Des Moines. Suhu pun makin lama makin sejuk, maklum la, dah dekat musim luruh katakan. Dalam masa lima minggu ni jugak la segala hal urusan berkenaan pihak universiti dan pihak penaja diselesaikan - bayaran yuran, penghantaran Student Update Form, urusan perpindahan bilik, pendaftaran kelas etc etc. Dan alhamdulillah, segalanya berjalan lancar..hinggalah

*******

"Eh, ada dapat emel tak? Pasal Student Update Form.. orang D.C tak nak yang lama.Diorang nak kita hantar yang baru, dia ada attach kat emel. Rasanya takda beza mana pun. Cuma font dengan contact info orang D.C. je yang tukar..", aku cuma dengar je Wan bercakap. Malas ambil kisah. Rajin pulak orang sana nak emel, sebab setahu aku, jarang-jarang orang pejabat D.C. balas emel pelajar kat US ni, apatah lagi nak hantar emel.
Lagipun, bukan setakat balas emel, angkat telefon pun tak susah (Yusri, Troy, 2011)

*******

Ada beberapa soalan, soalan terakhir tak perlu dijawab.

1) Apa beza emel yang dihantar pelajar dengan emel yang dihantar oleh orang dekat pejabat D.C.?

2) Apa beza kalau orang penaja telefon pelajar dengan pelajar telefon pihak sponsor?

3) Apa beza Student Update Form baru dengan yang lama? (yang mana orang dekat D.C. nak yang baru walaupun dah hantar yang lama)

Jawapan : tak ada beza dari segi perubahan informasi pelajar. cuma lain font. orang Mara tak suka font lama, buruk katanya.

Sunday, September 4, 2011

Stereotype

Kisah Chad (bukan nama sebenar) yang berasal dari Malaysia dan kini melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.

Panas. Tengah hari pada musim panas ni panas dia sama je macam dekat Malaysia. Papan tanda bertulis 'International Center' kelihatan samar-samar dari jauh.

"Yes, sampai jugak",aku merungut. Ada dokumen yang perlu dihantar ke pada Mrs. Lawrence. Waktu-waktu cuti macam ni la nak kena pergi balik ke kampus untuk selesaikan urusan, kacau orang nak tidur je.

Dan nasib baiklah ada orang entah siapa yang sudi tumpangkan aku ke kampus, sekali jalan katanya. Orang di kawasan Ames ni sememangnya baik dan peramah. Lalu saja di mana-mana pasti ada yang menegur 'Hi' atau 'Hello' atau 'Hey there!". Pendek kata, orang Amerika ni mesra-mesra belaka.

Sampai-sampai je dekat pejabat 'International Center, seperti dijangka,  aku disambut dengan penuh senyuman. Dokumen diserahkan dan dia memohon aku menandatangan di di hujung sekeping kertas.

"Would you like to have a coffee? I can make you one if you want.." kata orang di kaunter sejurus urusan aku selesai.

*******

Jam sudah menunjukkan 7 malam. Seronok betul hari ni, dah la dapat jimat tambang bas, dapat kopi dengan veggie sandwich free lagi.

*******

"Mak, Ajim mana?" pusing satu kampung aku mencari Ajim, sepupu sebelah mak aku. Yela, dah 2 tahun tak balik Malaysia, bila balik, mesti lah rindu teman sepermainan, lagi pun, dia baru lepas SPM. Tunggu result keluar je..katanya dia nak belajar oversea jugak, jadi aku dah ready macam-macam cerita untuk dia.

Selang dua hari, dapat jugak jumpa Ajim. Macam-macam yang disembangkan. Apa lagi, bila dah masuk line, aku pun terus cerita pasal hidup di Amerika. Macam-macam kisah menarik yang aku ceritakan dekat Ajim. Kononnya dapat la tarik minat dia untuk sambung belajar di U.S.

"Ala, kau jangan risau la. takdanya mat saleh tu nak rompak kau ke ape, kat sana baik2, diorng takda dakwah2 nak kasi orang sesat, takda bunuh2, rompak2 macam dalam TV tu.. Dulu kawan senior aku yang belajar dekat NYU (New York Uni) cerita macam2, teruk gila kat sana, tapi tu smua propaganda je..jangan percaya la, aku hidup aman bahagia kottt kat sana.."