Friday, July 30, 2010

keliru

pagi itu cerah sahaja, hinggalah sekitar 11 pagi, tiba2 hujan turun dengan lebatnya. sangsi, "Apsal la hujan lak tibe2 nie..". ketika itu aku berseorangan, berjalan di laluan pejalan kaki (berbumbung) untuk menuju ke kelas. aku tidak boleh lewat lagi, habis nanti kena mark dengan lecturer. Sedang aku melebarkan langkahku supaya cepat sampai ke kelas, tempias air hujan singgah di baju dan mukaku.haish, teringat aku kepada peristiwa manis yang seringkali diirngi dengan kebasahan hujan.

senyum. tersenyum keseorangan sambil dilihat oleh orang yang lalu-lalang. adakah aku sedang merasai nikmat kehidupan? atau mungkin dibayangi oleh keresahan dan kekeliruan. sabar aku menanti, menunggu untuk hari itu tiba lagi. barangkali pada ketika itu cuaca sudah mula membiasakan diri dan tidak lagi mencemburui orang lain. pada ketika itu jugalah, staff-staff haagen dazs akan berusaha untuk memuaskan hati kami, pelanggan mereka. dan mungkin juga, hari aku akan menjadi lebih baik dari hari-hari biasa. bak kata pepatah "bagai si nelayan mendapat ikan".

aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang, walaupun sedikit kerisauan, tapi tak mengapa. aku juga seorang manusia biasa. ada tugas yang perlu dilaksanakan, amanah yang mesti ditunaikan. yang pasti, harinya akan tiba, apabila seseorang yang dikatakan sedang menuntut kuasa psikik itu, didatangi oleh seorang (yang kononnya) ahli psikik. masa adalah masa, bukannya masalah. yang penting, jujur dan kepercayaan.


" i'll be better when i'm older, i'll be the greatest fan of your life "
                                                                          -hlovate-

Saturday, July 10, 2010

kisah budak dengan kereta

AYAH DAN IBU. boleh dikatakan majoriti masyarakat di malaysia ini mempunyai ibu bapa yang mengambil berat tentang anak-anak mereka. cuba kita imbas kembali, mereka pada suatu dahulu pun pernah menjadi kanak-kanak, remaja dan kemudian terus membesar bersama masa. katakanlah, si ibu bernama M dan si bapa pula bernama H, saya begitu pasti jika M ini tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan H, begitu juga sebaliknya. barangkali, si H ini pernah mempunyai hubungan dengan orang lain, mungkin dengan A atau S. namun, akhirnya berkahwin juga dia dengan M, dan bukannya A atau S. dari sini, saya boleh membuat satu andaian bahawa si H ini mungkin tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan yang serius dengan A atau S. mungkin, baginya, S dan A hanyalah sekadar 'mengisi masa lapang'. inilah remaja, tidak pernah(atau mungkin, sukar)untuk bersikap serius dalam hubungan mereka.

cinta. aduh, bunyi yang kurang menarik. couple (bunyinya lebih baik dari 'cinta') merupakan perkara biasa dalam kehidupan remaja(mahupun orang dewasa). namun, untuk apa bercouple? isi masa lapang? naikkan semangat? penuhkan inbox? atau untuk memenuhi tanggungjawab sosial sebagai remaja? haha tanggungjawab? tidak sama sekali. kerja pun belum, nak ada tanggungjawab pula. oleh itu, kenapa perlu couple? fikirkan. jawab sendiri. tiada skema jawapan, oleh itu, tiada salah atau betul.

hmm mungkin, bagi sesetengah orang, couple hanya untuk suka2, ada pula yang begitu serius. macam mana nak tahu serius atau tidak? erm, entah la. otak ada. hati pun ada. fikir sendiri la. bagi saya, hubungan seperti ini, matlamatnya hanya satu (atau empat). kahwin, berkeluarga, dapat zuriat, happy family. namun, kosa kata seperti kahwin dan zuriat itu mungkin tidak sesuai digunakan pada peringkat umur remaja.  jadi, untuk apa couple?

jadi, di sini saya ingin menggunakan satu analogi (atau kisah cerita). andaikan, ada seorang kanak-kanak yang masih bersekolah rendah, berjalan melalui pusat jualan kereta. lalu, dia ternampak akan sebuah kereta yang begitu cantik. terlintas dalam hatinya untuk memiliki kereta tersebut. namun, apakan daya. dia hanya seorang budak kecil yang tak bekerja apatah lagi bergaji dan berlesen, namun sudah ingin memiliki kereta tersebut. jadi, dia menyimpan satu matlamat, pada suatu hari nanti, dia pasti akan dapat membeli kereta idamannya. walaupun pada masa itu, dia tahu mungkin akan ada kereta yang lebih baik dan cantik daripada apa yang diidamkannya. tapi, apa dia kisah. yang penting, matlamatnya tercapai.

mari kita cuba asimilasikan kisah budak itu dengan isu couple ini. andai kata, ada seorang budak lelaki A yang sangat suka akan si kawannya, B. begitu juga B yang sangat menyukai A. mereka ini tidak perlu bercouple untuk berkahwin. asalkan, mereka percaya dan jujur sesama mereka. apabila sudah tiba masanya ketika dewasa kelak, kahwinlah sebab itu sudah tanggungjawab mereka. tanggungjawab untuk meneruskan zuriat.

apa yang igin dijelaskan ialah, status couple itu tidak membawa makna yang begitu besar sebenarnya. yang penting ialah, pengakhiran kepada satu-satu hubungan itu. tak kiralah, couple ke, kawan ke, yang penting matlamat terakhir ialah happy family. oleh itu, percayalah antara kawan anda sebab, apa yang perlu ialah 'trust and faith'. trust your friend(or bf, gf, soulmate etc) like they will never hurt you, have faith in Allah as He knows what's the best for you.

Friday, July 9, 2010

kolej cendana

4 JULAI.

Hari pertama di Kolej Cendana agak mengujakan. apartmen yang menarik. ada 2 bilik dan ruang belajar. memang lagi selesa lah kalau nak dibandingkan dengan BLOK B di sekolah lama ku. court basketball pun dekat je. senang lah kalau nak pergi main petang2. watercooler pula dalam keadaan yang baik. overall, boleh kata okay la. anyway, banyak lagi yang nak difikirkan di sini..
  • toefl
  • sat
  • riadah?
  • omk
  • rata empat
  • apa2 yang difikirkan sesuai
setahun je aku di sini. harap2 semuanya mudah dan berjalan lancar. semoga berjaya buat diri sendiri. dan rakan2.

Thursday, July 1, 2010

quote of the day

"AN APPLE A DAY, KEEPS THE DOCTOR AWAY"

luckily, there is no such thing like

"AN APPLE A DAY, KEEPS THE ACTUARY AWAY"

because, if there is, I swear I wont eat apples anymore :)