Monday, March 28, 2011

aku paham,

sapa kata starbucks tu best? yeaa. memang sedap pun, tapi mahal sikit la kalau nak compare dengan air tebu tepi jalan. oh, biasa klu org ada duit lbih boleh la nak beli kat starbucks,,tapi klu duit tu dah berterabur, beli hari2 pun takda masalah. bergantung kepada faktor ekonomi seseorang. dan, macam biasa, orang2 kaya je yang beli starbucks hari2.

pastu, kalau dah kaya nak mampos tu, takyah bajet r boleh tak? tau la segala bagai nak serba mewah. tak perlu nak degrade orang lain. aku ada falsafah aku sendiri, jadi apahal nak sibuk plak? malas nak taip banyak, bnyak bnda lain boleh buat. sikit2 je nak bagi orang yang dah dibiasakan dengan kemewahan dunia ni sedar sikit. kalau tak terasa, tak taula. biasa la, orang mcm ni ego dia mmg tinggi sikit, aku paham.

Tuesday, March 22, 2011

PENGALAMAN

Al kisah sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Berpindah ke rumah baharu, dan hidup bahagia.
Eh, benarkah hidup mereka bahagia? persoalan itu hanya dapat dijawab oleh tuan punya badan sahaja.

untuk entri ni, bukan aku ingin bercakap tentang perkara di atas, tap lebih kepada pengalaman aku di rumah orang baru berkahwin.

rumahnya tidaklah segah mana, isi dalamnya tidaklah semahal mana, barang perabotnya juga tidaklah sebesar mana, tetapi apa yang seronok untuk dikongsi ialah keceriaan dan kemesraan di dalamnya. benar, apabila baru berumah tangga dan belum bercahaya mata, hidup agak kebosanan tatakala hanya berduaan saja di rumah. tapi, bayangkan, nilai2 yang terjalin pada waktu itu, solat jemaah bersama, masak dan makan bersama, keluar jalan bersama, tanpa perlu memikirkan perkara lain seperti botol susu, lampin dan sebagainya.

hanya mereka berdua.

Friday, March 18, 2011

Biro TATANEGARA

Cuti mid term selama seminggu yang dinanti-nanti berakhir dengan kekecewaan, sebab rupanya takda cuti pun, tapi ganti dengan BTN.

kem selama 5 hari ni, mcm biasa la. ada ldk, ceramah, kawad bla bla...pada asalnya memang bosan. serius boring tahap dewa. boleh kata 80% dari program ceramah time awal2 tu memang aku tidur.

tapi lepas buat ldk tu, aku rasa something. haha (ceh, macam baru ada semangat r). aku rasa sangat berkobar2 untuk mempertahan maruah bangsa dan agama (ni akibat kena brainwash) namun, mcm biasa la, mesti ada sikit unsur politikus, nama pun kem under Jabatan Perdana Menteri. tapi cara dia convince orang tu memang mengconvincekan . hahaa

hari pertama hanya pendaftaran dan sesi berkenalan. hari kedua pula penuh dengan ceramah yang mengantukkan lagi membosankan. -.-

hari ketiga barulah bermula aktiviti ldk yang mencerna minda. hahaaa baru la best. sesi brainwash dengan fasi, sesi berkreativiti dengan kumpulan, dan sebagainya. lepas tu, ada pulak repelling, memang bertambah best la mcam ni, huu yang paling best bila menang. kehkeh

kesimpulannya, rasa takda la rugi sangat. kuikui makan pun free, test pun senang, relax pun ok la.. cuma dirasakan kurangnya profesionalisme dari fasi.

apepun, saya bangga menjadi anak MALAYSIA! ^^

Saturday, March 12, 2011

bila tak buat, disuruh buat. bila dah baut, nnt ke mana la, apa la, terabai la. mcm mana? klu tak pandai, mula la, lembab la, itu la, ini la, bila nak try, bnyk pulak jwpn. mcm mana?

Monday, March 7, 2011

LOMO OUTING pertama.

YEA.  FIRST TIME PERGI LOMO-OUTING.

fuhh,, agak nervous bila nak pergi. ye la, masih newbie dan mentah dalam lomo. sampai2 ktm je, terus tukar baju rangers. haha semngat siot.

then, berkumpul ramai2 di McD @sentral. tu la first time jumpa rem, bob, etcetc. ramai gila. Dah r semua muka2 pro, kamera pun mahal2, bnyk pulak, aku ada sebijik je. haha


sampai zoo dah tengahari, jumpa yang lain, beli tiket dan masuk dalam. haha. excited weh.nasib baik aziluz ada kamera lebih, dapat aku pinjam kamera dia. dan tulah first time guna slide film. haha sumpah excited!

dalam zoo tu, memang bnyak r haiwan2 yang aku jarang jumpa..dan memang aku tak kerap sgt amik gmbr, ye la, jimat frame katakan(film mahal kot) lagipun, aku sedang menikmati saat-saat bersama haiwan2 di zoo. haha. paling best time tengok sealion beraksi. stylo coolio kott. camne entah jadi pandai mcm tu. haha nice!
tak lupa kepada mereka yang membawa makanan dan air. (saiful hadi, pizza anda saaangat sedap; rem munir, air botol tu sangat lah bermakna. haha)



lepas penat jalan2, rehat2, balik ke kl sentral. ambik masa sikit untuk rehat2, dan makan. serius, haus dan lapar. malam tu terus pergi dev dan scan kat kedai kat kl. nasib baik murah. aku pun terus habiskan baki 12 frame time tu gak, nak dev punya pasal. haha



bila balik, dah pukul 10 lebih, mmg agak penat ah. tak larat nak bukak mata. tidur pun nyenyak =)