Friday, February 18, 2011

silap langkah.
menggelabah.
tak fikir panjang dah.
terus redah.

maaf. bukan bermaksud begitu. runsing tak tentu pasal. bodohnya aku. majoritu setuju.

pelajaran dipelajari.
semoga tak terjatuh dalam lubang sama dua kali.

Sunday, February 13, 2011

Baru saja pulang ke Kolej Cendana. Penat. Kemas locker. Tiba-tiba, nampak wallet. Lihat apa di dalam wallet. Tiada apa yang menarik. Simpan semula wallet, dan terlihat 2 keping tiket. Petrosains. Argh. Sungguh. Sesal. Kebodohan dan keangkuhan dalam diri. Maaf. Biadap diri ini. Maaf.

Pernah terfikir?

Andaikan situasi ini:

Ali seorang yang pandai. Suatu hari, beliau pergi menemani kawannya bermain skateboard. Secara tak langsung, Ali telah mempelajari sedikit ilmu skateboarding dan cuba-cuba untuk bermain. Dan sejak itu, minat Ali terhadap skateboard makin mendalam. Ali kerap mencari maklumat tentang skateboarding di Internet, bermula dengan sejarah skateboard, cara-cara, peraturan, teknik latihan, dan sebagainya. Beliau juga menyertai forum online tentang skateboarding serta menyertai persatuan skateboarding di kawasan rumahnya.

Ok, cukup dengan itu. Apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah,
• Ali selalu mencari maklumat tentang skateboarding di Internet tanpa rasa malas
• Ali bersemangat untuk mengetahui tentang sejarah skateboarding di Internet tanpa bosan
• Kebanyakan masa diperuntukkan oleh Ali untuk skateboarding tanpa mengeluh.
• Dan semua ini dilakukan oleh Ali kerana satu perkara : MINAT.

Bayangkan kita,
• Baru baca sejarah Islam sikit, dah mengantuk
• Kalau suruh pergi library untuk research pasal kaedah2 hukuman dalam Islam, rasa malas je.
• Lebih 50% daripada 24 jam sehari kita digunakan bukan atas tujuan nak membangunkan Islam.
• Dan adakah semua ini berlaku kerana : KITA TAK MINAT?

Sedangkan, Islam itu pegangan kita, tapi kita lebih tertarik akan perkara lain yang kadang kala melalaikan. Cuba imagine, tukar cerita pertama tadi dengan “skateboard” kepada “Islam”. Pasti Ali akan bersemangat untuk tahu tentang Islam. Sejarah, keunikan, ciri-ciri, asas Islam dan akan cua untuk mempraktikkan Islam.
Jadi, adakah orang yang baru menemui Islam (muallaf) itu lebih baik Islamnya daripada orang yang lahir-lahir sahaja sudah Islam, tetapi tidak tahu menghargai nikmat Islam tersebut?

Sejak dulu lagi, saya selalu terfikir dengan situasi seperti di atas. Saya berdoa agar saya diberi petunjuk. Anda pula?

Saturday, February 5, 2011

Milikku

DIANA MINI

Setelah beberapa ketika, dapat juga aku merasai kamera analog nie. HAHA PUAS! (lebih2 pulak) tak sia-sia aku berusaha menyimpan duit poket selama nie. sikit2, tapi membuahkan hasil. banyak betul rintangan dalam mengumpul $$ nie. hmm
  • aku cuma minum air suam bila orang lain sedap2 minum AIR BANDUNG FLOAT.
  • biskut luxury(mewah tuu) menjadi pilihan bilamana orang turun gi cafe adfp untuk lunch
  • hari2 gi kelas bawak skit je dalam wallet, supaya tak terbelanja lebih.
  • kalau boleh, hari2 nak dinner nasi lemak je. haha
  • peluang bekerja masa cuti dimanfaatkan sepenuhnya untuk gaji maksimum
dan hasilnya, sebuah Diana Mini dari kedai MOOKS di pavi. walaupun ini adalah kamera analog(macam kamera yang nenek moyang anda guna zaman dulu2) dan memerlukan filem serta perlu dicuci, tapi kepuasannya tiada tandingan. (ok, aku lebih2 lagi) hasilnya perlu ditunggu dan tidak boleh dilihat sebaik sahaja gambar diambil, anticipation untuk tengok gambar tu memang sangat best. hasilnya menjadi misteri tatkala bereksperimen dengan kesan-kesan khas lomo. Lagipun, aku andaikan Lomo adalah salah satu cara menghargai nilai-nilai seni fotografi dengan cara yang tersendiri, atau dalam erti kata lain, "back to basic". Sama macam filem, tak semua cerita best boleh menang kat Festivel Filem.  

haha.. apa pun, aku harap Diana Mini nie akan menjadi kick-start aku dalam dunia Lomo. semoga Diana Mini nie akan memberi buikan saja seribu satu,, seribu dua, malah seribu empat kenangan kepada aku dan orang sekeliling. juga terima kasih kepada raka2 yang memberi dorongan dan bantuan. tidak lupa kepada ibu bapa yang tak marah sebab beli kamera nie. haha

Hari ini, dari aku, jangan jadikan impian hanya semata-mata impian.