Tuesday, December 20, 2011

isu yang tak habis-habis

"Weh, sejuk gila sekarang. Suhu dah negatif ni". Baru dua hari di Amerika, tapi rasa sejuk semacam. Memang tak tahan la. Sini nak ambil air sembahyang pun menggigil-gigil kalau takde air panas.

"Lunch nak makan apa?" , kawan aku tanya. Memang aku ni tour guide pun tahu semua tempat makan yang halal dekat sini. Kalau ikutkan, dekat Malaysia hampir semua tempat aku yakin halal dan toyyibah, tapi kat sini takde pulak papan tanda halal JAKIM. Haishh, payah..payah..

Dekat setengah jam berjalan cari restoran, akhirnya, jumpa jugak. Walaupun selalu sangat jumpa di Malaysia, tapi takpe lah. sebab tu je tempat makan yang ada masa tu. Apa lagi, semua terus terjah masuk McDonald's dua tingkat tu.

Nasib baik sekarang dah dekat pukul 3. Tak ramai sangat orang, beratur kejap je. Aku memang pening kalau beratur panjang-panjang ala-ala queue nak beli tiket Ombak Rindu ;p "Weh, nak beli apa?", aku tanya member kat depan. "Fillet-O-Fish la kutt..McChicken dia cam sedap, tapi ayam dia tu aku rasa dia tak sembelih..",, "Okay bro".

"wey, kau belasah je makan McChicken? Halal pulak?"

"Alaa..sini orang Kristian dengan Yahudi ramai kot.. mesti ada ahli kitab yang sembelih.. yang penting, kena baca bismillah before makan.. mesti kau tak pernah kaji pasal ni kan? sedap weh"

Lepas makan, kenyang, balik. Alhamdulillah.

PERSOALANNYA : masih adakah sebenarnya Ahli Kitab yang betul2 berpegang pada kitab Taurat/Injil? dan jika ada, betul ke ayam2 tu diorang sembelih? ntah2 rendam je dalam air panas bagi mati? haaa~

p/s : research pasal katok(mkan daging ayam yg mcm ni) ni macam research pasal couple2. banyak sangat source tapi tak tahu mana yg betul/salah dan mana yang reliable/valid/x valid/non-reliable etc.. haishhh pening

Thursday, December 8, 2011

Kawan? Ya, kawan.



Background lagu Vitamin C- Friends Forever. lagu tipikal untuk scene2 sedih ala2 mengimbau kenangan zaman2 graduasi masa high school.

A friend in need is a friend indeed.

Friday, December 2, 2011

..

the moment when you feel like being backstabbed. the feeling when you were like, betrayed. aggrieved.


Thursday, December 1, 2011

kalau salah, tolong tunjukkan

Drake University. Actuarial Science.

Im all fucked up. 

Wrong major, wrong uni. everything just sucks. 


Friday, November 25, 2011

sakit!

darn~

the pain , really hurts..
it was so sudden.i can barely walk..

oh Allah..help me :(


Wednesday, November 23, 2011

sangap futsal~

FIELDHOUSE TUTUP. demn la. baru nak main futsal.

Baru ingat nak release stress lepas dapat result accounting yang x memberangsangkan, tngok2, xleh main.. ahh bertambah tambah tension la cam ni.. da la lame gle kot x main~ gian gile.. tapi nak wat camne.. =| takpe, maybe ada hikmah.. mane la tau klu main ari ni patah kaki ke ape... Allah knows more =)

SO, aktiviti lepas ni ialah packing baju untuk trip ke MN!! haha oyeah.. kena ready dgn segala kelengkapan dan barang2.. tapi before tu, kena make sure checklist howeworks dah complete.. tapi checklist je la.. not necessarily 'checked'...


Monday, November 21, 2011

Of cancelled class and SEA Games

Isnin. 21 Nov 2011. 4.21am

Ada lagi dua hari before Thanksgiving Break. Oyeah! Budak2 dari Uni of Ilinois dah sampai Drake  - Jabbar n Fera. So, diorang akan berkampung kat Drake kejap before kitorang bertolak ke Minnesota rabu ni.. Thanks to fera sbb bawakkan baju illinois yg awesome! haha

Tadi before tido, dapat brita baik pulak tu : class calculus n fys cancel weh!! haha best gile! meaning hari ni cuti lagi! lagi la heaven,, so just looking forward utk class slase je,, tu pun class accounting online je~ fuhh terasa sgt best pulak...

ohh tak lupe juge kpd skuad kebangsaan yg akan beraksi utk final SEA Games! Harimau Malaya boleh~~!! aku support korang habis-habisan weh... lagi 2 jam je before game start by the time aku tulis nie, x sabar rasenye nak tgok Malaysia kalahkan Indon owhhh.. jersi Malaysia dah ade, tinggal sarung je jap lagi :)




Wednesday, November 16, 2011

You say good morning






[Verse 1]
What time is it where you are?
I miss you more than anything
Back at home you feel so far
Waitin for the phone to ring
It’s gettin lonely livin upside down
I don’t even wanna be in this town
Tryin to figure out the time zones makin me crazy
[Chorus]
You say good morning
When it’s midnight
Going out of my head
Alone in this bed
I wake up to your sunset
It’s drivin me mad
I miss you so bad
And my heart heart heart is so jetlagged
[Verse 2]
What time is it where you are?
5 more days and i’ll be home
I keep your picture in my car
I hate the thought of you alone
I been keeping busy all the time
Just to try to keep you off my hand
Tryin to figure out the time zones makin me crazy
[Chorus]
You say good morning
When it’s midnight
Going out of my head
Alone in this bed
I wake up to your sunset
It’s drivin me mad
I miss you so bad
And my heart heart heart is so jetlagged
[Bridge]
I’ve been keepin busy all time
Just to try to keep you off my mind
Tryin to figure out the time zones makin me crazy
I miss you so bad
I wanna share your horizon
And see the same sunrising
Turn the hour hand back to when you were holding me
[Chorus]
You say good morning
When it’s midnight
Going out of my head
Alone in this bed
I wake up to your sunset
It’s drivin me mad
I miss you so bad
And my heart heart heart is so jetlagged


Monday, October 3, 2011

Antara budi dan bangsa


Adam Scofield pernah berkata " Spjg hampir 10 tahun saya mengajar, saya menyaksikan penurunan kualiti pelajar2 melayu (hingga sekarang) dgn perangai malas, suka bertangguh, membuang masa, dsb - bukan semua, tetapi majoriti. "


Mungkin betul, mungkin tak. Itu dia cakap, tapi aku nampak benda lain.

Aku nampak penurunan dalam nilai-nilai adab dan sahsiah orang Melayu. Orang Melayu yang kononnya kaya dengan sifat budi bahasa dan sopan santun, tapi rasa-rasa macam dah susah nak jumpa. Macam cerita P Ramlee, dulu selalu ada, senang nak jumpa, sekarang bukan main susah lagi nak cari.

Orang Melayu ni baik, datang rumah orang penuh adab.

Sebab bila datang rumah orang, orang Melayu duduk elok je sopan dalam rumah.

Dan orang Melayu fikir tak proper kalau suruh tuan rumah sediakan makanan. KAH KAH.

p/s: Melayu ni murah dengan senyuman. Jangan lah pandang tepi, lepas tu buat muka slack  :D

Monday, September 26, 2011

Prihatinkah kita?



Mei 2011

"Alamak, dah lambat.. habislah.." kelas nak mula beberapa minit je lagi. Aku tak boleh lambat lagi ni. Matilah kalau lambat, serius kena ban. Serius, serius. Kelihatan dua orang pelajar yang lain turut sama bergegas dengan kelajuan yang lebih kurang sama dengan aku. Barangkali sudah lambat juga. 

Cepat-cepat aku melangkah. Dua orang pelajar tadi di depan aku, sah-sah sedang tercungap-cungap berlari. Dengan pantas salah seorang dari mereka membuka pintu masuk Bangunan Tajol Rosli, dan terus menuju ke kelas. Pintu tersebut hampir tertutup dan...  "Kedebuk!" Rakannya yang seorang lagi yang sedang asyik mengejar masa terlanggar pintu tersebut. Nyaris terjatuh tergolek, tapi sempat aku sambut. Kasihan.

September 2011

Alhamdulillah. Kenyang betul makan hari ni. Burger vegetarian dan Cheese Pizza! (menu yang hampir sama setiap hari) Selesai makan, aku terus menuju keluar. "Twing!" mesej berbunyi. Aduh, kacau betul Samdul ni. Masa ni jugak la nak tanya pasal jadua kelas. Aku mula menaip untuk membalas, walaupun tak berapa nak ingat jadual kelas untuk minggu tu. 

Aku simpan telefon sekejap untuk membuka pintu dewan makan, tapi aku rasanya tak perlu, sebab aku ternampak sudah ada orang yang tolong tahan pintu tatkala dia pun nak keluar. Sangat prihatin. Aku terus ambil telefon semula. "Zhuup", message sent. 

***********

Bukankah lebih indah jika rakyat Malaysia lebih prihatin. 

Wednesday, September 21, 2011

Ada apa dengan jenis font?




"Wan, ambilkan sweater aku. Sejuk ni bai. Dekat 11 degree celcius ni."

*******

Dah nak dekat 5 minggu anak-anak Malaysia ni menjejakkan kaki ke bumi Des Moines. Suhu pun makin lama makin sejuk, maklum la, dah dekat musim luruh katakan. Dalam masa lima minggu ni jugak la segala hal urusan berkenaan pihak universiti dan pihak penaja diselesaikan - bayaran yuran, penghantaran Student Update Form, urusan perpindahan bilik, pendaftaran kelas etc etc. Dan alhamdulillah, segalanya berjalan lancar..hinggalah

*******

"Eh, ada dapat emel tak? Pasal Student Update Form.. orang D.C tak nak yang lama.Diorang nak kita hantar yang baru, dia ada attach kat emel. Rasanya takda beza mana pun. Cuma font dengan contact info orang D.C. je yang tukar..", aku cuma dengar je Wan bercakap. Malas ambil kisah. Rajin pulak orang sana nak emel, sebab setahu aku, jarang-jarang orang pejabat D.C. balas emel pelajar kat US ni, apatah lagi nak hantar emel.
Lagipun, bukan setakat balas emel, angkat telefon pun tak susah (Yusri, Troy, 2011)

*******

Ada beberapa soalan, soalan terakhir tak perlu dijawab.

1) Apa beza emel yang dihantar pelajar dengan emel yang dihantar oleh orang dekat pejabat D.C.?

2) Apa beza kalau orang penaja telefon pelajar dengan pelajar telefon pihak sponsor?

3) Apa beza Student Update Form baru dengan yang lama? (yang mana orang dekat D.C. nak yang baru walaupun dah hantar yang lama)

Jawapan : tak ada beza dari segi perubahan informasi pelajar. cuma lain font. orang Mara tak suka font lama, buruk katanya.

Sunday, September 4, 2011

Stereotype

Kisah Chad (bukan nama sebenar) yang berasal dari Malaysia dan kini melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.

Panas. Tengah hari pada musim panas ni panas dia sama je macam dekat Malaysia. Papan tanda bertulis 'International Center' kelihatan samar-samar dari jauh.

"Yes, sampai jugak",aku merungut. Ada dokumen yang perlu dihantar ke pada Mrs. Lawrence. Waktu-waktu cuti macam ni la nak kena pergi balik ke kampus untuk selesaikan urusan, kacau orang nak tidur je.

Dan nasib baiklah ada orang entah siapa yang sudi tumpangkan aku ke kampus, sekali jalan katanya. Orang di kawasan Ames ni sememangnya baik dan peramah. Lalu saja di mana-mana pasti ada yang menegur 'Hi' atau 'Hello' atau 'Hey there!". Pendek kata, orang Amerika ni mesra-mesra belaka.

Sampai-sampai je dekat pejabat 'International Center, seperti dijangka,  aku disambut dengan penuh senyuman. Dokumen diserahkan dan dia memohon aku menandatangan di di hujung sekeping kertas.

"Would you like to have a coffee? I can make you one if you want.." kata orang di kaunter sejurus urusan aku selesai.

*******

Jam sudah menunjukkan 7 malam. Seronok betul hari ni, dah la dapat jimat tambang bas, dapat kopi dengan veggie sandwich free lagi.

*******

"Mak, Ajim mana?" pusing satu kampung aku mencari Ajim, sepupu sebelah mak aku. Yela, dah 2 tahun tak balik Malaysia, bila balik, mesti lah rindu teman sepermainan, lagi pun, dia baru lepas SPM. Tunggu result keluar je..katanya dia nak belajar oversea jugak, jadi aku dah ready macam-macam cerita untuk dia.

Selang dua hari, dapat jugak jumpa Ajim. Macam-macam yang disembangkan. Apa lagi, bila dah masuk line, aku pun terus cerita pasal hidup di Amerika. Macam-macam kisah menarik yang aku ceritakan dekat Ajim. Kononnya dapat la tarik minat dia untuk sambung belajar di U.S.

"Ala, kau jangan risau la. takdanya mat saleh tu nak rompak kau ke ape, kat sana baik2, diorng takda dakwah2 nak kasi orang sesat, takda bunuh2, rompak2 macam dalam TV tu.. Dulu kawan senior aku yang belajar dekat NYU (New York Uni) cerita macam2, teruk gila kat sana, tapi tu smua propaganda je..jangan percaya la, aku hidup aman bahagia kottt kat sana.."


Sunday, August 28, 2011

Atas nama Islam

"Ah, perut masih lapar lagi." Aku merungut seorang. Yang lain sudah pulang ke bilik. Walaupun sudah menjamah nasi dan ayam ketika berbuka di masjid, namun rasa lapar tu tak mahu hilang juga. Degil betul.

Don't Want An Ending - Sam Tsui berlagu di telinga, walaupun bateri telefon tinggal 10%, tapi tak mengapa, biarkan habis.

 Aku terus menuju ke Hubbel Dining Hall, berharap ada apa-apa yang boleh dimakan.
 Biasalah, bila dah di luar negara, semua benda jadi was-was. Halal ke tak, haram ke tak, kalau dulu, nampak logo halal Jakim, memang 100% yakin halal, sekarang mana ada lagi dah..

Jam sudah menunjukkan 10 malam. Sunyi sepi di Hubbel, cuma ada beberapa orang saja yang sedang makan, barangkali belum lagi makan malam. Orang Amerika biasanya makan malam sekitar jam 6petang. Aku tak pasti apa untuk dimakan, berjalan mundar mandir. Pening~ Pizza cheese sudah jemu dijamah.

"Assalamualaikum", seorang pekerja di situ menegur. Oh, Zara rupanya. Pertama kali jumpa dia ketika hendak membeli pizza, air dan biskut di Hubbel untuk juadah berbuka. Apa lagi, aku terus bersuara, "Waalaikumusalam, can I have halal food like that day?".

*****

Alhamdulillah, ada juga teman waktu itu. Aku ingatkan aku keseorangan. Tak kira di mana kita, selagi masih ada yang berpegang atas nama Islam, itulah yang menjadi saudara dan sahabat.

Monday, August 15, 2011

KUL - DSM (Kuala Lumpur - Des Moines)

Ok, sedikit cerita ringkas tentang perjalanan dari Kuala  Lumpur ke Des Moines, Iowa.

Bermula dengan lambaian terakhir (last color that i saw was purple dark coklat if x salah) dan kemudian melepasi imigresen dan sekuriti check kat KLIA. ringkas dan mudah je.. Flight 3.15pm dan terus tengok movie, dgr lgu, tidur etc...

Pkul 8.30 mlm (5 jam kemudian), sampai dekat Taipei, berhenti sekejap,,just check hand-carry luggage je.. pkul 9.30 mlm depart..perjalanan terus ke LA.. dan perjalanan 12jam 20min tu mmg buat org rasa mcm plane tu dah jadi rumah kedua..

Kira2 8.30pm, sampai di LA.. dan tak pasal2 kena tahan bersama mawadah dan beberapa org lain.. masalah pasal paspot. adeh, tggu punye la lama.. last2, diorng panggil balik and cop mcm biasa je.. kemudian luggage pulak kena bukak.. check2 makanan..cookies pun orng kastam tu ingat ada meat dlm tu =.=' after that, baru checkin luggage balik... keluar2 je, yg lain semua dah kumpul menunggu and ada yg dah pegi ke terminal... just fyi, terminal LAX tu besar gila and jauh2..so better jalan cepat if taknak lambat..

then, smpai2, claim tiket, n terus naik plane United ke Chicago.. depart pukul 11mlm and smpai chicago dlm pkul 4.30pgi... tapi time dlm flight, fuhhh mmg lapar gila,. jus oren jadi pengubat haus tatkala sandwich cheese yug x sedap menjdi santapan.. tapi seriusly, laki steward tu coool gila!

sesampai Ohare Airport je 4pgi tu, terus nmpak starbucks dan terus dahaga mcm puasa, beli  coffee dan rehat jap. kemudian terus ke terminal untuk last flight ke Des Moines pkul 7.30pagi. tapi serius, terminal tu pun jauhhh gila. jalan mcm ape je...

50 minit kemudian, smpai la ke Des Moines International Airport tapi malangnya luggage masih kat LA.. so terpaksa balik rehat dulu sbb pukul satu bru luggage smpai... luckily, kitorng di sambut oleh senior2 yang baik hati : Aishah, Zahirah, Syamil dan Wafi. terima kasih sudi menjmput kami :D

REBOOTING!

fuhhh... serius dah lama gile tak update.. maklumlah, rumah takde internet, kalau nak online check email or fb pun, kat cc je.. tu pun mahalll =.=' kalau tak pun, kat office2 mane2 yg ade internet.. haha.. so memang x menyempat nak tulis or post thoughts or ape2 je.. oleh yang demikian, episod baru telah bermula.

 And seriously, after habis Intec memang life was quite hectic (eventhough sebelum cuti lagi dah bajet boringg gile kat umah). masa first week cuti memang cam bosan sikit, nak adapt ngan life tanpa kelas..then the next week dapat panggilan hangat (call for PMDS) Masa tu dekat 2 minggu jgak la busy..  pastu kena settle mara punye stuff, gi tngok Liverpool lawan Malaysia, gi Inpro kat Intec, lepak cendana somemore,gi rumah kawan, gi Intec lagi, akasia somemore... haha basically, every week ade je la benda nak buat..

pendek kata, masa tu memang xdenye nak berfb sngt., apatah lagi nak update blog.. laptop pun pinjam makcik punye je.. jadi, kini sudah ada internet access balik. YeaAy!

Friday, July 29, 2011

Random

Hari yang cerah, princess.

Sunday, July 10, 2011

bangun pagi

tidur malam. dan bermimpi. aku terjaga, ahh. kenapa sebegitu rupa? aku pun tak tahu.

betulkah? hmm

Thursday, July 7, 2011

Dulu, Kini dan Selamanya

Salam dan selamat sejahtera.

Bila pasang radio, mesti dengar lagu, dan kadang-kadang lagu yang kita dengar tu boleh membawa kepada nostalgia lalu yang memberi seribu satu makna kepada kita. Bagi orang lain, mungkin cebisan gambar tertentu atau kehadiran di suatu tempat tertentu akan dapat mengimbau kembali kenangan zaman silam.

Pada pendapat ana, teradapat lagu-lagu tertentu yang mana, apabila ana dengar, ana akan terasa seperti di suatu masa lampau, seolah-olah jiwa ana bukan lagi bersama jasad tetapi sudah kembali ke masa lalu.. Pada masa ketika lagu itu kedengaran di ruang udara...

1. Mahaguru (KRU)- di dalam kereta ketika darjah enam
2. Senyuman ragamu (Gerhana SkaCinta) - awal pagi ketika form one di Gerik
3. Sempurna (Andra and the Backbone) - pagi sabtu yang indah di MRSM TGB
4. Ku merindu (Shah Ella) - petang yang terik di MRSM TGB
5. The Time (Black Eyed Peas) - waktu kerja di office Sinar Maju
6. Airplane (B.O.B) - dalam kereta ke Intec, fall 2010
7. G 6  (Far East Movement) - waktu malam depan laptop, fall 2010
8. Rocketeer (Far East Movement) - waktu bangun subuh, alarm yus..
9. Lazy Song (Bruno  Mars) - petang selepas habis spring 2011 di bilik.ahh lega
10. Party Rock Anthem (LMFAO) - after party ATU Night 2011, Empire Hotel

Life is good, sometimes.

Sunday, July 3, 2011

Kem Azween


Ok. Post kali ni berkenaan kem paling best sepanjang pengalaman aku masuk mana2 jenis kem dari form 1 sampai masa aku tulis post ni.

Lokasi : Lembah Azween Resort, Hulu Langat
Tarikh : 26 Jun - 1 Julai 2011

p/s : aku rasa kem ni akan jadi macam kem2 jati diri yang tipikal, kalau bukan Mr Kesh yang handle.



DAY 1

Jam menunjukkan hampir 4.30 pm, dan kami pun tiba di destinasi. Masuk ke bilik dan unpack barang, solat, minum petang dan berehat. (dan berkenalan sikit)

Aktiviti pertama bermula selepas Maghrib, macam biasa la, ice breaking. haha serius lawak, sebab time aku buat lawak lame pun ada jugak 'group' yang ketawa (in which the lawak was supposed to be so lame that people wouldnt laugh on it).Then di sambung dengan war game yang mana melibatkan strategi mantap dari MUKHLIS dan rakan2.. tahniah rakan2 (walaupun kalah)


Keseronokan disambung dengan poker hingga ditegur Mr Kesh. haha

DAY 2

Aktiviti pagi dimulakan dengan senaman aerobik ..dan ceramah pengenalan dari Cikgu Hasan.. ok, agak best sebab banykak video.

Lepas minum pagi, bermulalah permainan saham yang awesome gila. Strategi diatur bagi mengelakkan syarikat rugi dan kumpulan aku lebih kepada playsafe.Walaupun hampir rugi, keputusan yang bijak oleh ketua membuatkan kami terselamat dari berbaki RM 1, 000 dan mangaut untung RM 111,000. hahhaa

LDK pada sebelah petang memuatkan aktiviti 'blind people' yang mana kena cari barang dengan mata tertutup dan buat menara dengan keadaan tangan terikat etc.. dan yeah, suara2 ADFP, sekali lagi membuat kecoh ketika judge sedang menguji kestabilan menara. HAHA nasib baik Mr Kesh tak sound.

Minum petang pun sedap, dan kami terpaksa ber one two zom utk menentukan siapa yang kena hantar pinggan.. dan aku lah yang kena. siot. haha

Sebelah malam pula berBBQ sambil berkaraoke. memang best kot dengan durian ayam bagai. ditambah dengan poker bersama Mr Afiq dan nyanyian khas Doa Untuk Kekasih..


DAY 3

hari terakhir, aktivti terakhir : Azween Race. ala2 explorace dan halangan dia pun macam best jugak, terutamanya part cross kolam dengan sungai dengan SALUR. euww. tapi yang best masa afterparty : terjun kolam dan berkayak! hahaa

jamuan tengahari dan sesi gambar2 melengkapi hari terakhir sebelum bas bertolak pulang ke shah alam.. =)

Saturday, June 25, 2011

July 2010 - June 2011

23 Jun 2011.

Tamat sudah perjuangan 11 bulan di Intec yang bermula 4 Julai tahun lepas. Selepas 3 musim bertahan (Fall, Spring dan Summer) akhirnya berakhirlah kisah hidup aku di Shah Alam. Yes, pelbagai cerita dan ragam aku temui, juga bermacam jenis pengalaman menarik aku lalui.

 Bermula dari berkenalan dengan roomate dan housemate - Awie, Yus, Azim, Safwan dan Mat aka mathias, dan rakan se-ADFP seterusnya rakan se-Cendana (okay, tak kenal semua actually). tapi banyak yang aku belajar di sini. Membesar bersama masa dan usia, bukannya suatu pilihan tetapi takdir yang harus ditempuhi. Penat lelah usaha dari awal pengajian aku fikir membuahkan hasil yang aku idamkan. Begitu banyak, jika hendak dikira satu persatu,,...





FALL 2010


Bermula dengan placement test,  aku ditempatkan ke kelas Boston iaitu kelas kedua (Austin, Chicago, Denver, Eugene, Fargo, Glendale, Honululu dan Irvine) aku berasa sangat lemah. Ya, memang, kalau nak ikutkan, sungguh tempat aku bukan di Chicago, jauh sekali di Boston, tapi usaha mesti diteruskan.

Aku ingat lagi, kelas persediaan SAT dan TOEFL, yep, aku terpaksa mengambil SAT dan TOEFL ketika itu.  takut, risau jika tak lepas requirement MARA, dan setiap rabu petang pasti ada mock SAT yang lama dan sejuk dan bosan. heshh. masa itulah yang busy dengan radio drama dan campaign (aku buat kempen Reduce Fb, tapi x berkesan haha). akhirnya lepas juga segala bagai macam halangan. TOEFL : checked. SAT : checked. GPA : checked.


SPRING 2011


inilah sem palinggggg hectic lunatic skematik pernah aku jumpa. masa awal2 sem masih boleh control, tapi dah sampai middle of the sem, memang tak sempat tidur even 5 minit setengah. mula-mula macam cool sebab assignment semua tak payah hantar dulu.. last2, memang tak cukup tangan dengan laptop buat kerja.. inilah akibat procrastinate. haishhh. semua benda kumpul sekali sebab memang kena hantar time hujung2 sem. jom listkan :-

agama : ok, yg ni paling relax. tak tipu.
calculus I : needs a lot of practice, tapi tak terlaksana sebab banyak benda lain(spt yang di bawah)
speech com : 4 speeches and outline and sources bla bla.
critical thinking : presentationsss almost every weeksss dan reportss...
american studies : presentation segala bagai, course yang menelan belanja paling banyak : music,  holiday,   tourism, american got talent, parade.. etc etc
adv composition : 2 essays and one research paper... penat gila buatt..markah rendah jugak :(
programming c++ : haiyo. pening. buat exercise dalam kelas je, sampai bilik, tak ingat dah. haha.



SUMMER 2011


inilah sem paling heaavenn. kalau every sem macam ni, memang Intec tempat preparatory paling best sekali.
cuma ambik satu subject je - Calculus II yang mana aku boleh fokus sikit..hehe mula2 semangat gila..lama2, dah malas sikit2..lalu test 2 pun markah drop. jadi, aku berusaha bersungguh-sungguh untuk test 3 (kalau GPA summer ni dapat 0.00. tak leh fly kott) dan nampaknya, test 3 mcm susah jugak skit.. heshh...

However, aku harap segalanya berjalan lancar. Sedih jugak tak dapat nak jumpa diorng ni utk last time (ada yang balik awal dan sebagainya..tapi takpa, group ATU 17 dgn ADFP Usrah Club masih ada, so post je kat situ.

Lastly, all the best toyou guys.
 HUYEAH!

Monday, June 20, 2011

always

A dull, gloomy morning.

I woke up, ahh..

there are 5 tabs in my internet browser, and i shall close a few.

again, i wish i could be better, for that i hate myself.

counting days, yes, 2 or 3 days before the final test,

i remember back then, the first time i went to the sea,

and i found it, and i promise to myself, that one i will never lose it.

Wednesday, June 15, 2011

Pantulan.

Pernah tak masuk tandas, yang mana ada cermin di depan dan belakang anda, dan anda dapat lihat pantulan diri anda hingga ke titik infiniti?
 Jika pernah, ya, anda juga seperti saya. Pada mulanya, kebanyakan orang pasti tertarik dengan pantulan tersebut dan akan mencuba untuk tunduk sedikit, atau memandang ke belakang, (dengan harapan dapat lihat bahagian belakang badan melalui pantulan).

Ya, memang menarik!

Dan, pernahkah anda terlihat gambar seperti ini :


Menarik bukan? Pantulan gambar yang melengkung (distorted picture) pada bola krismas ini memang mampu menjadikan gambar itu menarik.

Namun, cuba bayangkan, sebuah bola krismas (di atas) sebesar sebuah kelas, dan permukaan di dalamnya merupakan cermin (seperti permukaan di sebelah luar) dan anda masuk ke dalamnya. Dengan sedikit sumber cahaya, apa yang anda fikir anda dapat lihat?

 Diri anda secara 3-dimensi? Fikirkanlah.

Monday, June 6, 2011

hari

Lagu Rocketeer berkumandang menandakan alarm clock milik rakan sebilik berbunyi. Dah pagi. Arghh..malasnya nak bangun.

6.20 pagi.

Aku bangkit, tapi terasa sakit yang teramat. Aduh, sakit di dada kembali terasa. Rasanya dah elok sejak minggu lepas, tapi entah kenapa datang semula.segera aku mandi, solat dan bersiap.

Test pada 9 pagi, dan sejam sebelum tu lah baru aku sibuk membuka buku. heshhh tension cuma Tuhan yang tahu. segala bagai nak dibaca dalam masa sejam itu. bersandarkan ilmu di dada dan nota ringkas dari buku, aku bawa bekalan itu ke dewan.

*******

seperti dijangka. jawapan macam apa, entah apa yang aku fikir, susah segala. lantaklah, test terakhir dalam masa 2 minggu lagi. itulah harapan aku. yang tadi tu, biar. entah kenapa rasa macam tak pernah belajar pasal error approximation segala semua.

********

kelas petang bermula pukul 2. aduh, kelas petang, mengntuk ni.
nasib baik mr vincent tu macam kelakar sikit. ah, sakit kepala tiba-tiba datang. pening teramat. aku rebahkan kepala di meja Ilman, tapi bangun semula, khuatir dimarah mr vincent. ah, sakitnya. aku tak mampu mendengar lagi, terus terlelap.

petang yang panas, aku terbaring. memikirkan hari yang malang. baru hari pertama, belum kedua, ketiga. tunggulah. apa2 yang jadi, doakan aku selamat.

Sunday, June 5, 2011

aku rasa aku dah jadi orang jahat.

Sebab?

aku rasa sekarang aku bukan orang baik.
equation yg simple.

Friday, June 3, 2011

Malaysia : Ke Arah Sifar Rakyat Miskin 2011

Zaman sekarang ni, ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara atas alasan mahu mencari wang dan sumber pendapatan. Kata mereka, di Malaysia saingan cukup tinggi, nak kerja Domino's pun kena interview dulu, tu pun belum tentu dapat kerja. Bila dapat, gaji pula sikit.

 Bila dibandingkan kerjaya di negara luar, contohnya, Amerika. Kerja sambilan sebagai pencuci pinggan di restoran pun boleh dapat pulangan yang lebih lumayan dari kerja dekat Rasamas di Malaysia.

Tapi, ingin saya tegaskan disini bahawa orang yang berfikiran seperti mereka di atas ini mempunyai fikiran yang sangat sempit kerana mereka masih tidak tahu betapa Malaysia lah tempat terbaik bagi menjana pendapatan yang tinggi. Tak perlu susah-susah ke luar negara nak cari kerja kononnya nilai matawang disana lebih tinggi dan sebagainya. Mengarut je. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya berpeluang untuk menjana pendapatan yang tinggi pada masa kini.


Kenapa saya berkata begitu? Tak percaya? Kalau tak percaya, cuba anda masuk ke laman sembang sosial atau laman laman blog yang terkenal, pasti akan terjumpa benda benda di bawah ini.








Begitu mudah sekali menjana pendapatan sehingga beratus ringgit sehari. Tak perlu susah payah belajar jauh2 jadi doktor, kena buat housemanship segala bagai, tak payah nak tunggu 20 tahun cipta teknologi baru untuk kaya, dengan mengamalkan petua di atas, rakyat Malaysia kini mampu mengatasi kekayaan yang dicapai jutawan terkemuka seperti Donald Trump dan Bill Gates.

p/s : kehkeh.

Wednesday, June 1, 2011

Wordless Wednesday

Saturday, May 28, 2011

Nilai. Penghargaan.

Cepat-cepat Zaed menuju ke bilik Ilmann, berlari ke sana semata-mata nak mendapatkan cheat untuk game Pokemon Blue. 

Maklumlah, kalau dah ada sepuluh ribu masterball, memang confirm menang lah lan. "Mann, ape cheat untuk infinity masterball?" tanya Zaed.

Hilmann yang sedang sibuk membaca Berita Harian Online mencapai pen dan kertas, lalu menulis sesuatu lantas diberi kepada Zaed. "Nah, google bnda ni. Aku x ingt full code dia.Nanti dah menang, bagitau aku.Tapi nnt klu boring sbb dah asyik menang, jgn cari aku plak. haha"

Sebagai seorang penggemar permainan video, Hilmann memang pakar dalam hal sebegini.



********

Tiba-tiba, kedengaran suara Hilmann, "Perghhh, dua beradik ditinggal bapa gara-gara gagal dalam UPSR, tapi yang takleh blah, anak perampuan dia yang pndai dia bawak gi bercuti pulak". Tajuk berita yang menarik, macam-macam berlaku zaman sekarang ni. Manusia semakin aneh, hanya anak yang pandai dihargai, yang gagal ditinggalkan.

"Ada ke patut, sedangkan ketiga tiga anak dia tu dia yang besarkan, dia yang 'produce' yang mana bermaksud si anak tu 'produk' si bapa. Tapi macam mana dia boleh bersikap macam tu. Tak fahamlah. Bapak dia ni bengong gile, anak tak pndai bleh pulak dia tinggal mcm tu. Ape la", lantang Hillman bersuara.

********

Aku keluar bilik sambil tersenyum. Nasib baik kamera analog tak ada butang 'delete' dan memory card, kalau tak, mesti gambar-gambar aku semua sama lebih kurang je sampai bosan tengok gambar scenery dan view yang sama berulang kali. Dan nasib baik juga aku tahu cara hargai gambar yang terhasil dari usaha aku, sebab tu, walaupun gambar tu tak cantik, buruk, aku akan simpan dan letakkan nilai yang tinggi untuk setiap gambar-gambar aku.




p/s : aku tak minat fixie, sebab aku bukan pengikut trend.

Wednesday, May 18, 2011

Biasiswa untuk aku.

"Ayah, angah dapat biasiswa..alhamdulillah.. bulan depan dah kena daftar, kalau ikut tawaran, insyaAllah bulan 7 tahun depan dah fly. Ayah tak perlu la risau pasal duit belanja, sebab nanti semua ditanggung. Angah cuba tak susahkan ayah."

*******

Dah masuk tengah bulan ni. Esok ada talk dari Bahagian Penempatan Pelajar pula.. hmm kalau tak silap, hujung minggu ni dah kena bayar yuran 'english language test' tu..tu je dah beratus, belum campur permohonan universiti,   makan malam perdana, visa.. haishhh mana nak korek duit..

*******

"Zam, esok bisnes jadi tak?",  tanya aku. Walaupun cuma jual sosej dekat kolej, tapi bolehlah nak cover sikit duit makan.. Seminggu boleh dapat dalam RM40, bahagi dengan rakan kongsi, boleh la dapat RM20.. ok la tu.. Sejak kena bayar macam2, kena la usaha sikit nak cari wang..heshh...


*******

"Ayah sihat? erm, sekarang angah nak kena bayar macam2.. kalau ayah ada RM200 pun jadi la..",itu antara perbualan aku dengan ayah semalam. Aku tak punya duit nak bayar dekat seribu walaupun aku tahu boleh claim balik. Eddy untung la, anak ahli politik, kaya, tak risau pun pasal semua ni. Patutnya duit biasiswa dia dapat kat orang macam aku kot, tak gitu? *suara memerlukan*.

Tuesday, May 10, 2011

Halal. Eh, haram?

Malam dah makin gelap. Cuak betul bila jalan sorang2. Tapi langkah tetap diteruskan. Aku cepat berjalan, seram sejuk pula.

Usrah dengan Abang Wan tadi memang best. Abang Wan ni memang suka buat aktiviti usrah ni, kemudian dia memang rajin pun ajak Arif dengan kawannya yang lain untuk turut serta. Maklumlah, senior sejak dari sekolah rendah hingga ke kolej persediaan. Bulan depan Abang Wan nak fly dah, ke Mesir katanya. Aku entah apa la harapan nak fly, pointer pun belum lepas requirement MARA lagi. heshhh

********

"Korang ni nanti, insyaAllah bila aku dah fly nnt, rajin-rajinlah contact. Facebook ada, Y!M ada...pesanan abang jangan lupa..." kata-kata Abang Wan selalu aku ingat. Macam-macam dah dia pesan kat kitorang, belajar rajin-rajin la, jangan banyak main, ingat Tuhan selalu.. banyak lagi la.. Abang Wan ni memang Islamik pun..jadi memang banyak ilmu keagamaan yang aku belajar dari dia.


********

 "Arif, kau ni tak lama lagi nak fly..tpi kena ingat pointer semua tu...blajar kena rajin, ilmu tu penting. nak senang dapat ilmu, makanan kena jaga, ibadah pun sama..baru hati terbuka nak belajar..halal haram tu penting, klu tak, habis doa tak diterima nanti..jangan nak pergi kelab, tonggeng sana sini, kalau ada sikit yang haram, semua jadi haram."terang Abang Wan bersungguh. "Oh..hmm Abang Wan, tapi kan, kita ni dapat biasiswa dari kerajaan, kerajaan tu pula ada sediakan pinjaman kat student, pastu pinjaman tu kan ada interest, tu dah kira riba' kan? then duit tu kerajaan ambik buat subsidi gula la, petrol la, kasi biasiswa la.. tu haram ke tak tu? Walaupun tak semua, tapi mesti ada sikit2 yang dari hasil riba'. Jadi, kira haram ke tak tu?" tanya aku.

Abang Wan diam, kelu. Tak lama, dia berkata, "Betul jugak ye".

Sunday, May 8, 2011

Rasional ke?

Yes, hari ni hari Khamis. Esok Jumaat, kemudian hujung minggu boleh cuti. Ah, lupa! Ada kem motivasi dekat Johor. Cis, tak guna. Baru nak cuti, dah ada kem pula. Masuk kali ni, dah 4 kakli sekolah aku buat kem motivasi. Dengar cerita, katanya kem ni bertujuan nak membina semangat para pelajar dan menjadikan pelajar lebih rajin serta optimis dalam hidup. Tapi, itu secara idealnya. Realitinya tak semudah itu.

***** 

Sejak sekolah rendah, aku kira dah berbelas belas kali aku pergi kem seumpama ini. Dan seperti  yang diperhatikan, kem ini aku rasa patut tukar nama lah, jadi kem sukahati atau dukahati. Sebab, bila pergi kem macam ini, peserta cuma akan rasa gembira dengan aktiviti yang ada atau pun bosan dengan ceramah bagai, bergantung kepada pengisian program tersebut. Dan hasilnya, aku rasa, objektif tak tercapai pun, dan jika tercapai pun, peratusnya pasti sedikit. Setuju?

***** 

Dan ini membuatkan aku berfikir, adakah program seperti ini sebenarnya membazir? Jika ya, siapa yang sedar akan kenyataan itu? dan jika tidak, apakah rasionalnya program ini? 


p/s : kejap je motivasi tu, lama2 expired la. tahniah kepada yang dapat mengekalkan semangat tu, walaupun golongan ini tak ramai mana.





Thursday, May 5, 2011

Cikgu Timah

Azwan cepat-cepat berlari ke kelas. Dah lewat. Jam di tangan dah pukul 8.33 pagi,"alamak, lambat 3 minit, matilah aku!".

Mungkin nasib berpihak pada Azwan. Mood Cikgu Timah kebetulan baik je hari itu, Azwan dimaafkan atas kelewatannya. "Sorry cikgu, lambat sikit, tadi jam dekat simpang nak keluar dari rumah. Ada kereta banyak, depan tu pulak kereta kancil lambat..saya janji tak lambat lagi, lepas ni saya sungguh-sunnguh belajar, setiap petang saya dah plan  nak buat study dekat pondok bawah tu." and the rest is history.


Matahari dah naik tegak atas kepala. Dah dekat waktu Zohor. Amin yang masih dengan roti ditangannya cepat-cepat memanggil rakan yang lain. "Alamak, wei korang, macam mana plan Low Yat petang ni? Kelas dah habis, tapi ada orang tu nak study pulak..tak dapat la nak merasa hard disk baru.." saja dicakap kuat agar didengari Azwan. Azwan terasa serba salah, selepas kelas tadi dia berjanji nak ke Low Yat dengan Amin dan yang lain, tapi tiba-tiba teringat janji dia dengan Cikgu Timah.

"Relax ar, Cikgu Timah bukan nampak pun..dia tak tau punya aku study ke tak..tadi tu pun nasib baik aku pandai ayat dia, haha.. Jom r pergi, malam ni boleh study..banyak masa lagi. Jap, aku nak makan dulu, pastu kita gerak jom. " Azwan menjelaskan pada rakannya. Sedang mereka semua hendak keluar dari kelas, ternampak kelibat Cikgu Timah di luar pintu kelas. Dengan muka kecewa, dia berlalu pergi. Azwan tergamam, diam.

Thursday, April 28, 2011

hmm banyak sangat nak cakap sampai tak tau nak tulis apa dah.

sorry

Saturday, April 23, 2011

Im coming home.

 spring baru je habis. haha.

#***********************#

seriusly, spring semester memang menjanjikan kepenatan seribu batu kepada para pelajar dan kesibukan tahap maksima. dan semester ini telah mengajar supaya menggunakan masa sepenuhnya untuk menyiapkan segla bnda tugasan yang ada. tapi, macam biasa la, procrastinate je mamanjang. haha . last2, aku terpaksa menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh lagenda iProkas-tinate, Yusri dan Fikri iaitu kaedah 'EMERGENCY SLIDE'. basically, kaedah ni asalnya cuma valid untuk assignmnt presentation yang mana, memang kena guna power point, tapi lama kelamaan, kaedah ini mengalami evolusi/revolusi/adaptasi/etc dengan keadaan sekeliling dan kini boleh diguna pakai untuk pelbagai bentuk assignmnt.



berbalik kepada cerita asal, selepas cuti seminggu, summer semester akan memulakan rentaknya(apa benda aku cakap ni). seperti yang digembar-gemburkan, summer adalah sem yang sangat relax dan boleh mati kebosanan sebab takda keje(ni cerita orang, jgn percaya sgt). jadi, mungkin ramai pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa  assignment berlambak ni. hinggakan ada yang nak cari kerja part time gara-gara ingin memenuhi masa lapang yang diberikan summer. bagus juga, isi masa lapang, isi ilmu di dada, isi duit poket, isi perut dengan staffmeal(klu keje restoran la).

by the way, aku tak jamin masa cuti kat rumah akan jadi seseronok seperti di kolej(walaupun gila busy, aku tau tu). seperti yang dijangka, rumah akan jadi sangat plain, dan aku pun kadan2 kurang faham, kenapa ramai orang yang suka update status, 'yeay, dah balik' , 'im home sweetie baby' apa la mcm2 status, sedangkan. aku tak dapat rasa macam tu. adakah aku kurang menghargai nikmat balik rumah? in a way, lebih kurang macam tu la. mana tidaknya, baru first day balik, dah HAMPA gila tak dapat celebrate besday lecturer kesayangan. sedih plus kecewa. argh! sorry sir ikhwan, takd dapat datang hari tu. lain kali kita celebrate k. saya belanja.

dan kebetulan waktu cuti seminggu ni terdapat hari penting dalam kalendar google aku. huhu tak sabar. how to celebrate it? old folks said, repeat the day. so, "can i have a regular set of double cheeseburger please? that's all. thanks. " MY


*****************

dah pukul 2, ramai pulak orang kat mcD ni. tengok2 muka macam nak duduk, jap er, nak kemas2 laptop. bye.

Thursday, April 7, 2011

SPRING INI.

Benar. memang benar apa yang diperkatakan senior aku setahun yang lepas - SPRING MEMANG HECTIC!
aku ingat ni cuma propaganda untuk memastikan para pelajar lebih berdisiplin, rupanya segala yang diceritakan benar belaka. Aku ingat lagi, Kak Alai cerita tentang bussines project, last day nak hantar assignmnt, tak tidur, arghh. dan semua tu berlaku pada hampir semua rakan aku, termasuk aku sendiri.

Tapi, disebalik kesibukan yang melanda ni, ada benda yang aku belajar, ada benda yang aku rasa puas, iaitu bila tanggungjawab dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan, bila amanah dapat ditunaikan. Gembira sungguh, rasa puas, ya itulah perkataan dia. PUAS. macam2 yang aku lalui, I Kaspro, KO PLN, ambil projector hari2 smpai kena marah(haha hilang extension?), berLOMO, Olimpiad, dan macam2 lagi.

dan seriously, assignmnt yang banyk2 ni memang akan buat perasaan kerja cuci pinggan lagi best dari study kat intec. YA! memang leceh, penat, bosan, stress, bengang, tension, etc bila assignmnt berlambak masuk dlam TO DO LIST. erghh. tapi takpe, ada mereka yang masih sudi memberi semangat, yang akan kata boleh bila aku kata tak boleh, yang akan bersama ketika aku keseorangan buat essay, yang akan ucap selamat pagi selepas bangun pagi, aku gembira, terima kasih.

Monday, March 28, 2011

aku paham,

sapa kata starbucks tu best? yeaa. memang sedap pun, tapi mahal sikit la kalau nak compare dengan air tebu tepi jalan. oh, biasa klu org ada duit lbih boleh la nak beli kat starbucks,,tapi klu duit tu dah berterabur, beli hari2 pun takda masalah. bergantung kepada faktor ekonomi seseorang. dan, macam biasa, orang2 kaya je yang beli starbucks hari2.

pastu, kalau dah kaya nak mampos tu, takyah bajet r boleh tak? tau la segala bagai nak serba mewah. tak perlu nak degrade orang lain. aku ada falsafah aku sendiri, jadi apahal nak sibuk plak? malas nak taip banyak, bnyak bnda lain boleh buat. sikit2 je nak bagi orang yang dah dibiasakan dengan kemewahan dunia ni sedar sikit. kalau tak terasa, tak taula. biasa la, orang mcm ni ego dia mmg tinggi sikit, aku paham.

Tuesday, March 22, 2011

PENGALAMAN

Al kisah sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Berpindah ke rumah baharu, dan hidup bahagia.
Eh, benarkah hidup mereka bahagia? persoalan itu hanya dapat dijawab oleh tuan punya badan sahaja.

untuk entri ni, bukan aku ingin bercakap tentang perkara di atas, tap lebih kepada pengalaman aku di rumah orang baru berkahwin.

rumahnya tidaklah segah mana, isi dalamnya tidaklah semahal mana, barang perabotnya juga tidaklah sebesar mana, tetapi apa yang seronok untuk dikongsi ialah keceriaan dan kemesraan di dalamnya. benar, apabila baru berumah tangga dan belum bercahaya mata, hidup agak kebosanan tatakala hanya berduaan saja di rumah. tapi, bayangkan, nilai2 yang terjalin pada waktu itu, solat jemaah bersama, masak dan makan bersama, keluar jalan bersama, tanpa perlu memikirkan perkara lain seperti botol susu, lampin dan sebagainya.

hanya mereka berdua.

Friday, March 18, 2011

Biro TATANEGARA

Cuti mid term selama seminggu yang dinanti-nanti berakhir dengan kekecewaan, sebab rupanya takda cuti pun, tapi ganti dengan BTN.

kem selama 5 hari ni, mcm biasa la. ada ldk, ceramah, kawad bla bla...pada asalnya memang bosan. serius boring tahap dewa. boleh kata 80% dari program ceramah time awal2 tu memang aku tidur.

tapi lepas buat ldk tu, aku rasa something. haha (ceh, macam baru ada semangat r). aku rasa sangat berkobar2 untuk mempertahan maruah bangsa dan agama (ni akibat kena brainwash) namun, mcm biasa la, mesti ada sikit unsur politikus, nama pun kem under Jabatan Perdana Menteri. tapi cara dia convince orang tu memang mengconvincekan . hahaa

hari pertama hanya pendaftaran dan sesi berkenalan. hari kedua pula penuh dengan ceramah yang mengantukkan lagi membosankan. -.-

hari ketiga barulah bermula aktiviti ldk yang mencerna minda. hahaaa baru la best. sesi brainwash dengan fasi, sesi berkreativiti dengan kumpulan, dan sebagainya. lepas tu, ada pulak repelling, memang bertambah best la mcam ni, huu yang paling best bila menang. kehkeh

kesimpulannya, rasa takda la rugi sangat. kuikui makan pun free, test pun senang, relax pun ok la.. cuma dirasakan kurangnya profesionalisme dari fasi.

apepun, saya bangga menjadi anak MALAYSIA! ^^

Saturday, March 12, 2011

bila tak buat, disuruh buat. bila dah baut, nnt ke mana la, apa la, terabai la. mcm mana? klu tak pandai, mula la, lembab la, itu la, ini la, bila nak try, bnyk pulak jwpn. mcm mana?

Monday, March 7, 2011

LOMO OUTING pertama.

YEA.  FIRST TIME PERGI LOMO-OUTING.

fuhh,, agak nervous bila nak pergi. ye la, masih newbie dan mentah dalam lomo. sampai2 ktm je, terus tukar baju rangers. haha semngat siot.

then, berkumpul ramai2 di McD @sentral. tu la first time jumpa rem, bob, etcetc. ramai gila. Dah r semua muka2 pro, kamera pun mahal2, bnyk pulak, aku ada sebijik je. haha


sampai zoo dah tengahari, jumpa yang lain, beli tiket dan masuk dalam. haha. excited weh.nasib baik aziluz ada kamera lebih, dapat aku pinjam kamera dia. dan tulah first time guna slide film. haha sumpah excited!

dalam zoo tu, memang bnyak r haiwan2 yang aku jarang jumpa..dan memang aku tak kerap sgt amik gmbr, ye la, jimat frame katakan(film mahal kot) lagipun, aku sedang menikmati saat-saat bersama haiwan2 di zoo. haha. paling best time tengok sealion beraksi. stylo coolio kott. camne entah jadi pandai mcm tu. haha nice!
tak lupa kepada mereka yang membawa makanan dan air. (saiful hadi, pizza anda saaangat sedap; rem munir, air botol tu sangat lah bermakna. haha)



lepas penat jalan2, rehat2, balik ke kl sentral. ambik masa sikit untuk rehat2, dan makan. serius, haus dan lapar. malam tu terus pergi dev dan scan kat kedai kat kl. nasib baik murah. aku pun terus habiskan baki 12 frame time tu gak, nak dev punya pasal. haha



bila balik, dah pukul 10 lebih, mmg agak penat ah. tak larat nak bukak mata. tidur pun nyenyak =)

Friday, February 18, 2011

silap langkah.
menggelabah.
tak fikir panjang dah.
terus redah.

maaf. bukan bermaksud begitu. runsing tak tentu pasal. bodohnya aku. majoritu setuju.

pelajaran dipelajari.
semoga tak terjatuh dalam lubang sama dua kali.

Sunday, February 13, 2011

Baru saja pulang ke Kolej Cendana. Penat. Kemas locker. Tiba-tiba, nampak wallet. Lihat apa di dalam wallet. Tiada apa yang menarik. Simpan semula wallet, dan terlihat 2 keping tiket. Petrosains. Argh. Sungguh. Sesal. Kebodohan dan keangkuhan dalam diri. Maaf. Biadap diri ini. Maaf.

Pernah terfikir?

Andaikan situasi ini:

Ali seorang yang pandai. Suatu hari, beliau pergi menemani kawannya bermain skateboard. Secara tak langsung, Ali telah mempelajari sedikit ilmu skateboarding dan cuba-cuba untuk bermain. Dan sejak itu, minat Ali terhadap skateboard makin mendalam. Ali kerap mencari maklumat tentang skateboarding di Internet, bermula dengan sejarah skateboard, cara-cara, peraturan, teknik latihan, dan sebagainya. Beliau juga menyertai forum online tentang skateboarding serta menyertai persatuan skateboarding di kawasan rumahnya.

Ok, cukup dengan itu. Apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah,
• Ali selalu mencari maklumat tentang skateboarding di Internet tanpa rasa malas
• Ali bersemangat untuk mengetahui tentang sejarah skateboarding di Internet tanpa bosan
• Kebanyakan masa diperuntukkan oleh Ali untuk skateboarding tanpa mengeluh.
• Dan semua ini dilakukan oleh Ali kerana satu perkara : MINAT.

Bayangkan kita,
• Baru baca sejarah Islam sikit, dah mengantuk
• Kalau suruh pergi library untuk research pasal kaedah2 hukuman dalam Islam, rasa malas je.
• Lebih 50% daripada 24 jam sehari kita digunakan bukan atas tujuan nak membangunkan Islam.
• Dan adakah semua ini berlaku kerana : KITA TAK MINAT?

Sedangkan, Islam itu pegangan kita, tapi kita lebih tertarik akan perkara lain yang kadang kala melalaikan. Cuba imagine, tukar cerita pertama tadi dengan “skateboard” kepada “Islam”. Pasti Ali akan bersemangat untuk tahu tentang Islam. Sejarah, keunikan, ciri-ciri, asas Islam dan akan cua untuk mempraktikkan Islam.
Jadi, adakah orang yang baru menemui Islam (muallaf) itu lebih baik Islamnya daripada orang yang lahir-lahir sahaja sudah Islam, tetapi tidak tahu menghargai nikmat Islam tersebut?

Sejak dulu lagi, saya selalu terfikir dengan situasi seperti di atas. Saya berdoa agar saya diberi petunjuk. Anda pula?

Saturday, February 5, 2011

Milikku

DIANA MINI

Setelah beberapa ketika, dapat juga aku merasai kamera analog nie. HAHA PUAS! (lebih2 pulak) tak sia-sia aku berusaha menyimpan duit poket selama nie. sikit2, tapi membuahkan hasil. banyak betul rintangan dalam mengumpul $$ nie. hmm
  • aku cuma minum air suam bila orang lain sedap2 minum AIR BANDUNG FLOAT.
  • biskut luxury(mewah tuu) menjadi pilihan bilamana orang turun gi cafe adfp untuk lunch
  • hari2 gi kelas bawak skit je dalam wallet, supaya tak terbelanja lebih.
  • kalau boleh, hari2 nak dinner nasi lemak je. haha
  • peluang bekerja masa cuti dimanfaatkan sepenuhnya untuk gaji maksimum
dan hasilnya, sebuah Diana Mini dari kedai MOOKS di pavi. walaupun ini adalah kamera analog(macam kamera yang nenek moyang anda guna zaman dulu2) dan memerlukan filem serta perlu dicuci, tapi kepuasannya tiada tandingan. (ok, aku lebih2 lagi) hasilnya perlu ditunggu dan tidak boleh dilihat sebaik sahaja gambar diambil, anticipation untuk tengok gambar tu memang sangat best. hasilnya menjadi misteri tatkala bereksperimen dengan kesan-kesan khas lomo. Lagipun, aku andaikan Lomo adalah salah satu cara menghargai nilai-nilai seni fotografi dengan cara yang tersendiri, atau dalam erti kata lain, "back to basic". Sama macam filem, tak semua cerita best boleh menang kat Festivel Filem.  

haha.. apa pun, aku harap Diana Mini nie akan menjadi kick-start aku dalam dunia Lomo. semoga Diana Mini nie akan memberi buikan saja seribu satu,, seribu dua, malah seribu empat kenangan kepada aku dan orang sekeliling. juga terima kasih kepada raka2 yang memberi dorongan dan bantuan. tidak lupa kepada ibu bapa yang tak marah sebab beli kamera nie. haha

Hari ini, dari aku, jangan jadikan impian hanya semata-mata impian.

Monday, January 31, 2011

Kem 3 Hari Yang Best

Jumaat  

Tepat jam 4 petang, bas pun sampai dekat depan kolej. Haha penat gila nak pack sebab rushing lepas balik solat jumaat. tapi sempat jgak nak packing2.5 min kemudian(dekat je rupenya,) tibalah di destinasi yang dituju - Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Sampai2 je, terus check in bilik (rumah A frame sebenarnya) dan aku sbilik ngn Aiman, Pidot dan Z. Lepas check in, solat asar, minum ptg, pastu lepak2 kat tepi pool. haha cam budak2 je main air. pastu, siap21 utk maghrib pulak. malam tu ada sesi taaruf dengan cikgu asmadi. tapi agak bosan kott. aku nak tertidur. haha tapi kisah kain pelikat coklat memang sukar untuk dilupakan. ^^

Sabtu

Pagi yang hening. lepas sarapan, kumpul lat amphiteater, ada sesi ngn cikgu asmadi. then, ada ldk kat court berpasir yang sangat melecehkan ( kena bukak tali kasut...malas gila nak pasang/ikat balikkk). lpas minum pagi, ada presntation untuk kenalkan group. HAHA SUPER BEST dapat fire orang.  pastu wat cheer kreek kreek yang tahap dewa punya sarcastic. mcm biasa, kmpulan CLOUD 9 (group aku r tu) r paling bising. haha thanks to aiman, mukhlis, dan luqman.

after lunch, solat, cikgu asmadi bawak berita gembira. haha "lpas ni siap2 ye, kita nak masuk kolam.."  YEAH! first few games memang ada unsur motivasi dan semngt kerjasama la. (nama pun kem kaunseling) pastu wat menara orang ngn main last man standing. bestt gila! haha then main polo air lak, tapi kalah tipis 15-6. adehh.. lpas asar, ada group discussion untk mlm tu punya persmbahan.

lpas isyak, masa yg ditunggu dah tuba, SHOWTIME! ada mcm2 persmbhn. ada drama, nyanyi2, mmg klakar la, lagi2 bila ada cheer kreek kreek. kekeke..group Cloud 9 dah la x prepare sgt, tpi nsib baik ok2 je.. haha.. lpas hbis tu, ada night walk.. huu *seramm* tpi kena wat cool je. hahaha jalan ngn farhan bersama lilin kat hutan, org yg mastermind. haha mmg lilin takkan terpadam laa... mmg penat dan letih.pastu, bersama mr ateef, aiman, pidod dll, kami berbaring di amphiteater smpai 4 pagi. pastu bru msuk bilik.

Ahad

bgun lambt skit dri smlm, terus solat dan keluar mncari srpan agi. hehe..pastu terus kena kmpul kat amphiteater. ada kmbara plak. haha setiap group kena accomplish 3  mission, gi kat rumah 4 musim, hendap rusa, ngn gi prkmpungn johor. masa otw tu, mmg mcm2 jumpa. kakaktua yang pndai wat lwak pun ade. hahaa nsib mmg baik sbb skrg tgh salji, hehe dapat gak rasa kesejukan dia..,.huu pastu dapat main sentuh2 ngn rusa. bestt gila.  lpas tu,  blik ke amphiteater, dan prepare short clip utk kmbara tadi.. last2 tu, ada sesi brgmbar ngn hajah aluyah dan semua yg terlibt ngn progrm..

lpas packing2, gi mkn. then, chcekout, solat, bersedia untuk pulang.

p/s: sem belum habis, jgn lupa ya.

Pagi Isnin

hurm, bengong la aku nieh.
argh!

Saturday, January 22, 2011

12:30 AM

yeahhh dah 12 setengah.. haha

Sunday, January 16, 2011

mungkinkah ini juga paradoks?

Tempoh hari, aku terbaca tentang paradox di blog seorang kawan. Lalu, aku terfikir tentang satu lagi paradox.

C++ programming language. 
Mungkin ada yang tak pernah dengar, dan mungkin juga ada yang dah expert pasal ni. Ok, basically C++ ni macam software yang ada coding dan programming untuk create program or system.

Tapi, untuk buat software ni, mesti la creator dan designer dia guna C++(atau progrtam  yang sewaktu dengannya) jugak. Ini bermaksud, sebelum diorang create C++, diorang mesti la dah tau C++ ni, tapi masa tu C++ belum ada lagi. Ishhh kan paradoks tu. So, macam mana ni?

Thursday, January 13, 2011

Thank you.

It was the day, when something came across my mind,
Sitting at the bench, I was waiting for the train,
And a word or two, spoken out of our mouth,
Ever since, I keep thinking, hoping,
I prayed, as if I knew that it was the best,

But as the saying goes,
We propose, God dispose,
It was not in the initial plan,
Disappointment, frustration, are the words,
Though, I knew He is the greatest planner,

And as expected, I finally found out why,
All the reasons, the hikmah (goodness),
I just couldnt be more grateful,
I was, and I am happy, for this,
And that, Des Moines is the next in plan.

-A Fairly Sail-

Sunday, January 9, 2011

Of futsal and streetball

As salam. dan salam Satu Malaysia.

Shah Alam, 9 Januari -  Esok hari akan bermulanya pusingan separuh akhir futsal antara kelas2 ADFP. Alhamdulillah, dengan izinNya Irvine berjaya melayakkan diri hingga ke peringakt ini. Diharapkan Irvine mampu menjadi johan untuk edisi kali ini.

Sebenarnya, aku dah lama tak main futsal ni. Dulu memang bola sepak/futsal ni tak boleh nak pisah ngan aku dah. Dari kecik2 lagi dah main bola. Sebenarnya dulu aku tak reti main bola pun, aka kaki bangku la. Tapi, bila masuk darjah 4, makcik aku aku kahwin dengan seorang laki ni. Kebetulan dia ni kipas-susah-mati Liverpool. Dia la yang introduce bola/liverpool/owen kat aku. Sejak tu, aku mula bergiat aktif dalam bola.akhirnya, dapat la jugak wakil sekolah time darjah 6. Lepas tu, masa kat gerik pun ada wakil maktab jugak.

 Kemudian, masa nak dekat pmr, dlam bulan 8 camtu kot, ada kawan aku ni tunjuk video street basketball. Fuhhhh, memang style gile! trick diorang memang smart tunnel tahap terlebih gula la! manis kaw kaw!. sejak tu, aku suruh kawan aku ajar aku cara nak dribble, nak control bola, shoot etc. Dan sejak tu lah, aku dah stop main bola. Bila gi jasin/tgb, memang bsktball la rutin harian aku tiap2 petang. tak da lain dah. klu hujan, mesti ada ayat ni "court basah la camnie.." dan sejak tu, aku tak pernah lagi main bola.




Sehinggalah ATUSA (American Top Universities Student Assoiation) organize bnda futsal ni tempoh hari. Dan tambah2 bila aku score, perghhhh rasa macam aura owen dah masuk balik nie. aku dapat rasa balik perasaan masa main bola dulu. masa control bola, shoot, pass, score. HAHAHAHA lebih2 pula. tapi serius, SERONOK~~ lama gila kot tak main.. lepas ni, petang2 kena tukar2 menu. hari ni futsal, esok basket, lusa futsal. hahahahaa
ive gained the momentum. BRING IT ON!

p/s : bak kata pepatah, "bila kita lakukan sesuatu, biar sederhana asalkan istiqamah atau berterusan."

Tuesday, January 4, 2011

camni r ..

The first day of class just couldnt get more worse.

aku punya la tak siap2  lagi pagi tu, tukar sana tukar sini. oh, lupa. kena pakai baju formal kan.
perghhhh nasib baik roomate aku baik. fine2. Oh...camni r..

dan secara tiba2 tulisan "class rep" terpampang kat tepi nama aku, nak pulak lecturer tu yang panggil. aishhhh sah2 dah confirmed. BILA MASA VOTE WEH?! aku tak kisah kot kalau memang semua dah malas nak berposition ni, tapi support la klu ye pun. patut r ada orang pernah kata, gi balik boston r weh. sumpah lagi best. Oh.. camni r...

ni baru day 1. belum day 2, 3, 31.. feb.. april. boleh bertambah psoriatic symptom kalau camni.

p/s : aku memang rasa nak makan cheezy wedges time ni.dengan hot coffee atau air strawberry.

Monday, January 3, 2011

Cendana!

Salam. 2 Jan 2011

Sudah pun mendaftar di Kolej Cendana. Daftar awal pagi. Makan tengahari bersama kawan. Dan rehat di rumah pada waktu petang. Balik ke kolej pada waktu malam.

Serius, rasa lain. Hmm tiba-tiba teringat Cheezy Wedges.

p/s : cheezy wedges guna jalapeno. =)

Sunday, January 2, 2011

argh. (geram sikit)

Salam.

Hari pertama dalam 2011. Ramai yang ucapkan selamat maju jaya dan segala bagai lagi. Tapi, kalau itu adalah wish mereka, nampaknya, their wishes memang belum come true lagi la.

01.01.11.
Hari ni memang penuh dengan masalah. Arghh. aku nampak cam bengong aje. Nama je sekolah asrama 5 tahun, belajar ntah kat ceruk mana, tapi aku rase cam xguna je. ishh cam xde faedah je selama ni aku kononnya cari pengalaman la, tambah general knowledge la, tapi cam ape jer. baik takpayah. serupa blajar masak kat rumah.
kadang2, aku rasa budak yang smk jeram tu lagi banyak general knowledge dari aku. tau la aku tak berapa punya sikit nak pandai, tapi jangan la sampi camtu sekali. memang la... hmm

mana silapnya? aku? sekeliling aku? orang yang ada sama gene dengan aku tapi macam tak pernah tau apa itu gene? ya, aku akui, kalau tak banyak, ada la sikit, aku memang dah rugi banyak. banyak benda. masa, pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan segala bagai. tapi kenapa boleh macam itu? kenapa orang lain tak rugi macam tu pulak? mungkin hujah "u lose some, u get some" akan digunakan, tapi boleh je aku bidas, sebab ada je orang yang "u not lose some, u get all". atau mungkin, "u lose 0.1%, u get 99.9%". bila aku tengok kawan2 aku, rasa cam tarikh kat phone aku ni baru tahun 2004. kenapa aku masih tak tau? adakah aku kurang ambil tahu? atau pun memang aku not be able untuk ambil tahu?

mungkin itu bukan salah aku, dan mungkin juga salah aku. andaikan, anda di sebuah sekolah asrama, sekolah tu tak bagi anda bersukan, katanya baik belajar. nanti pandai, kalau sukan, nanti kalau injured kan susah. buang peluh je. kemudian, lepas habis sekolah, ada tournament bola sepak kat kampung. anda tak reti main. anda ingat ada 22 orang gila tengah kejar sebiji bola bertanda right (betul) walhal tu logo Nike. lepas tu, ada orang tegur, "eh, kau tak reti main bola? kekeke" anda pun kena gula dek orang kampung anda. jadi, salah siapa? salah anda yang tak ambil tahu pasal bola? atau salah pengurusan alma mater anda yang tak berapa nak betul?

p/s: saya rasa ni bukan salah saya.

Saturday, January 1, 2011

Dear Time, please be nice.

Esok. 2 Januari 2011.

Aku dah nak balik ke Intec. arghh macam bosan pun ada. actually bukan bosan, tapi suatu perasaan yang takleh nak describe dengan kata2. ceh, ayat~

Ok. masuk balik kolej cendana pada esok pagi dan daftar intec pagi isnin. semua ni ada maksud k.


  • lepas ni dah masuk spring semester. dengar2 cerita dari senior, sem ni la yang paling hectic tahap lunatic dan fantastic. uishhh takut giler..kalau fall sem yang orang kata honeymoon pun dah semput, ni yang spring lagi la. memang tak cukup nafas dibuatnya. serius kerisauan di dalam kalbu, jiwa raga. Lepas tu, kalau dulu ada book review, lepas ni ada presentation American Cultural Studies yang aku dengar, bakal menelan belanja beratus ringgit (sumber : Gajendran, ACT 4) haihh.. sabar je la..
  • mengikut informasi dari senior, sem ni dari Jan sampai April. So, ada 4 bulan, pastu cuti a few days, masuk summer sem. Maksud di sini ialah, BILA NAK CUTI PANJANG? hmm kenapa lah Intec tak synchronize cuti diorang dengan uni or kolej swasta yang lain?  
  • sem ni juga menandakan bermulanya tahun 2011. tahun yang dikatakan (insyaAllah, klu murah rezeki) sebagai the Last Year in Malaysia before You Go to US. uish, berdebar je bila baca balik. hmm ini bermakna, aku cuma ada lebih kurang 7-8 bulan sahaja. Hmm, seriously, tak suka la bila masuk bab2 macam ni.. rasa macam ada the great loss. aku masih ingat lagi peristiwa 8 May 2010, di KTM Subang, masa tu hujan (dah berhenti rasanya) dan masa tu lah, aku dapat pesanan keramat. Ya, aku takkan lupa. 
  • apa hukumnya kalau kita guna 'what if?' kali ni, aku nak guna sekali je (nama pun kali ni, mesti la sekali je, haha) what if mara bagi aku kolej selain intec? kyuem ke, taylor ke, uniten ke..atau, what if intec tu tempat untuk semua actuary-to-be.  hmm tapi dah tu yang dirancang olehNya, jadi aku sangat pasti itulah yang terbaik bagi semua. 
Hmm.. aku mengeluh? haishh.. harap2 esok baik2 je.. 

p/s : saya masih orang meru. anda? hehe

aku tak berapa nak gemar

Hmm macam2 betul.

OK, setiap orang ada zaman diorang sendiri. Baby, kanak2, remaja, tua dan sebagainya.

Dan aku memang begitu pasti, setiap zaman ni ada ciri2 dan properties serta keperluan yang tersendiri dan tertentu. Contoh, baby perlukan banyak rehat dan minum banyak susu. Remaja kebiasaanya suka untuk berhibur. Orang dewasa sibuk memikirkan hal anak-anak yang asyik merengek siang malam 4/12 (4 minggu, 12 bulan setahun).

And if it is true that kind of woman is selfpriceless (baca : tiada harga diri) maksudnya aku kini sedang berhadapan dengan berpuluh2 orang yang sebegitu rupa la? Aku berkata begini kerana aku tidak setuju dengan pendapat sedemikian. Totally. Dan rakan2 sebaya umur aku pun ramai je yang begitu, tapi aku tahu hati budi mereka. Dan ianya tidak langsung memantulkan (baca : reflect) perangai atau pun budi pekerti seseorang. Tidak sama sekali.

Sila lihat dua keadaan yang kontradiktori.

1) Bangsa yang mundur tapi nak maju ke hadapan. Mereka sedar kena perlu banyak berubah dan perlu mengikut peredaran zaman.

2) Bangsa yang mahu maju kerana tahu mereka mundur, tapi masih terikat dengan idea2 klasik lagi tradisional. Mereka tak boleh ikut peredaran zaman sebab bertentangan dengan nilai2 klasiko.

I tell you what, just let people be in what category they should be in : baby, budak kecil etc.

and one more thing, to be 'tak berkira' is a nice thing to do.

2011 : sexy number

Happy New Year 2011 to all of you. I wish this year will bring you more fun and joy and you will aware how near you are to the end of life. There are a lot of things that happened during 2010 and there is one that I will cherish the most, because it really has changed my course of life. Thank you. And if not because of you, I might not be a Blogger or a Mitch Albom's reader by now.

Just to mention a little bit about 2011.

2011 is a sexy prime number. Sexy prime number is a pair of prime number that differ by 6. In this case, the pair is 2011 and 2017. The term 'sexy prime' comes from the Latin word for six : sex.

And for your information too, 2011 is also the sum of 11 CONSECUTIVE prime numbers :

2011 = 157+163+167+173+179+181+191+193+197+199+211