Saturday, November 27, 2010

Kerja Office.

Salam.

Day 6
Hari ni dah hari keenam aku kerja. Banyak juga yang aku belajar. Nak buat RT, MWO, dan sebagainya. Aku ni bekerja under Syarikat Sinar Maju, kontrak dengan SYABAS. Jadi, bila ada orang buat laporan pasal paip bocor dan seumpamanya, SYABAS akan bagitau kat Sinar Maju dan kontraktor-kontraktor yang berkenaan akan pergi untuk membuat kerja baikpulih. Kemudian, satu kertas kerja akan dibuat untuk proses claim dari pihak SYABAS.

Tapi aku cuma kerja kat office, jadi, kerja aku cuma menghadap komputer dengan borang-borang je. Orang yang pergi site akan ambil gambar dan buat kerja baikpulih.

1) Setiap pagi, aku akan transfer gambar dari kamera dan masukkan dalam folder mengikut tarikh dan nombor aduan.



2) Kemudian, delete gambar yang tak berkaitan dan pilih gambar yang perlu sahaja. Lepas tu, kecilkan gambar supaya senang nak edit dalam paint nanti.



3) Edit setiap gambar dalam paint untuk letak tarikh dan masa. (macam printed date and time kat pics bila  snap gambar, tapi kena buat secara manual)

Yang ini ialah gambar staf Syabas pegang whiteboard

Yang ini pula gambar ketika tengah kerja fitting.



4) Kadang-kadang, diorang ni salah tulis la, ape la, itu la.Aku la yang kena edit gambar tu. Leceh betul,memang tension tahap petala kelapan la.

Terpaksa la aku edit sampai jadi 10-1574561..


Ni pun kira ok lagi sebab gambar dia besar. Kalau gambar yang kecik, huh, boleh putus fius dibuatnya. Memang keluar aura photo editor la.


Nasib baik boleh edit, kalau susah sangat, nak je bagi backhand kat diorang tu..Ambil gambar ikut sedap perisa ajinomoto je. 



5) Lepas tu, masukkan gambar ni dalam Excel. Susun ikut masa. Benda ni dipanggil RT. Kena sertakan sekali dengan caption, macam 'Generator' atau 'Jentera Korek' atau 'Kerja Siap' dan sebagainya.





6) Lepas tu, key-in kerja-kerja dalam ETC. Ni untuk trace berapa Total yang ada, MWO mana yang dah hantar, dan berapa banyak yang 'lompat'.





6) Kemudian, siapkan surat claim kat SYABAS. No. MWO, Harga dengan Tarikh akan diisi bila MWO dah diterima. Lepas tu, compile surat ni dengan RT, MWO, dan borang RT. 



Ini hanyalah sebahagian sahaja. Lepas ni kena tulis balik dalam buku rekod MWO. Ni pun baru satu kerja. Kalau ada 4 aduan, nanti ada 4 kerja. Tu belum masuk premix, welding, burst etc.. huu pendek kata, mula-mula agak pening la..tapi hidup mesti diteruskan. Demi Haagen Dazs dan kamu yang memahami, promises are made to be fulfilled :)

2 comments:

  1. taun ni keje office kontraktor jee... lagi beberape taun keje office sendiri laa...

    ReplyDelete
  2. haha klu da rezeki.. ko lagi r, dok kat uma je, company smua ada org uruskan. haha

    ReplyDelete