Monday, November 8, 2010

Malaysia : Pusat Kecemerlangan Perubatan Dunia 2010

Setelah lebih o.5 abad merdeka, Malaysia akhirnya hampir mencapai status sebagai Pusat Kecemerlangan Perubatan Sedunia. Eh, silap,  Malaysia sebenarnya sudah pun mencapai status sebagai Pusat Kecemerlangan Perubatan Sedunia. Siapa yang mendakwa kenyataan ni salah memang adalah "orang Melayu liberal berfikiran sempit dan berkiblatkan barat"



Bagi mereka yang masih belum tahu, saya ingin menjelaskan bahawa perubatan Malaysia jauh lebih hebat dari Eropah, Amerika, Israel, dan Jepun. Cuma agak malang sebab tiada orang Malaysia yang menerima Nobel prize kerana orang puteh tak mahu bagi kepada kita. Mereka cuma nak Nobel Prize diberi kepada bangsa mereka saja.

Mengapa saya berkata bahawa Malaysia adalah ngara perubatan terhebat seantero dunia? Ini adalah kerana orang Malaysia telah MENEMUI berpuluh-puluh, malah beratus kaedah perubatan yang boleh menyembuhkan penyakit yang mana orang Barat masih terkial-kial membuat kajian untuk mencari penawarnya. Bukan saja satu, malah berbelas belas  jenis ubat telah dihasilkan. Ubat-ubat ini pula boleh mengubati KESEMUA penyakit, tak macam perubatan Barat, satu ubat untuk satu penyakit saja.

Andai kata anda tak percaya dengan kenyataan saya, cuba pergi ke pasar-pasar malam, pasar jumaat, jalan Chowkit, pasar tani, pasar gelap dan sebagainya. Pasti tuan-tuan dan puan-puan akan menemui
pelbagai ubat yang boleh menyembuhkan kesemua penyakit. .

“Tuan-tuan puan-puan, ini ubat istimewa yang dibuat oleh akar kayu ramuan orang asli.. Ubat  ni mujarab untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, dan menambahkan seri muka. Jangan percaya ubat hospital, itu semua agenda yahudi. Gunakan ubat nenek moyang.”

“Mari mari cuba obat gamat asli dari laut. Berkhasiat dan boleh digunakan untuk  merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, dan menambahkan seri muka. Mari cuba tuan-tuan puan-puan.”

“ Ini dia ubat yang disertakan dengan campuran halia,, herba ginseng, tongkat ali, dan vitamin dari akar pokok serai. Sangat berkesan untuk  merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, dan menambahkan seri muka. Rugi tak beli...”

“Ini ialah mesin terbaru yang diiktiraf pakar-pakar perubatan Papua New Guinea. Jika anda sambungkan mesin ini ke badan anda, nescaya ia dapat merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, dan menambahkan seri muka. Cuba jangan tak cuba. Edisi terhad.”


Dengan adanya ubat-ubatan yang mujarab lagi berkesan ini, saya ingin menggesa pihak kerajaan agar menghentikan segera tajaan pelajar ke luar negara seperti UK, Ireland, India, Rusia dan sebagainya. Sepatutnya, negara-negara inilah yang datang membuat kajian di Malaysia untuk belajar cara mengadun ubat yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

Ini tidak, sibuk dengan medical research la, lab report la, clinical test la, MBBS la, housemanship la, specialist la, ENT la, Cardiology la, buat kajian bertahun-tahun, tapi cuma dapat pil sebijik je, itupun boleh guna untuk satu penyakit je. Tengok kami, buka resipi/ramuan, boleh belajar buat ubat yang mujarab untuk SEMUA penyakit.

Apa yang susah sangat dengan perubatan nie?

4 comments:

  1. betul ke ubat2-an sume tu dr malaysia ?
    bkan dr sunnah rasulullah SAW n al-quran ke ?
    taktau plak habatus sauda tu dr malaysia. eh, amalan makan madu lebah ? bkan rasulullah SAW ke yg suruh ? zam2 ? tk sangka sume tu dr malaysia.
    jgn buat kenyataan melampau yer..

    ReplyDelete