Sunday, July 3, 2011

Kem Azween


Ok. Post kali ni berkenaan kem paling best sepanjang pengalaman aku masuk mana2 jenis kem dari form 1 sampai masa aku tulis post ni.

Lokasi : Lembah Azween Resort, Hulu Langat
Tarikh : 26 Jun - 1 Julai 2011

p/s : aku rasa kem ni akan jadi macam kem2 jati diri yang tipikal, kalau bukan Mr Kesh yang handle.



DAY 1

Jam menunjukkan hampir 4.30 pm, dan kami pun tiba di destinasi. Masuk ke bilik dan unpack barang, solat, minum petang dan berehat. (dan berkenalan sikit)

Aktiviti pertama bermula selepas Maghrib, macam biasa la, ice breaking. haha serius lawak, sebab time aku buat lawak lame pun ada jugak 'group' yang ketawa (in which the lawak was supposed to be so lame that people wouldnt laugh on it).Then di sambung dengan war game yang mana melibatkan strategi mantap dari MUKHLIS dan rakan2.. tahniah rakan2 (walaupun kalah)


Keseronokan disambung dengan poker hingga ditegur Mr Kesh. haha

DAY 2

Aktiviti pagi dimulakan dengan senaman aerobik ..dan ceramah pengenalan dari Cikgu Hasan.. ok, agak best sebab banykak video.

Lepas minum pagi, bermulalah permainan saham yang awesome gila. Strategi diatur bagi mengelakkan syarikat rugi dan kumpulan aku lebih kepada playsafe.Walaupun hampir rugi, keputusan yang bijak oleh ketua membuatkan kami terselamat dari berbaki RM 1, 000 dan mangaut untung RM 111,000. hahhaa

LDK pada sebelah petang memuatkan aktiviti 'blind people' yang mana kena cari barang dengan mata tertutup dan buat menara dengan keadaan tangan terikat etc.. dan yeah, suara2 ADFP, sekali lagi membuat kecoh ketika judge sedang menguji kestabilan menara. HAHA nasib baik Mr Kesh tak sound.

Minum petang pun sedap, dan kami terpaksa ber one two zom utk menentukan siapa yang kena hantar pinggan.. dan aku lah yang kena. siot. haha

Sebelah malam pula berBBQ sambil berkaraoke. memang best kot dengan durian ayam bagai. ditambah dengan poker bersama Mr Afiq dan nyanyian khas Doa Untuk Kekasih..


DAY 3

hari terakhir, aktivti terakhir : Azween Race. ala2 explorace dan halangan dia pun macam best jugak, terutamanya part cross kolam dengan sungai dengan SALUR. euww. tapi yang best masa afterparty : terjun kolam dan berkayak! hahaa

jamuan tengahari dan sesi gambar2 melengkapi hari terakhir sebelum bas bertolak pulang ke shah alam.. =)

No comments:

Post a Comment