Monday, February 20, 2012

Kahwin awal.


Petang Ahad yang panas. Bukan suasana luar biasa. Dah jadi kebiasaan untuk duduk depan laptop sepanjang hari, kalau tak buat kerja, mesti bersembang dekat laman sosial. Tambah pulak aku jenis tak suka tidur petang, memang rasa sunyi je la, walaupun teman serumah yang lain ada, tapi semuanya hanyut dibuai mimpi siang.

Cuma hari ni lain sikit, Mad je yang tak semena-mena rajin buat assignment waktu ni.

"Mad, petang ni main bola tak? Sekarang baru pukul 4, nanti petang sikit call la Amin dengan yang lain, takde kredit la. kang aku kejut la budak-budak kat bilik tu.", tanya aku.

"Aku on je, yang lain nanti aku call. Tapi aku nak bagi siap benda ni dulu. Esok dah nak kena hantar, lagi 6 muka surat je..aduii..  Eh, lepas bola aku takleh lepak tau, nak jumpa awek aku jap." balas Mad. Mad tu setia orangnya, jiwang tu jangan cakap la. Bayangkanlah, sejak sekolah menengah sampai ke universiti, elok je tahan sampai sekarang.

"Aku rasa nak kahwin la." Mad tiba-tiba masuk topik luar alam.

"Ha? Apa kahwin?"

"Ye la, aku rasa nak kahwin la, dah dekat 6 tahun kitorang couple, kahwin awal pun cam ok gak. Umur pun dah masuk 20, ape lagi nak ditunggu. "

"Kau betul ke ni? Dah sedia? Tiba-tiba je cakap pasal kahwin ni. Baru lepas baca buku Hlovate ke?", satu lagi fakta tentang Mad ; dia ada semua koleksi buku Hlovate dengan beberapa buku Nicholas Sparks.

"Bukan apa, aku tengok sekarang ramai orang couple2 tapi diorang tak sedar Islam dah provide jalan yang terbaik, nikah je. Hari tu aku terbaca pasal nikah khitbah ni. Lepas tu baru aku sedar, ye tak ye jugak apa yang aku baca. Pasal kelebihan-kelebihan kahwin awal ni. Ye la, ape nak dirisaukan, kan kahwin tu bukak pintu rezeki, kemudian bile kau tengah down, kau ada isteri yang boleh tenangkan hati kau, yang bagi semangat. Lagipun, benda baik kenapa nak ditunggu? Kan kahwin ni sunnah nabi.. elok kalau kita ikut sunnah baginda. Nanti aku bagi kau link tu kat Facebook.", panjang lebar Mad terangkan. Sekali dengar, macam gaya ustaz pun ada.

"Oh, bagus la tu. Kira kau dah betul sedia la ni? Aku dengar ada orang cakap kahwin ni lagi sinonim dengan tanggungjawab. Kalau kau dah buat kad jemputan nanti, aku boleh tolong hantar kad tu.. haha"

"Aku ada banyak lagi nak cerita kat kau pasal kahwin awal nie. Tadi tu cuma intro je. Nanti la malam karang aku cerita. Jom la, dah nak pukul 5 nie, aku pergi court terus, bola aku bawak. Kau kejut la budak2 kat bilik. Dah lambat nie. Aku gerak dulu"

"Eh, dah masuk Asar la. Kau tak nak sembahyang dulu ke? Kalau sembahyang awal waktu pun tak boleh nak jaga, ni nak jaga anak orang? keh keh keh"

********************

Malam tu aku tak dapat pulak link pasal kahwin awal tu. Mungkin Mad terlupa agaknya.



No comments:

Post a Comment