Friday, November 19, 2010

BEHOLD!


Sepanjang hidup aku, ini la kali pertama dapat ubat yang banyak gila tahap tak ingat. Nasib baik la ada bantuan syarikat ayah aku, kalau nak  harap duit dari Yayasan Tabung Ayah Anda, memang setahun jagung pun belum tentu dapat. Bila baca kat tepi kotak2 tu, fuhhh berpusing neuron-neuron tersesat nak ke spinal cord gara-gara nak me'locate' semula vocab-vocab Chemist yang aku belajar dulu.

Lepas preskripsi tu diserahkan kat farmasi, menunggu memang lama tahap nak tunggu debu Krakatoa hilang dari atmosfera. Dah la tengah lapar, aisehhh kena sabar jugak la jawabnya. Tak apa, sabar tu sebahagian daripada iman


Efficort, Xamiol gel, Daivobet ointment, Pinetarsol, Sebitar.


Hmm ini cuma ikhtiar sahaja. Sesungguhnya Allah saja yang mampu menyembuhkan segala jenis penyakit dan setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Semoga Engkau memakbulkan doa hamba Mu ini. Amin..


p/s: Doctor Loh cakap kena buat appointment dalam masa 2-3 bulan lagi. Dan sila elakkan diri dari stress. Until then, live life, love life.

3 comments: