Thursday, October 28, 2010

lima 12. memori.

Fall Semester dah nak habis. minggu depan ada exam. lepas itu, terus cuti. Next sem aku mungkin masuk kelas Austin, (actuarial science + computer science) dan sem ini akan berakhir dengan aku akan meninggalkan kelas Boston. Bila dah nak akhir2 sem ni, tiba-tiba teringat pula kat kelas lama aku dulu. 512. banyak kenangan kita dulu. lagi2 sebab kita selalu organise parti dan buat apa2 pun sama2. sungguh, aku rindu korang :(

memang seronok bila ingat balik time dulu2. yang paling best time hujng2 form 5. kalau gi koop, mesti beli roti sosej tu atau muffin yang sedap gila tu (aku tak inngat la apa nama dia)..lepas tu beli butterscotch atau roti gardenia yang baru tu(90 sen).  lepas tu lepak kat tangga depan surau before masuk dewan.. huhu
fuad merupakan classmate pertama yang aku kenal(bangga tak?). aku mula kenal pun sebab aku dapat tau dia main basketball. haha excited gila. tapi yang paling penting, lawak dia memang best gila r.. :DD

wae pulak deskmate first aku. time mula2 kenal memang pelik r gak. asyik  tidur je, tapi last2 score. haha genius rupanya.  tapi seriously, wae banyak bimbing aku ke jalan yang lebih baik. terima kasih wae :)

homeroomate aku yang paling macho, memang sah2 mizi. ada je falsafah dia yang nak disampaikan.tapi memang boleh buat aku berfikir.dan memang layak pun jadi PresidenPRS, sbb dia tahu cara nak mendengar dan member pandangan denagn bernas. yeahhh 88(number mizi)


dikenali sebagai rempit,(haha no offense) minul memang dah jadi macam abang aku. memang best r kalau sembang2 dengan dia. lagi2 sebab cara dia berfikir memang sebijik sama dengan cara aku, secara tak langsung dia memang faham apa2 yang aku cuba sampaikan. idea2 dia pun aku selalunya senang aku nak assimilate dengan idea aku.

penyokong fanatik liverpool, memang masuk dengan aku r. WE ARE THE REDS! haha kalau sembang ngan afiq psal liverpool, confirm tak habis2.. ada je komen dia. pastu selalu citer pasal Kg Gajah. haha best dengar cerita dia masa kecik2 dulu.

farid memang aku suka sebab selalu buat business topup dengan aku. hahaa lepas tu tumpag partition aku malam2..tau la tempat aku tu strategik untuk berpanggilan.. haha apepun, aku akui, farid memang pakar dalam topic Vector (addmath). wa tabik sama lu!

partitionmate yang disayangi, aqbar, aku tak pernah lupakan kau. haha lagu ape er yang kau selalu nyanyi dulu? best kot...flying flying~ ape bnda ntah.. aku lupa r.. lpas tu kau memang baik weh. klu aku demam kau concern gile *terharu*

aku banyak trhuatng budi kepada pidud sebab aku selalu guna perfume dia. (haha minul ngan qba pun sama jer..)lpas tu kau selalu bawak biskut yang sedap2, dan akhirnya menjadi mangsa kelaparan kami. huu thanks weh. best gila main telefon2 waktu riadah dulu :D

haekal lak memang best kalau ajak teman gi staffroom sbb dia pandai sikit bab2 ber'urus'an dengan staff. haha lalu ilmu itu pun aku cuba pelajari. lagi2 klu nak tempah apa2, seronok betul ajak dia. macam dipermudahkan jalan r...haha

kat intec takda orang boleh buat lawak macam hizuaq(hizuan). haha orang yang paling best untuk didengar lawaknya. ditambah dengan slang utara dia, memang seronok la bergelak terbahak-bahak.
plus, kau memang ada disiplin yang bagus weh. kalau time rajin tu, memang rajin betul.

dewa oh dewa(azim oh azim) haha tau la hebat math. mula2 je nampak senyap, nak habis sekolah, makin agresif kott.... ini bermakna kelas 12 dah ada pengaruh kat kau. masa form4 tu macam pendiam je, dah hujung form 5, siap marah2 lagi..haha best2.

bajet hebat dengan chelsea dia, nazmi memang nak kena! haha tapi, selaku Mr President. aku tetap hormati kau. selama 2 tahun kau menerajui tampuk pemerintahan kelas kita, macam2 perubahan telah kau lakukan.. haha kau da best!

bazilah, Vice Pres terhebat. haha cakap laju dan pantas. tapi kalau time presentation, memang best dengar.huhu seorang yang pandai membahagi masa :) thnks untuk hmwk2 yang aku plagiarise selama ni.

syafira, as known as kawan baik bazilah. dalam senyap2, rupanya dia ni PPSI.. tak pernah aku tau, sampai la nak habis sekolah baru aku dapat figure out. tapi kau memang asset kelas yang terbaik r!

pina ( syafina ) ialah budak homeroom aku. pernah ada gosip ngan budak laki kat kelas aku. haha memang aku suka je bila diornag ni kena usik, lagi2 ngan minul dan hizuaq. jangan amik hati ye..

biha. badar. nabihah. badan dakwah dan rohani. huhu memang best kalau kau bagi speech lagi2 kalau pasal agama. berinformasi dan bermaklumat.

fasihah abdul rahim. aku ada housemate yang duk kat lavender height gak. haha sama mcam kau weh. kalau kau nak cari dia, rumah dia ada kereta triton ngn estima. kalau dpt jumpa dia, memang hebat la.

insyiraah, terima kasih untk pensel dari amerika yang kau bagi kat kitorang tu. aku tak guna pun lagi. haha jenama texas katakan..

kepada athirah abu(vice president homeroom aku), kau lah vice terbaik. haha kalau kau takda, sapa la nak tolong aku buat kerja2 panggil cikgu semua tu..

hafizah, orang yang senyap je dalam kelas. agak misterius. huhu  minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika aku dan rakan2 ada buat silap dan salah. maklumla, dulu kurang  bercakap.huu

kalau nak lawan senyap, atiqa memang tak boleh nak lawan .confirm menang. tapi dia kalau dengan athirah abu memang bising jer memanjang. haha gurau2..

ni sorang lagi yang fanatik chelsea(lampard sebenarnya), tapi tasha memang tau jugak pasal bola. jarang la jmpa orang mcm dia nie. lpas tu gilakan mamat korea.haha

last but not least, aina dan auni.teman sehati. rakan sejiwa. haha comel molek eh(bak kata  farid kot).. haha  mung dua meme gegey sokmo.kalu dop puah hati, oyak r.. haha speaking kelantan nagn aina dan auni.


you guys are great.  thanks for the memories. :) until we meet again, bak kata afiq,  Firma 12. haha

Saturday, October 23, 2010

cerita aku.

kenyang sudah menikmati nasi lemak herina. hari-hari sama saja. bangun, kelas, balik, online, tidur, bangun..

      bosan berfikir. penat belajar. letih memerah otak mencongak matrix 3x3. hmm aku bangun pagi dengan harapan. impian. banyak yang mahu dicapai.yang mahu dikecapi. matlamat yang tak putus-putus dijadikan azam dan pembakar semangat. tapi aku rasa kekurangan sesuatu. aku tak tahu. yang pasti, aku begitu yakin; ada sesuatu yang belum lengkap. apa dia? aku sendiri tak pasti.. acap kali aku terjaga dari tidur, aku akan teringat. seronok waktu dulu. gembiranya hari yang lalu. aku rindu.

      kini, aku di dunia berbeza. dunia dan kehidupan sebagai pelajar kolej. sedang melakukan persiapan ke universiti. suasana di sini jauh ber beza dari apa yang aku alami di sekolah. rakan, cikgu, makcik koop. aku jumpa orang yang hebat hebat. pelbagai ragam, perangai dan latar belakang. ada yang lahir dengan sudu perak di mulut. ada yang berlagak macam mak datin. ada yang blur2. ada yang baik dan luhur hati budinya. ada yang lagi hebat berbahasa inggeris daripada melayu. ada yang berfikiran sangat terbuka dan radikal. dan macam-macam lagi orang. yang pasti, aku sering tak tergolong dalam golongan majoriti. aku ada pegangan, pendapat aku sendiri. ada orang kata aku ni ceria, sampaikan kalau aku sedang bermuram pun diorang boleh tau, ada pula yang kata aku tak suka bersosial. perlukah aku kisah? aku ada cara aku. tak semua sama. latar belakang lain. keluarga lain. memanglah tak sama. jadi tak perlu persoalkan lagi. aku punya harga diri, aku punya peribadi, aku punya hati budi.

      semangat? ya, aku perlukan semangat. bak kata proton, inspira. aku perlu inspira. inspira yang akan buat aku percaya, yakin, kita boleh. kita akan sampai ke sana. hidup di gerik kembali menghantui cara aku di sini, sekarang. waktu-waktu di mana aku maish lagi belum mengenal dunia ini. waktu-waktu di mana aku seperti boneka yang dipermainkan untuk tontonan orang ramai. penghijrahan aku ke melaka mengubah aku 360 darjah. eh, silap, hanya 180 sahaja. aku mula belajar pelagai perkara yang sepatutnya aku tahu lama dahulu. baru aku sedar, aku memang lambat sedikit. bak kata golongan belia, "kau ni lambat betul la..kitorang da sampai sepang da". namun, aku tahu. aku yakin, aku boleh, dengan bantuan Dia dan sumber inspira aku. cukup dengan sekadar memiliki lanyard dan pen sahaja pun sudah mampu buat hari aku menjadi lebih energised.

masih jauh lagi perjalanan aku, masih banyak yang perlu dilakukan. have faith and trust. Pray to Him.

Friday, October 22, 2010

malam ini.

wahhh... sukanya aku..
haha kenapa? adalah...(takmau bgtau)

tapi cuma sekejap aje memandangkan ultraman dah
bersuara dan dia pun ada kerja..
huhu tapi aku kembali energised untuk
membaca bote grammar yang mengantukkan..huu

sudah malam. mata pun mahu meabuhkan tirainya.

Tuesday, October 19, 2010

Perancangan Waktu Cuti

  Dah dekat bulan november, bermaksud, dah dekat la final exam yang ditunggu-tunggu.. hmm cepat exam, cepat habis sem, cepat lah cuti.. risau jugak bila fikir pasal result, kalau2 dapat pointer rendah.. huu taknak jawab dengan mara..cuak..  Erm, cuti yang bakal tiba sudah pasti akan menjanjikan masa kosong yang banyak.. jadi, sementara menunggu bulan 12, atau mungkin minggu kedua bln 12, aku sudah mula merancang beberapa aktiviti..

Memandangkan celcom dah menipu dengan membuatkan aku terpaksa membayar 250 mengunakan duit MARA, aku terpaksa meng'construct' plan untuk recover duit yang 'hilang', lagipun, aku masih ada lagi beberapa wishlist jangka pendek yang belum ditunaikan..  aku merancang untuk bawa kawan aku ke tempat yang aku pernah janjikan dulu, jadi plan pertama aku, sambung karier di tempat yang aku pernah berkhidmat dulu.. haha mcm tak percaya pula..tapi, tu lah plan aku. harap2 PH ada budget yang cukup untuk bayar OT aku.. =)

p/s : Mr. Anselm, sila terima saya bekerja ya..

Monday, October 18, 2010

adil, atau baik hati?

adil. mulia.  budi pekerti. define sifat yang baik. apa maksudnya? adakah dunia ini adil? ya, Tuhan itu Maha Adil. tak dapat dinafikan lagi.. tapi, adakah hidup ini adil? adakah kita perlu bersikap baik kepada setiap perkara? pagi tadi, aku mengalami satu situasi yang buat aku terfikir..

Pagi tadi, aku pergi ke tesco untuk membeli selipar, bateri dan 2 paket sosej nutriplus.aku pun beratur untuk membuat bayaran. "lepas pakcik ni, giliran aku pula", hatiku berbisik. malangnya, pakcik depan aku ni ada masalah sikit..memang lama la sangkut..tension betul. nak tak nak, terpaksa la aku ke kaunter bersebelahan.. tapi panjang pula queue dia.. hmm nak potong q, rasa bersalah pula.. tapi aku ada hal lain yang nak disiapkan..kalau nak diikutkan, aku sepatutnya dah lama dah keluar tesco tu.. tapi, patut ke aku potong? atau aku kena beratur kat belakang..bagi pihak diorang pula, patut ke diorang kesian kat aku..atau patut ke diorang berhujah atas nama keadilan?(jangan memotong..penat nak tunggu nnie..)

APA PENDAPAT ANDA?

aku bagi satu lagi kes, katakan lah... ada dua orang sahabat baik. A dan B, A ni sangat rajin study dan akhirnya, menjadi seorang yang berjaya dan kaya. B ni pula malas, dan pendek cerita, gagal dalam hidup, merempat tepi jalan. satu hari, ditakdirkan A berjumpa dengan B, dan ketika itu, B memegang sepanduk yang tertulis, "kasihani lah aku.. bantulah aku.." dalam kes ni, patutkah A merasa belas kasihan? sebagai seornag manusai yang punya hati perut, mestilah dia kena tolong B. tapi, adakah B patut ditolong atas sebab dia sebegitu,sedangkan dia jadi sebegitu sebab dia dulu seorang yang malas..tak adil kalau A tolong B, penat dia belajar, bwerjaya, akhirnya kesenangann itu senang2 je dihulur kepada B yang tak buat apa2.. tapi, kalau tak tolong, di mana letaknya hati budi seorang manusia?  fikir fikirkan la..

satu lagi kes, ada X dan Y, diarahkan  untuk menduduki ujian matematik(algebra dan geometry) dan hanya diberi 30 minit untuk revise kedua dua topik. X pun mengambil 15 minit untuk baca geometry tetapi Y hanya bermain main saja.. lagi 15 minit saja untuk study algebra, lalu datanglah Y untuk meminta X mengajarnya geometry.. ok. apa pendapat anda? patutkah X korbankan 15 minit untuk ajar kawan dia geometry, atau jadi selfish sikit dengan biarkan Y dan terus study algebra..kalau X tolong Y, tak adil untuk X sebab dia tak dapat study algebra,nanti silap2 fail ujian.. lagipun, sapa suruh Y main2 tadi.. tapi, kalau tak tolong, bukankah itu mcm berlagak sombong umpama tak mahu tolong kawan yang tak pandai..

kesimpulannya, anda simpulkan sendiri.

kata kata seorang guru

Alhamdulillah.. lega betul bila presentation book review dah habis.. Dapat lah juga aku pulangkan buku library yang dah lama gila2 dipinjam tu. nasib baik cuma kena denda 4 ringgit. (tapi belum bayar lagi..haha). radio drama pun dah selesai.. lepas nie, yang belum cuma campaign project je.. huu lepas semua dah present book review masing-masing, lecturer kitorang, Mr. Kamal bercakap mengenai sesuatu. sesuatu yang buat aku tersedar sebentar dari lamunan hidup..

"when you guys are in the States later, no one will tell you guys about what are the do's and dont's. there, no body will care. use your brain la kalau you nak survive. even though i looked mean, but actually i really wanna see you guys get into the universities and succeed.. kalau aku bagi korang gagal pun, aku bukan ada untung apa2.. so, remember, behave yourself.. this is where you should start practicing and keep in your mind that life is getting harder and harder.."

terima kasih mr kamal. although you hate oprah winfrey, it is ok.  =)

Wednesday, October 13, 2010

pesanan buat teman seperjuangan

PANAS. huuu cuaca kat malaysia memang makin teruk. setiap hari panas je.. aku pun dah tak tahan dengan kepanasan ni. tapi, aku tetap bersyukur sebab walaupun aku duduk kat negara malaysia yang panas ni, tapi still negara ni aman dan makmur. bukan macam kat negara jiran kita, huu memang 24 jam menggigil, bukan menggigil kesejukan , tapi sebab ketakutan. Alhamdulillah.. moga-moga malaysia akan kekal aman mcm ni sampai aku tua nanti..

bercakap tentang keamanan nie, sebenarnya semua ni rezeki yang Tuhan bagi.. untung dapat lahir kat negara macam nie, senang nak belajar, hidup, cari rezeki etcetera. tapi kita kena ingat, semua tu tak kekal.. kita still kena usaha untuk dapatkan sesuatu. dalam entri nie, aku nak cakap pasal solat dhuha.. solat 2 rakaat yang dilakukan pada waktu dhuha.. antara fadhilat solat dhuha ni ialah, insyaAllah dimurahkan rezekinya.. bukan susah pun, cuma dua rakaat je, kalau nak hafal vocab SAT lagi lama dari solat 2 rakaat.. Aku ada satu kisah, ynag diceritakan oleh kawan aku kepada aku...

              "aku ada 2 orang senior...dua-dua amik course sama..tapi yang seorang tu cuma sampai degree je, yang kawan dia dah ada master..tapi, bila interview kerja (sama company), yang ada degree tu dapat offer, tapi yang ada master tu tak dapat..dia memang frust sikit la..then dia pergi interview tempat lain pula, pun tak dapat juga..kawan dia yang ada degree tu dah start kerja..psatu, dia naihsat kawan dia ni, buat solat dhuha.. setelah beberapa lama, kawan dia ni pergi interview kerja, (company yang lain pula) dan alhamdulillah.. dimudahkan jalannya, dia pun dapat kerja tu.."

dari cerita kawan aku ni, aku boleh buat satu konklusi, rezeki tu Tuhan yang bagi, jadi kita kena la minta dari Dia..buat apa yang Dia suka, tinggal apa yang Dia tak suka.. satu lagi, jangan lupa dengan peninggalan nabi kita, baginda dah tinggalkan untuk kita dua perkara untuk kita ikut.. dalam sehari tu, at least, baca la paling kurang satu ayat Quran.. kalau nak senang, baca dua page,setiap hari.. lagi baik buat benda sikit, tapi konsisten..insyaAllah, banyak kebaikan yang kita dapat nanti.. ni cuma peringatan kepada diri ini dan pembaca.. dalam surah al-Asr, ada bagitau supaya kita saling berpesan.. aku harap apa yamg aku tulis ni dapat dijadikan teladan untuk semua. =)

Monday, October 11, 2010

SAT = Senangnya, Aku Tidur.

sudah lama aku nantikan saat ini, terus aku panjatkan syukur pada Tuhan yang Esa..

ALHAMDULILLAH...

akhirnya, selesai juga SAT yang memeningkan kepala dengan vocab vocab ynag entah apa-apa.. penat je hafal banyak2, last last keluar dua tiga je..huu tapi takpe, yang penting semua tu dah berakhir, math section dapat dijawab dengan baik, reading section pun ok la.. im hoping for the best. harap2 markah SAT aku ni cukup baik untuk aku dapat offer ke Drake..reading yang payah sikit, math tu kira ok lagi..

habis je SAT, aku, nik ngan apek terus gi sunway.. nasib baik ada fikri, terima kasih la ye drop kan kitaorng kat sana.. cepat2, kitorng cari surau.. lepas tu, pergi makan2, main Wii (buat pertama kalinya..) da tak sangka, menang pula...haha dapatla free merchandise dari DiGi..then makan2 aiskrim kat McD, kemudian, tengok cerita resident evil lak.. haha nasib baik best..kalau tak, buat rugi jer.. malam masih lagi muda(cehhh..) lepas maghrib, pusing2 cari tempat makan, terjumpa la pula PAPA JOHN..akhirnya, persetujuan dicapai untuk dinner di situ..huhu teringat aku kepada seorang kenalan ak ni..lepas makan, rasa penat dan letih mula menyelubungi diri..huu cari taxi, dan balik :)

hari yang seronok. no more SAT, but more fun waiting.

Tuesday, October 5, 2010

pak guard yang best.

tajuk pada kali ini berkemungkinan besar akan lari sedikit daripada topik yang ingin diutarakan. tapi tak mengapa. kisah bermula pada suatu pagi yang panas...

hari itu hari sabtu, aku masih ingat lagi saat aku keluar dari pagar rumah, aku berjalan kaki menuju ke perhentian bas yang terletak lebih kurang beberapa ratus meter dari rumah aku. tujuan asal aku keluar rumah adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan cikgu aku di gombak.

tunggu punya tunggu, akhirnya datanglah jua bas yang dinantikan. cepat2, aku naik bas supaya dapat tempat duduk. fuhh, siapa yang nak berdiri lama2 dlm bas? bas itu kemudian berhenti di hentian2 tertentu untuk menurunkan dan mengambil penumpang. kebiasaannya, penumpang yang nak turun akan menekan buzzer untuk memaklumkan kepada pemandu bas bahawa mereka ingin berhenti.


lalu, pada suatu ketika, naiklah 2 orang penumpang, kedua duanya lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, seorang memakai pakaian pengawal sekuriti ( pak guard la tu ), seorang lagi hanya berbaju t shirt kolar bulat dengan seluar slack dan selipar. mereka mengambil tempat duduk di barisan hadapan aku seraya berkata, "zaman sekarang dengan zaman kita ni memang jauh beza, tengok tadi, tak ada peraturan langsung. dah tahu ada orang nak masuk, keluarlah dulu. nanti kan sesak dlm bas tu. yang itu nak keluar, yang itu nak masuk, sepatutnya diorang tu turun dulu, bagi ruang kat orang yang nak masuk, Tuhan dah bagi akal, fikir la. macam mana malaysia nak maju klu generasi sekarang ni tak pandai nak fikir. mana silapnya? sistem pendidikan? tu la, cara belajar masa sekarang dengan masa kita lain, sekarang manja, kena rotan sikit, mengadu, denda sikt, buat report, hmmm apa la.. "

aku terus mendengar dengan teliti.perkara2 seumpama itu menjadi perbualan hangat mereka. isu-isu semasa dikupas satu persatu. hangat sungguh perbualan mereka hinggakan orang disekeliling pun ada kalanya menjeling-jeling (tanda mereka berminat, atau tanda mereka sudah bengang dengan kebisingan pakcik dua orang ni).aku hanya mampu tersengih. kadang2, ada juga benarnya. hmm, memang benar pun apa yang dibualkan, cuma mungkin intonasi mereka agak menarik perhatian orang.

beberapa minit berlalu, akhirnya tiba jua di destinasi yang dituju. aku bersedia untuk turun dari bas. sedang aku nak bangun dari tempat duduk, pakcik-pakcik 2 orang tadi tu pun bangun, dan dengan selambanya, pakcik yang memakai baju sekuriti tu membuang tiket bas dengan mencampakkannya di tepi tempat duduk mereka. tak berdisiplin betul!

lebat sungguh berbicara perihal isu-isu semasa, isu-isu akhlak remaja, tapi disiplin diri pun tak cukup lagi. aduh, buat malu je pakcik oii..tu la..lain kali, pergi masuk kelas sivik dulu. mahu ditegur, takut dia tak puas hati, kang tiba2 tembak aku pulak.. walauapa pun, aku tahu, yang penting, aku harus ambil yang jernih.buang yang keruh, kalau taknak buang, convert jadi jernih :).