hari itu hari sabtu, aku masih ingat lagi saat aku keluar dari pagar rumah, aku berjalan kaki menuju ke perhentian bas yang terletak lebih kurang beberapa ratus meter dari rumah aku. tujuan asal aku keluar rumah adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan cikgu aku di gombak.
tunggu punya tunggu, akhirnya datanglah jua bas yang dinantikan. cepat2, aku naik bas supaya dapat tempat duduk. fuhh, siapa yang nak berdiri lama2 dlm bas? bas itu kemudian berhenti di hentian2 tertentu untuk menurunkan dan mengambil penumpang. kebiasaannya, penumpang yang nak turun akan menekan buzzer untuk memaklumkan kepada pemandu bas bahawa mereka ingin berhenti.
lalu, pada suatu ketika, naiklah 2 orang penumpang, kedua duanya lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, seorang memakai pakaian pengawal sekuriti ( pak guard la tu ), seorang lagi hanya berbaju t shirt kolar bulat dengan seluar slack dan selipar. mereka mengambil tempat duduk di barisan hadapan aku seraya berkata, "zaman sekarang dengan zaman kita ni memang jauh beza, tengok tadi, tak ada peraturan langsung. dah tahu ada orang nak masuk, keluarlah dulu. nanti kan sesak dlm bas tu. yang itu nak keluar, yang itu nak masuk, sepatutnya diorang tu turun dulu, bagi ruang kat orang yang nak masuk, Tuhan dah bagi akal, fikir la. macam mana malaysia nak maju klu generasi sekarang ni tak pandai nak fikir. mana silapnya? sistem pendidikan? tu la, cara belajar masa sekarang dengan masa kita lain, sekarang manja, kena rotan sikit, mengadu, denda sikt, buat report, hmmm apa la.. "
aku terus mendengar dengan teliti.perkara2 seumpama itu menjadi perbualan hangat mereka. isu-isu semasa dikupas satu persatu. hangat sungguh perbualan mereka hinggakan orang disekeliling pun ada kalanya menjeling-jeling (tanda mereka berminat, atau tanda mereka sudah bengang dengan kebisingan pakcik dua orang ni).aku hanya mampu tersengih. kadang2, ada juga benarnya. hmm, memang benar pun apa yang dibualkan, cuma mungkin intonasi mereka agak menarik perhatian orang.
beberapa minit berlalu, akhirnya tiba jua di destinasi yang dituju. aku bersedia untuk turun dari bas. sedang aku nak bangun dari tempat duduk, pakcik-pakcik 2 orang tadi tu pun bangun, dan dengan selambanya, pakcik yang memakai baju sekuriti tu membuang tiket bas dengan mencampakkannya di tepi tempat duduk mereka. tak berdisiplin betul!
lebat sungguh berbicara perihal isu-isu semasa, isu-isu akhlak remaja, tapi disiplin diri pun tak cukup lagi. aduh, buat malu je pakcik oii..tu la..lain kali, pergi masuk kelas sivik dulu. mahu ditegur, takut dia tak puas hati, kang tiba2 tembak aku pulak.. walauapa pun, aku tahu, yang penting, aku harus ambil yang jernih.buang yang keruh, kalau taknak buang, convert jadi jernih :).
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
No comments:
Post a Comment