Saturday, October 23, 2010

cerita aku.

kenyang sudah menikmati nasi lemak herina. hari-hari sama saja. bangun, kelas, balik, online, tidur, bangun..

      bosan berfikir. penat belajar. letih memerah otak mencongak matrix 3x3. hmm aku bangun pagi dengan harapan. impian. banyak yang mahu dicapai.yang mahu dikecapi. matlamat yang tak putus-putus dijadikan azam dan pembakar semangat. tapi aku rasa kekurangan sesuatu. aku tak tahu. yang pasti, aku begitu yakin; ada sesuatu yang belum lengkap. apa dia? aku sendiri tak pasti.. acap kali aku terjaga dari tidur, aku akan teringat. seronok waktu dulu. gembiranya hari yang lalu. aku rindu.

      kini, aku di dunia berbeza. dunia dan kehidupan sebagai pelajar kolej. sedang melakukan persiapan ke universiti. suasana di sini jauh ber beza dari apa yang aku alami di sekolah. rakan, cikgu, makcik koop. aku jumpa orang yang hebat hebat. pelbagai ragam, perangai dan latar belakang. ada yang lahir dengan sudu perak di mulut. ada yang berlagak macam mak datin. ada yang blur2. ada yang baik dan luhur hati budinya. ada yang lagi hebat berbahasa inggeris daripada melayu. ada yang berfikiran sangat terbuka dan radikal. dan macam-macam lagi orang. yang pasti, aku sering tak tergolong dalam golongan majoriti. aku ada pegangan, pendapat aku sendiri. ada orang kata aku ni ceria, sampaikan kalau aku sedang bermuram pun diorang boleh tau, ada pula yang kata aku tak suka bersosial. perlukah aku kisah? aku ada cara aku. tak semua sama. latar belakang lain. keluarga lain. memanglah tak sama. jadi tak perlu persoalkan lagi. aku punya harga diri, aku punya peribadi, aku punya hati budi.

      semangat? ya, aku perlukan semangat. bak kata proton, inspira. aku perlu inspira. inspira yang akan buat aku percaya, yakin, kita boleh. kita akan sampai ke sana. hidup di gerik kembali menghantui cara aku di sini, sekarang. waktu-waktu di mana aku maish lagi belum mengenal dunia ini. waktu-waktu di mana aku seperti boneka yang dipermainkan untuk tontonan orang ramai. penghijrahan aku ke melaka mengubah aku 360 darjah. eh, silap, hanya 180 sahaja. aku mula belajar pelagai perkara yang sepatutnya aku tahu lama dahulu. baru aku sedar, aku memang lambat sedikit. bak kata golongan belia, "kau ni lambat betul la..kitorang da sampai sepang da". namun, aku tahu. aku yakin, aku boleh, dengan bantuan Dia dan sumber inspira aku. cukup dengan sekadar memiliki lanyard dan pen sahaja pun sudah mampu buat hari aku menjadi lebih energised.

masih jauh lagi perjalanan aku, masih banyak yang perlu dilakukan. have faith and trust. Pray to Him.

3 comments: