Thursday, December 30, 2010

Indonesia : konspirasi tak menjadi

Pertandingan Piala Suzuki AFF 2010 sudah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia. Sekalung tahniah diucapkan kepada pemain, pihak pengurusan serta penyokong Malaysia. Dengan ini, saya begitu pasti kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA akan naik, sekaligus menjadi titik tolak kepada kejayaan Malaysia pada masa akan datang. Siapa tahu, Malaysia akan dapat menyertai Piala Dunia suatu hari nanti. 

Namun, sudah pasti kekecewaan yang datang menjenguk Indonesia untuk beberapa ketika buat masa ini. Kemenangan di Jakarta tidak cukup untuk menewaskan Malaysia secara agregat. Tapi, apakan daya. Malaysia mungkin terlalu kuat untuk skuad Garuda. haha padan muka anda :P 



Namun, kekalahan mereka sebenarnya awal-awal lagi berpunca daripada kesilapan mereka sendiri, iaitu membenarkan Malaysia memasuki pusingan separuh akhir. Jika dilihat kembali, ketika di peringkat kumpulan, iaitu pada perlawanan Day 2, ketika itu Malaysia hanya seri 0-0 dengan Thailand manakala Indonesia menewaskan Laos 6-0. Dan pada perlawanan yang ketiga, Indonesia bertemu Thailand manakala Malaysia pula bertemu Laos. Perlawanan ketiga inilah yang akan menentukan siapa yang akan menyertai Indonesia pada pusingan separuh akhir, dan Indonesia mampu menentukannya, kerana jika Indonesia membenarkan Thailand menang, ini bermaksud Thailand akan layak ke separuh akhir  regardless of result Malaysia-Laos. 

Manakala Malaysia pula perlu menang ke atas Laos dan mengharapkan Thailand kalah untuk ke separuh akhir. Akhirnya, Malaysia berjaya menumpaskan Laos 5-1, dan hanya berharap agar Thailand kalah. Indonesia, on the other hand, perlu menentukan siapa yang akan mengiringi mereka ke separuh akhir, sama ada Thailand atau Malaysia. Jika Indonesia kalah, bermakna Thailand akan pergi, dan jika Indonesia menang, Malaysia pula yang akan layak. 

Dan pada fikiran Indonesia, Thailand lebih kuat dari Malaysia, oleh itu Thailand harus kalah supaya lebih senang jika mereka bertemu Malaysia pada final nanti. Lalu, Indonesia berusaha dan hasilnya, Bambang menjaringkan dua penalti untuk menewaskan Thailand - dan di situlah bermulanya kesilapan besar mereka. Sekiranya Bambang membiarkan kedua-dua penalti disepak tinggi ke angkasa dan tak gol, memang Thailand atau Vietnam je la yang si Garuda tu akan jumpa untuk final - dan bukan Malaysia yang sebenarnya akan menjadi igauan mimpi ngeri mereka. Kekeke..



Dan selepas kekalahan Thailand itu, Malaysia layak ke separuh akhir bertemu Vietnam manakala Indonesia pula bertemu Filipina. 

And the rest is history..

Wednesday, December 29, 2010

"no second-time warning"

Salam.

Hari yang menakutkan. Hampir2 tertangkap oleh pakguard. namun, aku berjaya membuat helah psikologi ke atas mereka. Haha. merepek je.Alkisahnya begini..

Beberapa minggu lepas, aku datang ke Intec pada hari Isnin dengan memakai baju tshirt berkolar (kemas dan bergaya k) dan jeans serta kasut. Namun, mendapat surat amaran dari pakguard kerana tidak memakai baju kemeja (kod pakaian hari isnin ialah kemeja, slacks dan tie). Aku berasa begitu sebak dan hampa kerana buat pertama kalinya mendapat surat sebegitu rupa. Darth Vader punya pakguard. Mana la aku ingat. Masa cuti pula tu, buat la gaya Ricky Martin bagi ampun dekat paparazi.. ni tak, memang muka bengis tahap goblin sungguh. Hishh.. Kesimpulannya, kehadiran aku ke OSSP pada hari itu bertemakan surat amaran pakguard yang tidak seberapa menenangkan jiwa..

5 minggu kemudian, aku datang lagi. Juga pada hari Isnin dan juga berpakaian seperti tempoh hari.. tshirt dan segala bagai. Aku harap kali ini pakguard akan dalam mood yang baik sebab aku dah practise kempen 'senyum selalu' dah.. tapi, bila sampai depan pagar je, nampak beberapa senior yang sedang menandatangani surat amaran atas sebab yang sama seperti aku tempoh hari.. Lalu, aku pun dilanda kerisauan. Tanpa membuang masa, aku terus masuk aura Kim Possible. Aku pun fikir la cara2 nak escape.. Lantas, idea bernas menerjah neuron dan spinal cord. Huhu..aku pun berjalan menuju ke pakguard..

   Aku : Selamat pagi. Nak mintak pas pelawat boleh?
   Dia  : Hmm..ni student ke pelawat ni?
   Aku : (alamak, macam mana nie..) erm,, dulu student sini..
   Dia  : Oh..kalau macam tu, jgn bnyak cerita la.. kira pelawat la ni..
  Aku  : Erm,, yeap..
   Dia  : Nah.. (smbl mnghulur pas pelwat) minta IC atau lesen ye..
  Aku  : Ok.. terima kasih..(sambil menghulur lesen)..

Haha.. berjaya juga.. tapi risau jugak, sebab takut kalau dia kira tahun lahir kat lesen aku (1992) dengan tahun sekarang, aku baru umur 18 tahun, macam mana boleh jadi ex student pulak an.. err memang tak logik  kot.. Lalu, aura Kim Possible masuk lagi. Kalau dia tanya, aku akan cakap, "Saya dulu satu sem je.. lepas tu berhenti dah, tahun depan nak masuk kolej lain pulak.." haha kemudian, sebelum sampai pakguard tu, aku akan konon2 tengah in the phone dengan orang, so that secara psikologinya, dia tak akan cakap banyak dengan aku.. hehehe berguna juga ilmu psikologi yang aku dalami ni.. Dan akhirnya, teknik psikologi aku berjaya. dan dia tak tanya aku apa pun.. huhuu lega gila time tu. YEAYY!

p/s : jika anda adalah pakguard itu, hehe camne la pakcik boleh jumpa blog saya ni ye..ampun.

Monday, December 27, 2010

not a quote. it is a wordgame



- A FAIRLY SAIL -

after days and days, I finally managed to figure out this one.

Sunday, December 26, 2010

Pemadam oh Pemadam

Salam.

23 Disember 2010. Aku pergi ke sebuah kedai buku bersama seorang teman dengan tujuan membeli beberapa jenis alatulis.

Tatkala aku sedang mencari pemadam, aku terjumpa pemadam Faber Castell Dust-Free yang di'pack' di dalam plastik ala-ala 3 in 1. Dan aku lihat harganya amat murah, iaitu 99 sen sahaja(anggaran RM1, maka sebiji hanya 33sen). Namun, aku tidak terus membelinya kerana ingin membuat survey dahulu. Tak lama kemudian, aku terjumpa lagi, pemadam Faber Castell 3 in 1, tetapi kali ini, di'pack' dengan berlatarbelakangkan kotak (gambar hanya untuk tujuan illustrasi sahaja) dan berharga RM2.70 yang mana bermaksud, satu = 90 sen.


Tidak lama selepas itu, aku terjumpa lagi, pemadam yang dijual secara sebiji-sebiji dan setiap satu bijii berharga RM1. 

Di sini, aku hanya mahu simpulkan bahawa terdapat kedai yang menjual sejenis pemadam tetapi dijual pada 3 kadar berbeza (33 sen, 90 sen dan RM1). walhal, pemadam tersebut adalah dari jenis yang sama, iaitu Faber Castell Dust-Free Eraser 7085.Mengikut kajian yang dijalankan, Faber Castell hanya mengeluarkan 4 jenis pemadam dan lagi tiga jenis ialah Dust-Free Eraser 7086, Dust-Free Eraser 18 71 20 dan Dust-Free Eraser 18 75 28. Sungguh aneh lagi pelik. Adakah ini juga salah satu konspirasi dan agenda-agenda Yahudi? Haha fikir2kanlah..

p/s : selalulah membuat survey sebelum membeli  :D

Friday, December 24, 2010

Tersilap langkah, tersalah percaturan.

Baru 2 hari selepas hari terakhir aku bekerja secara sambilan di Bandar Sultan Suleiman yang kaya dengan lori dan treler panjang. Dan baru juga aku merasai hari yang (takleh nak define dengan kata2, excited overloaded) namun hanya untuk beberapa jam sahaja atas sebab kekangan masa dan kekurangan kenderaan. Dan hari ni, aku di rumah. Mungkin, sedikit terasa bosan. Tapi, apa yang pasti, ada sesuatu yang aku kesalkan.

Bermula 22 Nov hingga 22 Dis, aku masuk mode kerja. Selama sebulan itu, aku kerja dengan harapan, dapat lah guna duit gaji untuk cover beberapa benda yang perlu dibayar. Dan memandangkan aku sudah mempunyai satu rancangan pada bulan 12 ini, aku fikir duit hasil usaha aku tu boleh lah digunakan untuk waktu2 keriangan. Rasa macam kurang patut kalau guna duit yang diberi Encik Sponsor untuk bergembira. Mungkin sedikit berbangga kerana aku tidak sewenang-wenangnya mempergunakan Encik Sponsor untuk kegunaan peribadi, sebaliknya, aku menggunakan apa yang aku perolehi hasil usaha aku (walaupun takda la usaha mana, tapi, still, usaha ).

Walaubagaimana pun, aku tahu, banyak masa yang aku dah habiskan di tempat kerja. Pagi, kerja sampai petang. Balik, makan etc. Pukul 11 dah mengantuk. Dan rutin itu berterusan.. Hmm.. dan aku cuma ada seminggu lebih saja lagi sebelum masuk semula ke kolej. Kalaulah aku ada lebih banyak masa, masa yang boleh digunakan sepenuhnya. 40 hari memang tempoh yang lama. Aku sepatutnya berhenti lebih awal. Dalam minggu pertama bulan 12 mungkin. Supaya aku tak rasa begini. Rasa kesal.

Wednesday, December 22, 2010

Berhenti dan Berehat.

22 November - 22 Disember.

Genaplah sudah sebulan sejak aku bekerja di bawah Syarikat Sinar Maju ni.. macam2 pengalamn aku dapat, walaupun kadang2 cam bosan sebab bila keje da siap, takda ape nak buat...Kalau keje banyak, gambar melambak lagi complicated, malas la pulak nak buat keje.. ahaha. antara perkara yang aku rasa akan miss bila dah habis kerja ni..


  • dengar radio awal pagi
  • gi jalan sg pinang untuk lunch
  • tengok orang amik order tapi malas nak tulis
  • balik office sambil borak dengan abang yus yang suka ketawa
  • sapu dan mop lantai sebab lantai tu cuma ambik masa sehari untuk berdebu macam sebulan tak sapu.
  • restart PC berulang kali sebab PC kat sini memang agak problema. Kalau dah lama2, nanti dia hang. 
  • berdepan dengan printer yang kurang mumaiyiz. Ink penuh lagi pun dia kata dah habis, bila ink habis, x detect pulak. Ishhh tension je.
Penat pulak nak taip panjang2.. hmm sekarang dah pukul 2.40PM. ada beberapa jam lagi sebelum aku meninggalkan office ini..  ceh, ayat sedih pulak. Jadi, untuk mengisi kekosongan masa yang ada masa cuti, aku dah merangka beberapa plan.. seperti keluar jalan, prepare barang untuk ke kolej , bayar itu ini dan sebagainya.

Sekian, wassalam.

Monday, December 20, 2010

Jujur.Tipu

Hujan lebat masih kedengaran di luar tingkap. Keseorangan di pejabat yang sejuk membuatkan rasa mengantuk bertambah lagi 4 darjah. Orang lain sudah ke site, buat kerja penyelenggaraan paip. Teman sepejabat merangkap seorang wanita berumur 20-an pula entah hilang ke mana. Di sini, ada sesuatu yang ingin dikongsi, mungkin boleh dijadikan iktibar dan pedoman buat orang yang membacanya.

Mungkin semua orang tahu betapa kita sebagai manusia perlu bersikap jujur. Tak kira la, jujur pada sesiapa dan di mana jua serta dalam apa-apa perkara sekalipun. Dan apa yang ingin diceritakan kali ini ialah jujur sesama manusia. Ada sebuah cerita, yang mana aku belajar sesuatu daripadanya. Cerita ini, mengingatkan aku supaya jangan sekali-kali menipu dan berlaku tidak jujur.

Ceritanya panjang, tapi ingin saja aku ringkaskan, ada seorang gadis G yang suka kepada lelaki L ni dan mereka saling suka(cinta, mcm geli je), namun, ketika G masih di IPT, L tiba2 sahaja berkahwin dengan seorang wanita W. G tahu tentang perkara itu dan redha dengannya.

Tapi, L masih lagi menghubungi G, dan mengatakan yang dia masih suka(cinta, ergh geli je) pada G dan kini, G itu bekerja di bawah L. Dan hubungan mereka semakin akrab. L mengatakan rumahtangganya sudah berkecamuk dan dah tak sebulu dengan W, dan L berkata bahawa beliau mahu menceraikan W kerana W telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Sungguh, tak bermaruah.

Atas sebab itu, G menyangka bahawa L sangat tak suka kepada W serta ingin menceraikannya. Namun, dengan izin Allah, segala rahsia L terbongkar. Rupanya, L masih lagi bersama dengan W. Sungguh, sangat kecewa si G kerana rupanya selama ini rupanya dia telah ditipu. Bayangkan saja, G ni umpama telah dipergunakan untuk kepentingan syarikat sahaja. 

Harapannya siang malam berkecai. Sedih. Sungguh. Teruk keadaanya. Ditipu bulat-bulat. Sila lihat situasi ini, L ke pejabat dan berseronok dengan G. Balik pula, siapa tahu, mungkin sedang bergembira dengan W. G pula, ke pejabat dan senyum bila ada L, tapi bila balik, risau memikirkan apa yang dibuat L di rumah. Tengok2, semua kata-kata L kepada G hanyalah kartun network semata mata. 

Sungguh kasihan melihat keadaan G. Gara-gara lelaki itu. hidup G kini jadi susah. G berhasrat untuk berhenti(memang taknak la jumpa si L dah) dan tiada kerja lain. mungkin tepaksa menganggur.

Kepada yang membaca, ambillah teladan dari cerita ini.

Friday, December 17, 2010

Kisah Natrah. (versi teater)

Apa yang ingin dikongsi pada entri kali ini mudah saja. Dan ringkas.

Teater Natrah yang ditayangkan di Panggung Sari, Istana Budaya  rata-rata mendapat sambutan hangat daripada ramai penduduk warga kota. Kisah Natrah yang berkisarkan tentang perjalanan hidup seorang wanita ketika zaman penjajahan barat dahulu. Apa yang jelas, kisah ini cuba mengetengahkan idea tentang orang melayu yang ingin mempertahankan maruah agama Islam dan bersungguh-sungguh cuba membantu Natrah daripada diambil semula oleh ibu bapa kandungnya yang beragama Kristian. Dan apa yang dilakukan itu memang mulia kerana Allah suka kepada hambaNya yang berjuang di jalanNya.

Namun, apa yang menyedihkan apabila melihat ajaran yang disuruh dalam agama pun tak dipatuhi, tatkala melihat rambut yang menjadi aurat wanita dibiarkan tidak bertutup(bertudung etc). Apakah ini yang disuruh oleh Islam? padahal dalam Islam sudah jelas bahawa aurat iu wajib ditutup dan berdosa jika mendedahkannya. Tapi, seperti tiada siapa yang ambil pusing. Umpama ingin menonton Malaysia lawan Indonesia di Stadium Nasional, bersorak macam lah player kat bawah tu boleh dengar, tetapi bercakap accent ala-ala orang Indonesia, memakai baju jersi Indonesia dan duduk di bahagian penyokong Indonesia.

Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datang dari silap saya sendiri. Dan Allah jua yang Maha Mengetahui.

Wednesday, December 15, 2010

Apa nak jadi?

Maklum panduan bakat kecil
Oleh Faridzwan Abdul Ghafar
faridzwan@bharian.com.my
2010/12/15

NGO hiburan mahu perbincangan teliti sebelum peraturan dikuatkuasakan

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) sektor hiburan tanah air sedia bekerjasama dengan kerajaan berhubung peraturan dan garis panduan untuk kanak-kanak di bawah umur yang menyertai sektor itu.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez, berkata perbincangan teliti mengenai peraturan dan garis panduan berkenaan wajar diadakan oleh pihak terbabit sebelum ia dikuatkuasakan. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata mereka perlu mendapat kelulusan dan mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelak dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran. 

Siapa belum pernah tengok Idola Kecil, sila angkat tangan. Rancangan realiti TV ini yang disiarkan di TV9 sememangnya digemari oleh kanak-kanak dan seisi keluarga kerana mereka dapat melihat dan mendengar nyanyian anak-anak muda yang masih mentah dan belum cukup matang lagi. 


Menurut sumber di atas, mereka (kanak-kanak) perlu mematuhi peraturan dan undang2 bagi mengelak dieksploitasi sehingga mengganggu pembelajaran.Dan kenyataan itu ada benarnya. Dan sememangnya perkara atau isu ini tidak menjadi masalah bagi non-muslim. 

Namun, adakah undang2 itu digubal bertujuan menjaga kehormatan orang Islam, yang mana rata-rata kebanyakan kanak-kanak yang menyertai program sebegini merupakan orang Islam. Adakah ada peraturan yang menetapkan pakaian jenis apa yang boleh dan tidak boleh atau siapa yang boleh dan tidak boleh(take note bahawa ada pendapat yang mengatakan suara wanita adalah aurat/bukan aurat). Dan jika perempuan boleh menyanyi sekalipun, adakah pemakaian mereka itu sesuai dan menunjukkan ciri-ciri Muslimah sebenar? Dengan hanya memakai gaun, skirt dan sebagainya pada usia yang sebegitu muda, meeka terdedah kepada gaya hidup yang salah di sisi Islam. Bagaimana pula bila dah dewasa? Ada spinal cord dan otak, fikir sendiri.

Di bahagian peonton pula, ibu bapa sibuk memberi sokongan gaya macam anak diorang tengah bertanding American Idol bersaing dengan Taylor Swift time final. Tidak keterlaluan untuk mengatakan macam mereka sedang gembira ketika menyokong zuriat mereka supaya pergi ke jalan kehinaan. 

Saya bukanlah seorang ustaz atau imam masjid negeri untuk berkata sebegini, tapi saya juga masih boleh mengenal pasti perkara yang sudah terang lagi disuluh spotlight tujuh megawatt salah dan bertentangan dengan ajaran Islam. 

Sekian, semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari hasutan syaitan. Amin.



Tuesday, December 14, 2010

Gara-gara beg plastik.

Aku suka shopping? Ini pertanyaan, bukan pernyataan.

Biasanya orang akan pergi shopping pada hujung minggu, sebab itu je masa yang diorang ada (weekdays kerja kott). Dan kini, umum mengetahui bahawa kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan kempen Hari Tanpa Plastik pada hari Sabtu.Para pengguna disyorkan membawa sendiri beg plastik atau apa-apa jua bahan yang boleh menggantikan beg plastik. Antara tujuan kempen tersebut adalah untuk mengurangkan masalah pencemaran yang kian berleluasa gara-gara sifat beg plastik yang tidak boleh lupus ditelan zaman (orang putih kata, non-biodegradable)

Namun, hal ini sedikit sebanyak telah menyukarkan sebahagian daripada masyarakat pengguna. Mengapa? Meh saya jawab.

  1. Andaikan si ibu membawa beg plastik(atau beg apa2 sahaja) ke pasaraya atau hypermarket, lalu tiba2 ada jualan murah gila tahap petala kelapan. Sampai boleh putus fius bila tengok harga murah sangat macam ekonomi dunia dah takda erti matawang dah. Cuba bayangkan, Hersheys Chocs cuma berharga RM1.90 sekotak, dan sosej Nutriplus ada promosi beli dua paket percuma dua puluh kotak.Jadi, si ibu ni cuma bawa beg yang cukup untuk beli barang yang dalam list je(barang2 dapur yang dah habis, mungkin) tapi bila nak beli barang lain yang murah2 tu,dah tak boleh sebab beg tak cukup.. dia pun tension. Mana la dia tau ada jualan murah tu, dah tak dapat nak beli sebab takda beg plastik lain..jadi, menyusahkan sebab pengguna tak boleh budget berapa banyak beg nak dibawa..
  2.  Saya pasti bahawa ramai orang yang menggunakan beg plastik untuk dijadikan cover tong sampah. Jadi, bila gi beli dan tak dapat beg plastik, mana nak dapat cover tong sampah tu. Takkan nak buang segala jenis sisa atau sampah2 macam tu je. Tak pasal2 kena keluar RM5 beli plastik biru tu..

Yang menjadi persoalan sekarang ni, kempen ini disokong oleh pihak seperti Jusco dan Tesco, namun semua tahu bahawa plastik di situ adalah biodegradable. Jadi, tak menjadi masalah jika dibuang pun sebab boleh lupus. Tapi kenapa mereka menyokongnya? sebab nak jimat kos pengeluaran beg plastik diorang?

p/s : saya hanya menyampaikan apa yang rakan saya mahu luahkan, memandangkan beliau tidak mempunyai blog, jadi beliau ingin tumpang di blog saya. harap maklum

Thursday, December 9, 2010

Cara mudah jawab SAT, TEOFL

Kata-kata yang biasa didengari..

"Mak, nak mainan Batman.."
"Ibu, nak CD, eh DVD Barbie.."
"Mummy,,belikan la aiskrim.."

Dan kebanyakan kaum ibu akan menuruti kehendak mereka..
tapi, cuba bayangkan kalau si anak berkata,

"Umi, nak buku To Kill A Mockingbird..boleh la.."..

Dan aku berani jamin, tidak ramai yang akan berkata, "Ok..nanti Umi belikan er.."

kerana terdapat sebahagian daripada golongan ibu bapa di negara ini ynag kurang menyedari tentang peri pentingnya pembacaan ( semua bahasa ,terutamanya Inggeris). Bagi mereka, daripada membelanjakan RM40 untuk senaskhah buku berbahasa Inggeris, lebih baik belikan aiskrim McFlurry 4 ringgit. Buku yang difikirkan sebagai suatu pembaziran itu sebenarnya merupakan suatu yang amat penting dalam proses pembelajaran anak2. Jika itu minat mereka,maka jangan ragu2 untuk membeli. Kalau "The Duckling Story" yang disukai, atau "The Gift" tulisan Cecelia Ahern menjadi pilihan, atau mungkin The First Tycoon : The Epic Life of Cornelius Vanderbilt by T.J Stiles menjadi idaman, maka belikan lah demi kebaikan mereka.

Mungkin kesannya tak dapat dilihat dalam jangka masa pendek, namun effects dia memang jelas terasa ketika nak menjawab peperiksaan SAT atau pun TOEFL. Percayalah. Tak tipu punya. Serius nie. Tak perlu pergi jauh, tak payah SAT, nak jawab English untuk paper ujian selaras pun ada manfaat dia. Pada masa itu lah, kelebihan membaca pada usia muda akan memberi kelebihan yang tersendiri.

Sekian, pesanan untuk para ibu bapa dan bakal ibu bapa.

Friday, December 3, 2010

silap dan salah

Minggu kedua(bekerja) hampir melabuhkan tirainya.

Aku masih lagi buat kesilapan-kesilapan kecil.

Agak bengang, tension, ape laa..itu pun boleh silap/lupa/salah/tak ingat etc..

Hmm aku akan cuba baiki diri.

p/s: sekurang-kurangnya, aku tak pernah kena 'SERVICE CHANGES', jadi, cermin diri dulu sebelum kata orang lain bengap ye.

Thursday, December 2, 2010

Pso..

Setiap individu di Malaysia akan mandi dalam purata 2-3 kali sehari.

Kebiasaannya, aku akan mandi pada waktu pagi (sebelum ke tempat kerja) dan pada waktu petang (selepas pulang dari kerja). dan setiap kali aku selesai mandi, aku pasti terfikir sesuatu. Aku akan terfikir tentangnya tanpa gagal. (direct translation - without fail). Perkara yang berlaku sekarang, yang mungkin akan kekal hingga ke hari tua. Aku takut, sungguh, aku risau. Masa depan aku, aku nampak tak begitu terang. Gelap sikit. Jalan yang aku lalui sekarang, ada 'signboard' ke arah 'masa depan yang terang', tapi aku sedar, 'kereta' yang aku naik tak cukup mewah untuk sampai ke sana. Hmm, takut. Memang, sangat terasing. mereka bertanya, tapi mereka tak faham. Disalah anggap, tapi aku tahu, sapa yang nak buang masa memahami benda yang takda kaitan dengan diorang. Rasa hina sungguh diri ini

Tapi itu yang dah ditentukanNya, aku terima.

Aku redha.

Wednesday, December 1, 2010

berbeza?

Orang. Let orang = manusia,

if lain orang lain ragam, then lain manusia lain ragam. 

Aku rasa aku ni ada cara berfikir yang lain sikit. Kenapa? Meh aku cerita sikit.

  • Bila orang lagi suka guna Garmin si GPS tu, aku lagi suka guna signboard dan otak.
  • Orang lagi suka tekan tetikus, klik sana sini, bilamana aku lagi suka guna Ctrl_Alt atau Shift C
  • Kalkulator menjadi tempat bergantung walaupun setakat nak kira 8 x 20 atau 8000 - 5000, sedangkan algebra (atau otak/akal) lebih seronok untuk digunakan. *pengecualian untuk pengiraan yang pelik2, dan nombor yang complicated*
  • Bagi aku, memandu Wira manual kelihatan lebih bergaya berbanding memandu Grand Livina auto.
tu cuma sebahagian sahaja. sekian.