Mungkin semua orang tahu betapa kita sebagai manusia perlu bersikap jujur. Tak kira la, jujur pada sesiapa dan di mana jua serta dalam apa-apa perkara sekalipun. Dan apa yang ingin diceritakan kali ini ialah jujur sesama manusia. Ada sebuah cerita, yang mana aku belajar sesuatu daripadanya. Cerita ini, mengingatkan aku supaya jangan sekali-kali menipu dan berlaku tidak jujur.
Ceritanya panjang, tapi ingin saja aku ringkaskan, ada seorang gadis G yang suka kepada lelaki L ni dan mereka saling suka(cinta, mcm geli je), namun, ketika G masih di IPT, L tiba2 sahaja berkahwin dengan seorang wanita W. G tahu tentang perkara itu dan redha dengannya.
Tapi, L masih lagi menghubungi G, dan mengatakan yang dia masih suka(cinta, ergh geli je) pada G dan kini, G itu bekerja di bawah L. Dan hubungan mereka semakin akrab. L mengatakan rumahtangganya sudah berkecamuk dan dah tak sebulu dengan W, dan L berkata bahawa beliau mahu menceraikan W kerana W telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Sungguh, tak bermaruah.
Atas sebab itu, G menyangka bahawa L sangat tak suka kepada W serta ingin menceraikannya. Namun, dengan izin Allah, segala rahsia L terbongkar. Rupanya, L masih lagi bersama dengan W. Sungguh, sangat kecewa si G kerana rupanya selama ini rupanya dia telah ditipu. Bayangkan saja, G ni umpama telah dipergunakan untuk kepentingan syarikat sahaja.
Harapannya siang malam berkecai. Sedih. Sungguh. Teruk keadaanya. Ditipu bulat-bulat. Sila lihat situasi ini, L ke pejabat dan berseronok dengan G. Balik pula, siapa tahu, mungkin sedang bergembira dengan W. G pula, ke pejabat dan senyum bila ada L, tapi bila balik, risau memikirkan apa yang dibuat L di rumah. Tengok2, semua kata-kata L kepada G hanyalah kartun network semata mata.
Sungguh kasihan melihat keadaan G. Gara-gara lelaki itu. hidup G kini jadi susah. G berhasrat untuk berhenti(memang taknak la jumpa si L dah) dan tiada kerja lain. mungkin tepaksa menganggur.
Kepada yang membaca, ambillah teladan dari cerita ini.
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
Hmm.. got me thinkin.
ReplyDelete