Wednesday, December 29, 2010

"no second-time warning"

Salam.

Hari yang menakutkan. Hampir2 tertangkap oleh pakguard. namun, aku berjaya membuat helah psikologi ke atas mereka. Haha. merepek je.Alkisahnya begini..

Beberapa minggu lepas, aku datang ke Intec pada hari Isnin dengan memakai baju tshirt berkolar (kemas dan bergaya k) dan jeans serta kasut. Namun, mendapat surat amaran dari pakguard kerana tidak memakai baju kemeja (kod pakaian hari isnin ialah kemeja, slacks dan tie). Aku berasa begitu sebak dan hampa kerana buat pertama kalinya mendapat surat sebegitu rupa. Darth Vader punya pakguard. Mana la aku ingat. Masa cuti pula tu, buat la gaya Ricky Martin bagi ampun dekat paparazi.. ni tak, memang muka bengis tahap goblin sungguh. Hishh.. Kesimpulannya, kehadiran aku ke OSSP pada hari itu bertemakan surat amaran pakguard yang tidak seberapa menenangkan jiwa..

5 minggu kemudian, aku datang lagi. Juga pada hari Isnin dan juga berpakaian seperti tempoh hari.. tshirt dan segala bagai. Aku harap kali ini pakguard akan dalam mood yang baik sebab aku dah practise kempen 'senyum selalu' dah.. tapi, bila sampai depan pagar je, nampak beberapa senior yang sedang menandatangani surat amaran atas sebab yang sama seperti aku tempoh hari.. Lalu, aku pun dilanda kerisauan. Tanpa membuang masa, aku terus masuk aura Kim Possible. Aku pun fikir la cara2 nak escape.. Lantas, idea bernas menerjah neuron dan spinal cord. Huhu..aku pun berjalan menuju ke pakguard..

   Aku : Selamat pagi. Nak mintak pas pelawat boleh?
   Dia  : Hmm..ni student ke pelawat ni?
   Aku : (alamak, macam mana nie..) erm,, dulu student sini..
   Dia  : Oh..kalau macam tu, jgn bnyak cerita la.. kira pelawat la ni..
  Aku  : Erm,, yeap..
   Dia  : Nah.. (smbl mnghulur pas pelwat) minta IC atau lesen ye..
  Aku  : Ok.. terima kasih..(sambil menghulur lesen)..

Haha.. berjaya juga.. tapi risau jugak, sebab takut kalau dia kira tahun lahir kat lesen aku (1992) dengan tahun sekarang, aku baru umur 18 tahun, macam mana boleh jadi ex student pulak an.. err memang tak logik  kot.. Lalu, aura Kim Possible masuk lagi. Kalau dia tanya, aku akan cakap, "Saya dulu satu sem je.. lepas tu berhenti dah, tahun depan nak masuk kolej lain pulak.." haha kemudian, sebelum sampai pakguard tu, aku akan konon2 tengah in the phone dengan orang, so that secara psikologinya, dia tak akan cakap banyak dengan aku.. hehehe berguna juga ilmu psikologi yang aku dalami ni.. Dan akhirnya, teknik psikologi aku berjaya. dan dia tak tanya aku apa pun.. huhuu lega gila time tu. YEAYY!

p/s : jika anda adalah pakguard itu, hehe camne la pakcik boleh jumpa blog saya ni ye..ampun.

5 comments:

  1. ok sangat bijak. hahahaha. aku repot. aku repot.

    ReplyDelete
  2. LOL jahattttttttt xP tp cem pandai. Haha.


    Btw, ni Alia dkt commuter td tu, hehe.

    ReplyDelete
  3. aqilah : hahaa jgan r repot..hbis aku..kahkah
    alia : oh.. haha ok2.. btw, aku nak add facebook org nigeria tu.. haha

    ReplyDelete
  4. dah add pun.. haha dia commnt byk..

    ReplyDelete