Wednesday, December 15, 2010

Apa nak jadi?

Maklum panduan bakat kecil
Oleh Faridzwan Abdul Ghafar
faridzwan@bharian.com.my
2010/12/15

NGO hiburan mahu perbincangan teliti sebelum peraturan dikuatkuasakan

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) sektor hiburan tanah air sedia bekerjasama dengan kerajaan berhubung peraturan dan garis panduan untuk kanak-kanak di bawah umur yang menyertai sektor itu.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez, berkata perbincangan teliti mengenai peraturan dan garis panduan berkenaan wajar diadakan oleh pihak terbabit sebelum ia dikuatkuasakan. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata mereka perlu mendapat kelulusan dan mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelak dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran. 

Siapa belum pernah tengok Idola Kecil, sila angkat tangan. Rancangan realiti TV ini yang disiarkan di TV9 sememangnya digemari oleh kanak-kanak dan seisi keluarga kerana mereka dapat melihat dan mendengar nyanyian anak-anak muda yang masih mentah dan belum cukup matang lagi. 


Menurut sumber di atas, mereka (kanak-kanak) perlu mematuhi peraturan dan undang2 bagi mengelak dieksploitasi sehingga mengganggu pembelajaran.Dan kenyataan itu ada benarnya. Dan sememangnya perkara atau isu ini tidak menjadi masalah bagi non-muslim. 

Namun, adakah undang2 itu digubal bertujuan menjaga kehormatan orang Islam, yang mana rata-rata kebanyakan kanak-kanak yang menyertai program sebegini merupakan orang Islam. Adakah ada peraturan yang menetapkan pakaian jenis apa yang boleh dan tidak boleh atau siapa yang boleh dan tidak boleh(take note bahawa ada pendapat yang mengatakan suara wanita adalah aurat/bukan aurat). Dan jika perempuan boleh menyanyi sekalipun, adakah pemakaian mereka itu sesuai dan menunjukkan ciri-ciri Muslimah sebenar? Dengan hanya memakai gaun, skirt dan sebagainya pada usia yang sebegitu muda, meeka terdedah kepada gaya hidup yang salah di sisi Islam. Bagaimana pula bila dah dewasa? Ada spinal cord dan otak, fikir sendiri.

Di bahagian peonton pula, ibu bapa sibuk memberi sokongan gaya macam anak diorang tengah bertanding American Idol bersaing dengan Taylor Swift time final. Tidak keterlaluan untuk mengatakan macam mereka sedang gembira ketika menyokong zuriat mereka supaya pergi ke jalan kehinaan. 

Saya bukanlah seorang ustaz atau imam masjid negeri untuk berkata sebegini, tapi saya juga masih boleh mengenal pasti perkara yang sudah terang lagi disuluh spotlight tujuh megawatt salah dan bertentangan dengan ajaran Islam. 

Sekian, semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari hasutan syaitan. Amin.



No comments:

Post a Comment