Tuesday, December 14, 2010

Gara-gara beg plastik.

Aku suka shopping? Ini pertanyaan, bukan pernyataan.

Biasanya orang akan pergi shopping pada hujung minggu, sebab itu je masa yang diorang ada (weekdays kerja kott). Dan kini, umum mengetahui bahawa kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan kempen Hari Tanpa Plastik pada hari Sabtu.Para pengguna disyorkan membawa sendiri beg plastik atau apa-apa jua bahan yang boleh menggantikan beg plastik. Antara tujuan kempen tersebut adalah untuk mengurangkan masalah pencemaran yang kian berleluasa gara-gara sifat beg plastik yang tidak boleh lupus ditelan zaman (orang putih kata, non-biodegradable)

Namun, hal ini sedikit sebanyak telah menyukarkan sebahagian daripada masyarakat pengguna. Mengapa? Meh saya jawab.

  1. Andaikan si ibu membawa beg plastik(atau beg apa2 sahaja) ke pasaraya atau hypermarket, lalu tiba2 ada jualan murah gila tahap petala kelapan. Sampai boleh putus fius bila tengok harga murah sangat macam ekonomi dunia dah takda erti matawang dah. Cuba bayangkan, Hersheys Chocs cuma berharga RM1.90 sekotak, dan sosej Nutriplus ada promosi beli dua paket percuma dua puluh kotak.Jadi, si ibu ni cuma bawa beg yang cukup untuk beli barang yang dalam list je(barang2 dapur yang dah habis, mungkin) tapi bila nak beli barang lain yang murah2 tu,dah tak boleh sebab beg tak cukup.. dia pun tension. Mana la dia tau ada jualan murah tu, dah tak dapat nak beli sebab takda beg plastik lain..jadi, menyusahkan sebab pengguna tak boleh budget berapa banyak beg nak dibawa..
  2.  Saya pasti bahawa ramai orang yang menggunakan beg plastik untuk dijadikan cover tong sampah. Jadi, bila gi beli dan tak dapat beg plastik, mana nak dapat cover tong sampah tu. Takkan nak buang segala jenis sisa atau sampah2 macam tu je. Tak pasal2 kena keluar RM5 beli plastik biru tu..

Yang menjadi persoalan sekarang ni, kempen ini disokong oleh pihak seperti Jusco dan Tesco, namun semua tahu bahawa plastik di situ adalah biodegradable. Jadi, tak menjadi masalah jika dibuang pun sebab boleh lupus. Tapi kenapa mereka menyokongnya? sebab nak jimat kos pengeluaran beg plastik diorang?

p/s : saya hanya menyampaikan apa yang rakan saya mahu luahkan, memandangkan beliau tidak mempunyai blog, jadi beliau ingin tumpang di blog saya. harap maklum

2 comments: