"Mak, nak mainan Batman.."
"Ibu, nak CD, eh DVD Barbie.."
"Mummy,,belikan la aiskrim.."
Dan kebanyakan kaum ibu akan menuruti kehendak mereka..
tapi, cuba bayangkan kalau si anak berkata,
"Umi, nak buku To Kill A Mockingbird..boleh la.."..
Dan aku berani jamin, tidak ramai yang akan berkata, "Ok..nanti Umi belikan er.."
kerana terdapat sebahagian daripada golongan ibu bapa di negara ini ynag kurang menyedari tentang peri pentingnya pembacaan ( semua bahasa ,terutamanya Inggeris). Bagi mereka, daripada membelanjakan RM40 untuk senaskhah buku berbahasa Inggeris, lebih baik belikan aiskrim McFlurry 4 ringgit. Buku yang difikirkan sebagai suatu pembaziran itu sebenarnya merupakan suatu yang amat penting dalam proses pembelajaran anak2. Jika itu minat mereka,maka jangan ragu2 untuk membeli. Kalau "The Duckling Story" yang disukai, atau "The Gift" tulisan Cecelia Ahern menjadi pilihan, atau mungkin The First Tycoon : The Epic Life of Cornelius Vanderbilt by T.J Stiles menjadi idaman, maka belikan lah demi kebaikan mereka.
Mungkin kesannya tak dapat dilihat dalam jangka masa pendek, namun effects dia memang jelas terasa ketika nak menjawab peperiksaan SAT atau pun TOEFL. Percayalah. Tak tipu punya. Serius nie. Tak perlu pergi jauh, tak payah SAT, nak jawab English untuk paper ujian selaras pun ada manfaat dia. Pada masa itu lah, kelebihan membaca pada usia muda akan memberi kelebihan yang tersendiri.
Sekian, pesanan untuk para ibu bapa dan bakal ibu bapa.
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
hahahah... ni memang terbaek!
ReplyDeleteAku nak promote satu dunia
ReplyDeletejgn salahkan parents.
ReplyDeleteanak pun salah
mak bpk aku beli satu set encyclopedia dr A-Z satu rak.
aku bace buku A je. tu un tak abes. haha
aku yg salah ! haha
the gift ?? eee jiwangg.. haha taknak aku bg anak aku bce bku jiwang ! ngaha
ReplyDeletehahaha....aku sokong! :D
ReplyDelete(safwan-roomate tersayang)