Friday, December 17, 2010

Kisah Natrah. (versi teater)

Apa yang ingin dikongsi pada entri kali ini mudah saja. Dan ringkas.

Teater Natrah yang ditayangkan di Panggung Sari, Istana Budaya  rata-rata mendapat sambutan hangat daripada ramai penduduk warga kota. Kisah Natrah yang berkisarkan tentang perjalanan hidup seorang wanita ketika zaman penjajahan barat dahulu. Apa yang jelas, kisah ini cuba mengetengahkan idea tentang orang melayu yang ingin mempertahankan maruah agama Islam dan bersungguh-sungguh cuba membantu Natrah daripada diambil semula oleh ibu bapa kandungnya yang beragama Kristian. Dan apa yang dilakukan itu memang mulia kerana Allah suka kepada hambaNya yang berjuang di jalanNya.

Namun, apa yang menyedihkan apabila melihat ajaran yang disuruh dalam agama pun tak dipatuhi, tatkala melihat rambut yang menjadi aurat wanita dibiarkan tidak bertutup(bertudung etc). Apakah ini yang disuruh oleh Islam? padahal dalam Islam sudah jelas bahawa aurat iu wajib ditutup dan berdosa jika mendedahkannya. Tapi, seperti tiada siapa yang ambil pusing. Umpama ingin menonton Malaysia lawan Indonesia di Stadium Nasional, bersorak macam lah player kat bawah tu boleh dengar, tetapi bercakap accent ala-ala orang Indonesia, memakai baju jersi Indonesia dan duduk di bahagian penyokong Indonesia.

Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datang dari silap saya sendiri. Dan Allah jua yang Maha Mengetahui.

1 comment: