Thursday, December 2, 2010

Pso..

Setiap individu di Malaysia akan mandi dalam purata 2-3 kali sehari.

Kebiasaannya, aku akan mandi pada waktu pagi (sebelum ke tempat kerja) dan pada waktu petang (selepas pulang dari kerja). dan setiap kali aku selesai mandi, aku pasti terfikir sesuatu. Aku akan terfikir tentangnya tanpa gagal. (direct translation - without fail). Perkara yang berlaku sekarang, yang mungkin akan kekal hingga ke hari tua. Aku takut, sungguh, aku risau. Masa depan aku, aku nampak tak begitu terang. Gelap sikit. Jalan yang aku lalui sekarang, ada 'signboard' ke arah 'masa depan yang terang', tapi aku sedar, 'kereta' yang aku naik tak cukup mewah untuk sampai ke sana. Hmm, takut. Memang, sangat terasing. mereka bertanya, tapi mereka tak faham. Disalah anggap, tapi aku tahu, sapa yang nak buang masa memahami benda yang takda kaitan dengan diorang. Rasa hina sungguh diri ini

Tapi itu yang dah ditentukanNya, aku terima.

Aku redha.

No comments:

Post a Comment