Thursday, December 30, 2010

Indonesia : konspirasi tak menjadi

Pertandingan Piala Suzuki AFF 2010 sudah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia. Sekalung tahniah diucapkan kepada pemain, pihak pengurusan serta penyokong Malaysia. Dengan ini, saya begitu pasti kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA akan naik, sekaligus menjadi titik tolak kepada kejayaan Malaysia pada masa akan datang. Siapa tahu, Malaysia akan dapat menyertai Piala Dunia suatu hari nanti. 

Namun, sudah pasti kekecewaan yang datang menjenguk Indonesia untuk beberapa ketika buat masa ini. Kemenangan di Jakarta tidak cukup untuk menewaskan Malaysia secara agregat. Tapi, apakan daya. Malaysia mungkin terlalu kuat untuk skuad Garuda. haha padan muka anda :P 



Namun, kekalahan mereka sebenarnya awal-awal lagi berpunca daripada kesilapan mereka sendiri, iaitu membenarkan Malaysia memasuki pusingan separuh akhir. Jika dilihat kembali, ketika di peringkat kumpulan, iaitu pada perlawanan Day 2, ketika itu Malaysia hanya seri 0-0 dengan Thailand manakala Indonesia menewaskan Laos 6-0. Dan pada perlawanan yang ketiga, Indonesia bertemu Thailand manakala Malaysia pula bertemu Laos. Perlawanan ketiga inilah yang akan menentukan siapa yang akan menyertai Indonesia pada pusingan separuh akhir, dan Indonesia mampu menentukannya, kerana jika Indonesia membenarkan Thailand menang, ini bermaksud Thailand akan layak ke separuh akhir  regardless of result Malaysia-Laos. 

Manakala Malaysia pula perlu menang ke atas Laos dan mengharapkan Thailand kalah untuk ke separuh akhir. Akhirnya, Malaysia berjaya menumpaskan Laos 5-1, dan hanya berharap agar Thailand kalah. Indonesia, on the other hand, perlu menentukan siapa yang akan mengiringi mereka ke separuh akhir, sama ada Thailand atau Malaysia. Jika Indonesia kalah, bermakna Thailand akan pergi, dan jika Indonesia menang, Malaysia pula yang akan layak. 

Dan pada fikiran Indonesia, Thailand lebih kuat dari Malaysia, oleh itu Thailand harus kalah supaya lebih senang jika mereka bertemu Malaysia pada final nanti. Lalu, Indonesia berusaha dan hasilnya, Bambang menjaringkan dua penalti untuk menewaskan Thailand - dan di situlah bermulanya kesilapan besar mereka. Sekiranya Bambang membiarkan kedua-dua penalti disepak tinggi ke angkasa dan tak gol, memang Thailand atau Vietnam je la yang si Garuda tu akan jumpa untuk final - dan bukan Malaysia yang sebenarnya akan menjadi igauan mimpi ngeri mereka. Kekeke..



Dan selepas kekalahan Thailand itu, Malaysia layak ke separuh akhir bertemu Vietnam manakala Indonesia pula bertemu Filipina. 

And the rest is history..

2 comments:

  1. kesudahannya, naik sem nanti sume cleaner mogok... hahahah.. malaysia gempak weh!!!!

    ReplyDelete
  2. icap, jgn merepek bleh tak ??
    =p bahaha

    ReplyDelete