Saturday, May 28, 2011

Nilai. Penghargaan.

Cepat-cepat Zaed menuju ke bilik Ilmann, berlari ke sana semata-mata nak mendapatkan cheat untuk game Pokemon Blue. 

Maklumlah, kalau dah ada sepuluh ribu masterball, memang confirm menang lah lan. "Mann, ape cheat untuk infinity masterball?" tanya Zaed.

Hilmann yang sedang sibuk membaca Berita Harian Online mencapai pen dan kertas, lalu menulis sesuatu lantas diberi kepada Zaed. "Nah, google bnda ni. Aku x ingt full code dia.Nanti dah menang, bagitau aku.Tapi nnt klu boring sbb dah asyik menang, jgn cari aku plak. haha"

Sebagai seorang penggemar permainan video, Hilmann memang pakar dalam hal sebegini.



********

Tiba-tiba, kedengaran suara Hilmann, "Perghhh, dua beradik ditinggal bapa gara-gara gagal dalam UPSR, tapi yang takleh blah, anak perampuan dia yang pndai dia bawak gi bercuti pulak". Tajuk berita yang menarik, macam-macam berlaku zaman sekarang ni. Manusia semakin aneh, hanya anak yang pandai dihargai, yang gagal ditinggalkan.

"Ada ke patut, sedangkan ketiga tiga anak dia tu dia yang besarkan, dia yang 'produce' yang mana bermaksud si anak tu 'produk' si bapa. Tapi macam mana dia boleh bersikap macam tu. Tak fahamlah. Bapak dia ni bengong gile, anak tak pndai bleh pulak dia tinggal mcm tu. Ape la", lantang Hillman bersuara.

********

Aku keluar bilik sambil tersenyum. Nasib baik kamera analog tak ada butang 'delete' dan memory card, kalau tak, mesti gambar-gambar aku semua sama lebih kurang je sampai bosan tengok gambar scenery dan view yang sama berulang kali. Dan nasib baik juga aku tahu cara hargai gambar yang terhasil dari usaha aku, sebab tu, walaupun gambar tu tak cantik, buruk, aku akan simpan dan letakkan nilai yang tinggi untuk setiap gambar-gambar aku.




p/s : aku tak minat fixie, sebab aku bukan pengikut trend.

Wednesday, May 18, 2011

Biasiswa untuk aku.

"Ayah, angah dapat biasiswa..alhamdulillah.. bulan depan dah kena daftar, kalau ikut tawaran, insyaAllah bulan 7 tahun depan dah fly. Ayah tak perlu la risau pasal duit belanja, sebab nanti semua ditanggung. Angah cuba tak susahkan ayah."

*******

Dah masuk tengah bulan ni. Esok ada talk dari Bahagian Penempatan Pelajar pula.. hmm kalau tak silap, hujung minggu ni dah kena bayar yuran 'english language test' tu..tu je dah beratus, belum campur permohonan universiti,   makan malam perdana, visa.. haishhh mana nak korek duit..

*******

"Zam, esok bisnes jadi tak?",  tanya aku. Walaupun cuma jual sosej dekat kolej, tapi bolehlah nak cover sikit duit makan.. Seminggu boleh dapat dalam RM40, bahagi dengan rakan kongsi, boleh la dapat RM20.. ok la tu.. Sejak kena bayar macam2, kena la usaha sikit nak cari wang..heshh...


*******

"Ayah sihat? erm, sekarang angah nak kena bayar macam2.. kalau ayah ada RM200 pun jadi la..",itu antara perbualan aku dengan ayah semalam. Aku tak punya duit nak bayar dekat seribu walaupun aku tahu boleh claim balik. Eddy untung la, anak ahli politik, kaya, tak risau pun pasal semua ni. Patutnya duit biasiswa dia dapat kat orang macam aku kot, tak gitu? *suara memerlukan*.

Tuesday, May 10, 2011

Halal. Eh, haram?

Malam dah makin gelap. Cuak betul bila jalan sorang2. Tapi langkah tetap diteruskan. Aku cepat berjalan, seram sejuk pula.

Usrah dengan Abang Wan tadi memang best. Abang Wan ni memang suka buat aktiviti usrah ni, kemudian dia memang rajin pun ajak Arif dengan kawannya yang lain untuk turut serta. Maklumlah, senior sejak dari sekolah rendah hingga ke kolej persediaan. Bulan depan Abang Wan nak fly dah, ke Mesir katanya. Aku entah apa la harapan nak fly, pointer pun belum lepas requirement MARA lagi. heshhh

********

"Korang ni nanti, insyaAllah bila aku dah fly nnt, rajin-rajinlah contact. Facebook ada, Y!M ada...pesanan abang jangan lupa..." kata-kata Abang Wan selalu aku ingat. Macam-macam dah dia pesan kat kitorang, belajar rajin-rajin la, jangan banyak main, ingat Tuhan selalu.. banyak lagi la.. Abang Wan ni memang Islamik pun..jadi memang banyak ilmu keagamaan yang aku belajar dari dia.


********

 "Arif, kau ni tak lama lagi nak fly..tpi kena ingat pointer semua tu...blajar kena rajin, ilmu tu penting. nak senang dapat ilmu, makanan kena jaga, ibadah pun sama..baru hati terbuka nak belajar..halal haram tu penting, klu tak, habis doa tak diterima nanti..jangan nak pergi kelab, tonggeng sana sini, kalau ada sikit yang haram, semua jadi haram."terang Abang Wan bersungguh. "Oh..hmm Abang Wan, tapi kan, kita ni dapat biasiswa dari kerajaan, kerajaan tu pula ada sediakan pinjaman kat student, pastu pinjaman tu kan ada interest, tu dah kira riba' kan? then duit tu kerajaan ambik buat subsidi gula la, petrol la, kasi biasiswa la.. tu haram ke tak tu? Walaupun tak semua, tapi mesti ada sikit2 yang dari hasil riba'. Jadi, kira haram ke tak tu?" tanya aku.

Abang Wan diam, kelu. Tak lama, dia berkata, "Betul jugak ye".

Sunday, May 8, 2011

Rasional ke?

Yes, hari ni hari Khamis. Esok Jumaat, kemudian hujung minggu boleh cuti. Ah, lupa! Ada kem motivasi dekat Johor. Cis, tak guna. Baru nak cuti, dah ada kem pula. Masuk kali ni, dah 4 kakli sekolah aku buat kem motivasi. Dengar cerita, katanya kem ni bertujuan nak membina semangat para pelajar dan menjadikan pelajar lebih rajin serta optimis dalam hidup. Tapi, itu secara idealnya. Realitinya tak semudah itu.

***** 

Sejak sekolah rendah, aku kira dah berbelas belas kali aku pergi kem seumpama ini. Dan seperti  yang diperhatikan, kem ini aku rasa patut tukar nama lah, jadi kem sukahati atau dukahati. Sebab, bila pergi kem macam ini, peserta cuma akan rasa gembira dengan aktiviti yang ada atau pun bosan dengan ceramah bagai, bergantung kepada pengisian program tersebut. Dan hasilnya, aku rasa, objektif tak tercapai pun, dan jika tercapai pun, peratusnya pasti sedikit. Setuju?

***** 

Dan ini membuatkan aku berfikir, adakah program seperti ini sebenarnya membazir? Jika ya, siapa yang sedar akan kenyataan itu? dan jika tidak, apakah rasionalnya program ini? 


p/s : kejap je motivasi tu, lama2 expired la. tahniah kepada yang dapat mengekalkan semangat tu, walaupun golongan ini tak ramai mana.





Thursday, May 5, 2011

Cikgu Timah

Azwan cepat-cepat berlari ke kelas. Dah lewat. Jam di tangan dah pukul 8.33 pagi,"alamak, lambat 3 minit, matilah aku!".

Mungkin nasib berpihak pada Azwan. Mood Cikgu Timah kebetulan baik je hari itu, Azwan dimaafkan atas kelewatannya. "Sorry cikgu, lambat sikit, tadi jam dekat simpang nak keluar dari rumah. Ada kereta banyak, depan tu pulak kereta kancil lambat..saya janji tak lambat lagi, lepas ni saya sungguh-sunnguh belajar, setiap petang saya dah plan  nak buat study dekat pondok bawah tu." and the rest is history.


Matahari dah naik tegak atas kepala. Dah dekat waktu Zohor. Amin yang masih dengan roti ditangannya cepat-cepat memanggil rakan yang lain. "Alamak, wei korang, macam mana plan Low Yat petang ni? Kelas dah habis, tapi ada orang tu nak study pulak..tak dapat la nak merasa hard disk baru.." saja dicakap kuat agar didengari Azwan. Azwan terasa serba salah, selepas kelas tadi dia berjanji nak ke Low Yat dengan Amin dan yang lain, tapi tiba-tiba teringat janji dia dengan Cikgu Timah.

"Relax ar, Cikgu Timah bukan nampak pun..dia tak tau punya aku study ke tak..tadi tu pun nasib baik aku pandai ayat dia, haha.. Jom r pergi, malam ni boleh study..banyak masa lagi. Jap, aku nak makan dulu, pastu kita gerak jom. " Azwan menjelaskan pada rakannya. Sedang mereka semua hendak keluar dari kelas, ternampak kelibat Cikgu Timah di luar pintu kelas. Dengan muka kecewa, dia berlalu pergi. Azwan tergamam, diam.