Thursday, April 28, 2011

hmm banyak sangat nak cakap sampai tak tau nak tulis apa dah.

sorry

Saturday, April 23, 2011

Im coming home.

 spring baru je habis. haha.

#***********************#

seriusly, spring semester memang menjanjikan kepenatan seribu batu kepada para pelajar dan kesibukan tahap maksima. dan semester ini telah mengajar supaya menggunakan masa sepenuhnya untuk menyiapkan segla bnda tugasan yang ada. tapi, macam biasa la, procrastinate je mamanjang. haha . last2, aku terpaksa menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh lagenda iProkas-tinate, Yusri dan Fikri iaitu kaedah 'EMERGENCY SLIDE'. basically, kaedah ni asalnya cuma valid untuk assignmnt presentation yang mana, memang kena guna power point, tapi lama kelamaan, kaedah ini mengalami evolusi/revolusi/adaptasi/etc dengan keadaan sekeliling dan kini boleh diguna pakai untuk pelbagai bentuk assignmnt.



berbalik kepada cerita asal, selepas cuti seminggu, summer semester akan memulakan rentaknya(apa benda aku cakap ni). seperti yang digembar-gemburkan, summer adalah sem yang sangat relax dan boleh mati kebosanan sebab takda keje(ni cerita orang, jgn percaya sgt). jadi, mungkin ramai pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa  assignment berlambak ni. hinggakan ada yang nak cari kerja part time gara-gara ingin memenuhi masa lapang yang diberikan summer. bagus juga, isi masa lapang, isi ilmu di dada, isi duit poket, isi perut dengan staffmeal(klu keje restoran la).

by the way, aku tak jamin masa cuti kat rumah akan jadi seseronok seperti di kolej(walaupun gila busy, aku tau tu). seperti yang dijangka, rumah akan jadi sangat plain, dan aku pun kadan2 kurang faham, kenapa ramai orang yang suka update status, 'yeay, dah balik' , 'im home sweetie baby' apa la mcm2 status, sedangkan. aku tak dapat rasa macam tu. adakah aku kurang menghargai nikmat balik rumah? in a way, lebih kurang macam tu la. mana tidaknya, baru first day balik, dah HAMPA gila tak dapat celebrate besday lecturer kesayangan. sedih plus kecewa. argh! sorry sir ikhwan, takd dapat datang hari tu. lain kali kita celebrate k. saya belanja.

dan kebetulan waktu cuti seminggu ni terdapat hari penting dalam kalendar google aku. huhu tak sabar. how to celebrate it? old folks said, repeat the day. so, "can i have a regular set of double cheeseburger please? that's all. thanks. " MY


*****************

dah pukul 2, ramai pulak orang kat mcD ni. tengok2 muka macam nak duduk, jap er, nak kemas2 laptop. bye.

Thursday, April 7, 2011

SPRING INI.

Benar. memang benar apa yang diperkatakan senior aku setahun yang lepas - SPRING MEMANG HECTIC!
aku ingat ni cuma propaganda untuk memastikan para pelajar lebih berdisiplin, rupanya segala yang diceritakan benar belaka. Aku ingat lagi, Kak Alai cerita tentang bussines project, last day nak hantar assignmnt, tak tidur, arghh. dan semua tu berlaku pada hampir semua rakan aku, termasuk aku sendiri.

Tapi, disebalik kesibukan yang melanda ni, ada benda yang aku belajar, ada benda yang aku rasa puas, iaitu bila tanggungjawab dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan, bila amanah dapat ditunaikan. Gembira sungguh, rasa puas, ya itulah perkataan dia. PUAS. macam2 yang aku lalui, I Kaspro, KO PLN, ambil projector hari2 smpai kena marah(haha hilang extension?), berLOMO, Olimpiad, dan macam2 lagi.

dan seriously, assignmnt yang banyk2 ni memang akan buat perasaan kerja cuci pinggan lagi best dari study kat intec. YA! memang leceh, penat, bosan, stress, bengang, tension, etc bila assignmnt berlambak masuk dlam TO DO LIST. erghh. tapi takpe, ada mereka yang masih sudi memberi semangat, yang akan kata boleh bila aku kata tak boleh, yang akan bersama ketika aku keseorangan buat essay, yang akan ucap selamat pagi selepas bangun pagi, aku gembira, terima kasih.