Sunday, December 26, 2010

Pemadam oh Pemadam

Salam.

23 Disember 2010. Aku pergi ke sebuah kedai buku bersama seorang teman dengan tujuan membeli beberapa jenis alatulis.

Tatkala aku sedang mencari pemadam, aku terjumpa pemadam Faber Castell Dust-Free yang di'pack' di dalam plastik ala-ala 3 in 1. Dan aku lihat harganya amat murah, iaitu 99 sen sahaja(anggaran RM1, maka sebiji hanya 33sen). Namun, aku tidak terus membelinya kerana ingin membuat survey dahulu. Tak lama kemudian, aku terjumpa lagi, pemadam Faber Castell 3 in 1, tetapi kali ini, di'pack' dengan berlatarbelakangkan kotak (gambar hanya untuk tujuan illustrasi sahaja) dan berharga RM2.70 yang mana bermaksud, satu = 90 sen.


Tidak lama selepas itu, aku terjumpa lagi, pemadam yang dijual secara sebiji-sebiji dan setiap satu bijii berharga RM1. 

Di sini, aku hanya mahu simpulkan bahawa terdapat kedai yang menjual sejenis pemadam tetapi dijual pada 3 kadar berbeza (33 sen, 90 sen dan RM1). walhal, pemadam tersebut adalah dari jenis yang sama, iaitu Faber Castell Dust-Free Eraser 7085.Mengikut kajian yang dijalankan, Faber Castell hanya mengeluarkan 4 jenis pemadam dan lagi tiga jenis ialah Dust-Free Eraser 7086, Dust-Free Eraser 18 71 20 dan Dust-Free Eraser 18 75 28. Sungguh aneh lagi pelik. Adakah ini juga salah satu konspirasi dan agenda-agenda Yahudi? Haha fikir2kanlah..

p/s : selalulah membuat survey sebelum membeli  :D

2 comments: