Pagi tadi, aku pergi ke tesco untuk membeli selipar, bateri dan 2 paket sosej nutriplus.aku pun beratur untuk membuat bayaran. "lepas pakcik ni, giliran aku pula", hatiku berbisik. malangnya, pakcik depan aku ni ada masalah sikit..memang lama la sangkut..tension betul. nak tak nak, terpaksa la aku ke kaunter bersebelahan.. tapi panjang pula queue dia.. hmm nak potong q, rasa bersalah pula.. tapi aku ada hal lain yang nak disiapkan..kalau nak diikutkan, aku sepatutnya dah lama dah keluar tesco tu.. tapi, patut ke aku potong? atau aku kena beratur kat belakang..bagi pihak diorang pula, patut ke diorang kesian kat aku..atau patut ke diorang berhujah atas nama keadilan?(jangan memotong..penat nak tunggu nnie..)
APA PENDAPAT ANDA?
aku bagi satu lagi kes, katakan lah... ada dua orang sahabat baik. A dan B, A ni sangat rajin study dan akhirnya, menjadi seorang yang berjaya dan kaya. B ni pula malas, dan pendek cerita, gagal dalam hidup, merempat tepi jalan. satu hari, ditakdirkan A berjumpa dengan B, dan ketika itu, B memegang sepanduk yang tertulis, "kasihani lah aku.. bantulah aku.." dalam kes ni, patutkah A merasa belas kasihan? sebagai seornag manusai yang punya hati perut, mestilah dia kena tolong B. tapi, adakah B patut ditolong atas sebab dia sebegitu,sedangkan dia jadi sebegitu sebab dia dulu seorang yang malas..tak adil kalau A tolong B, penat dia belajar, bwerjaya, akhirnya kesenangann itu senang2 je dihulur kepada B yang tak buat apa2.. tapi, kalau tak tolong, di mana letaknya hati budi seorang manusia? fikir fikirkan la..
satu lagi kes, ada X dan Y, diarahkan untuk menduduki ujian matematik(algebra dan geometry) dan hanya diberi 30 minit untuk revise kedua dua topik. X pun mengambil 15 minit untuk baca geometry tetapi Y hanya bermain main saja.. lagi 15 minit saja untuk study algebra, lalu datanglah Y untuk meminta X mengajarnya geometry.. ok. apa pendapat anda? patutkah X korbankan 15 minit untuk ajar kawan dia geometry, atau jadi selfish sikit dengan biarkan Y dan terus study algebra..kalau X tolong Y, tak adil untuk X sebab dia tak dapat study algebra,nanti silap2 fail ujian.. lagipun, sapa suruh Y main2 tadi.. tapi, kalau tak tolong, bukankah itu mcm berlagak sombong umpama tak mahu tolong kawan yang tak pandai..
kesimpulannya, anda simpulkan sendiri.
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
awk, bila awk ckp mcm nie, baru sy sedar. sy selalu tertanya benda yang sama juga. mungkin selama nie mind sy belah yg subconcious yg alami. jd, i dont bother la kot.
ReplyDeleteoh..ok..this is the one that i have told u that night..and your arguments at that time are acceptable i guess..
ReplyDelete