Friday, July 30, 2010

keliru

pagi itu cerah sahaja, hinggalah sekitar 11 pagi, tiba2 hujan turun dengan lebatnya. sangsi, "Apsal la hujan lak tibe2 nie..". ketika itu aku berseorangan, berjalan di laluan pejalan kaki (berbumbung) untuk menuju ke kelas. aku tidak boleh lewat lagi, habis nanti kena mark dengan lecturer. Sedang aku melebarkan langkahku supaya cepat sampai ke kelas, tempias air hujan singgah di baju dan mukaku.haish, teringat aku kepada peristiwa manis yang seringkali diirngi dengan kebasahan hujan.

senyum. tersenyum keseorangan sambil dilihat oleh orang yang lalu-lalang. adakah aku sedang merasai nikmat kehidupan? atau mungkin dibayangi oleh keresahan dan kekeliruan. sabar aku menanti, menunggu untuk hari itu tiba lagi. barangkali pada ketika itu cuaca sudah mula membiasakan diri dan tidak lagi mencemburui orang lain. pada ketika itu jugalah, staff-staff haagen dazs akan berusaha untuk memuaskan hati kami, pelanggan mereka. dan mungkin juga, hari aku akan menjadi lebih baik dari hari-hari biasa. bak kata pepatah "bagai si nelayan mendapat ikan".

aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang, walaupun sedikit kerisauan, tapi tak mengapa. aku juga seorang manusia biasa. ada tugas yang perlu dilaksanakan, amanah yang mesti ditunaikan. yang pasti, harinya akan tiba, apabila seseorang yang dikatakan sedang menuntut kuasa psikik itu, didatangi oleh seorang (yang kononnya) ahli psikik. masa adalah masa, bukannya masalah. yang penting, jujur dan kepercayaan.


" i'll be better when i'm older, i'll be the greatest fan of your life "
                                                                          -hlovate-

No comments:

Post a Comment