Thursday, June 24, 2010

hari riang gembira

Pukul 4 pagi, aku terjaga, terdengar bunyi hujan yang kuat. "hmm susah la kalau hujan..macam mana nak keluar nanti..", fikirku. Setelah solat subuh, aku penerima pesanan ringkas SMS dari rakanku, ucapan selamat paginya sudah cukup untuk membangkitkan aku dari rasa mengantuk ingin tidur. Lantas, aku keluar dari rumah, menjenguk ke pagar. Rupanya, tidak hujan pun. haha apa yang aku dengari pagi tadi? HANTU? tak mungkin. tapi, ku endahkan saja. ada perkara yang lebih penting menanti ku.
asdadasdasdsdsdddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd
Selepas selesai mandi dan bersiap, aku menunggu babysitter yang menjaga adik-adikku, Kak Mus untuk tiba. Ketibaan beliau tepat pada 8 pagi membolehkan aku meng'handover' tugas menjaga kanak-kanak di rumah. hahaha, gelakku seorang diri. Pukul 8.45, aku berjumpa kawanku di bus stop. Dari sana, kami menaiki bas ke stesen komuter KTM Klang. Setibanya kami di sana, aku bergegas membeli tiket ke KL Sentral. Harap harap tren akan segera sampai.. 10 minit berlalu, tren yang ditunggu tunggu muncul juga. Kami duduk di koc paling belakang, agak selesa di situ, sejuk dan tidak padat dengan orang.
Perbualan kami memecah kesunyian. Pelbagai topik dibualkan, pelbagai 'repekan' dilontarkan, pelbagai pendapat dihujahkan. Sedar tidak sedar, setelah hampir 45 minit perjalanan, tiba juga di destinasi yang dituju.

asdadasdasdsdsdddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd
"Nak makan dulu ke? Nanti lapar.." tanyaku, menyedari rakanku yang masih belum lagi bersarapan kelihatan agak lapar. "takpelah..dah pukul berapa dah ni.. nanti lambat." jawabnya. Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan ke Suria KLCC. Lebih dekat, dan cepat, berbanding ketika menaiki KTM sebentar tadi. Ketika sedang dalam perjalanan menuju ke TGV, aku bertanya sama ada ingin menonton wayang dahulu, atau pergi ke Petrosains dahulu. Beliau yang seperti tidak mahu membuat keputusan, bertanya tentang pendapat ku. Setelah dibincangkan dengan teliti, akhirnya kami bersetuju untuk menonton wayang terlebih dahulu, pada ketika itu, jam menunjukkan 11.30 pagi., beratur dan membeli tiket, KARATE KID, 12.30 PM, 2 ADULTS.   
                                                                                                                                                                                                                                   
Lebih kurang sejam lagi sebelum tayangan bermula, masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk mengalas perut. Menggunakan eskalator untuk turun ke tingkat bawah dan membeli pretzel berperisa Parmesan Cheese dan Sour Cream and Onion sebelum berjalan kaki di KLCC Park. Mungkin rakanku itu berasa sedikit kecewa kerana tidak membawa Alpha 230 bersamanya (ramai orang bawa DSLR pada ketika itu). Tepat 12.20 tengah hari, pretzel yang dibeli sudah habis dimakan. Kami mula berjalan masuk ke Suria KLCC. Huh, memang sejuk bila masuk dalam. Air mineral sejuk dan iced lemon tea dibeli sebelum memasuki panggung wayang. Mengambil tempat duduk, dan cerita pun bermula. Aku semakin kesejukan. Huuu~
   
Dua jam setengah berlalu, cerita pun habis. Kami turun untuk bersolat dan kemudian naik semula ke tingkat atas untuk ke Food Court. Sudah lapar, mahu makan tengah hari pula. Dua nasi lemak biasa,dan duduk berhadapan dengan tingkap. Tapi cuma rakanku saja yang nampak pemamdangan di luar, aku pula hanya menikmati pemandangan orang ramai lalu lalang berjalan jalan. HAHA ini gara gara sikap gedik yang mungkin sukar ditafsir oleh orang biasa. Apabila perut sudah diisi, tenaga juga mula dijana. Perjalanan diteruskan ke tingkat atas. Kali ini, Petrosains menjadi sasaran.
 
"Petrosains, dua orang. Erm.. kad kelab Taha boleh guna kan?" haha tak sia-sia aku menjadi ahli kelab Taha. Dapat juga diskaun. Menjimatkan. Pengembaraan kami bermula dengan The Dark Ride. Memang gelap pun, sesuai dengan namanya. Kami pun berjalan lagi, menyentuh tiub plasma, menghidu bau udara yang penuh dengan sulfida, bermain kapal terbang, melihat cermin aneh, dunia infiniti, menguji heartbeat, alfa beta di dalam otak (okay, kali ini kemenangan memang miliknya.aku kalah..haha), membuat strategi di litar lumba(kalah lagi.. adui) dan macam macam lagi lah. Tatkala jam sudah hampir 5.30 petang, fasilitator di situ pun sudah mula menunjukkan isyarat yang tersendiri (waktu operasi hanya sehingga 5.30 petang). Kami yang mula memahami isyarat kinayah mereka segera menghabiskan pengembaraan kami, yang berakhir dengan The Exit Ride (lebih kurang macam Dark Ride, cuma kali ini, baju kami ber'glowing'). Ucapan terima kasih dari kami atas perkhidmatan yang begitu memuaskan., sungguh ramah mesra.
 
Fuhhh...sudah banyak tenaga digunakan. Hari pun sudah petang, mungkin bergerak pulang segera merupakan pilihan terbaik pada ketika itu.
 
"Ding dong~~ (bunyi yang biasa kedengaran sebelum pengumuman dibuat di stesen KTM, aku tahu bunyinya mungkin sedikit berbeza dari yang dinyatakan) tren ke pelabuhan klang dijangka akan tiba pada 6.28 petang." masih ada beberapa minit lagi sebelum tren sampai, orang ramai pun sudah mula bersesak sesak. Memang penat, sebab sudah nama pun berjalan. Kalau tak nak penat, duduk saja di rumah. haha.
 
                                                                                                                                                                                                                    Aku tiba di rumah lebih kurang jam 8.15 malam. Agak lewat rasanya. Tapi, apa pun aku tetap seronok dan puas dapat menghabiskan masa sehari suntuk bersama rakanku itu. Pelbagai perkara dikongsi bersama, riang, gembira, sedih, duka, dan semuanya lah. Masih ada seminggu lebih sebelum aku mendaftarkan diri ke kolej. Aku harap ini bukan kali terakhir aku dapat berjumpa dengannya sebelum 4 Julai nanti. Aku masih belum ada apa apa difikiran, namun bagi yang memahami, sebagai nelayan.. hmm sebenarnya, mungkin ada. Mungkin. :)

4 comments: