Sunday, August 22, 2010

sesal.sabar.sedar.

hmmm tak sedap hati? sedih? bimbang? atau hanya sekadar risau dan runsing memikirkan perkara yang tidak penting dan tidak sepatutnya difikirkan? (berhenti sebentar, betulkah tidak penting? mari imbas kembali..)

SPM berakhir dengan keputusan yang memuaskan. Alhamdulillah, syukur...lalu, tugas seterusnya bermula; pencarian biasiswa-biasiswa untuk aku melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej/universiti. Banyak penaja telah ditemui, namun tak semua menawarkan tajaan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains aktuari. Oleh tiu, hanya beberapa penaja sahaja yang menjadi sasaran aku; Khazanah, MARA, dan BNM. Akhirnya, hanya MARA yang sudi menemuduga aku. Khazanah dan BNM seperti malu-malu kucing saja. Tatkala menyiapkan diri aku dengan segala macam pengetahuan am bagi menghadapi para penemuduga-penemuduga MARA yang akan aku temui dalam masa lebih kurang seminggu lagi, aku mula rasakan bahawa aku kini tertakluk kepada masa-masa yang telah diperuntukkan secara langsung. Dalam bahasa mudah, aku hanya mengikut arus hidupku. Setiap hari, jadualku sama saja. Bangun pagi, pergi kerja. Balik malam, tidur. Bangun pagi, pergi kerja, balik malam, tidur. Hinggalah pada hari temuduga itu, selesai saja temuduga, aku rasakan bahawa aku gagal melakukan sebaik yang mungkin. Habis kena tembak dek interviewer yang bertanya dengan penuh tenang seperti baru selesai menikmati keindahan flora dan fauna. Perkara pertama yang aku tahu selepas itu; tawakkal.

Beberapa hari kemudian, rakan sekerjaku memberitahu aku sesuatu, sesuatu yang akhirnya menyedarkan aku bahawa hidup ini bukan lah sekadar untuk dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seharian. Aku mendapat tahu bahawa ada saudara rakanku itu yang turut mengambil bidang yang sama dengan aku, iaitu sains aktuari. VOILAH! Sungguh gembiranya aku apabila mendapat tahu ada juga orang di sekitar tempat tinggal aku yang turut berminat mengambil bidang ini. Dari situ, aku mula mengenali rakan baruku itu. Rupanya, dia juga turut bekerja sebagai pekerja sambilan, sementara menanti tawaran ke kolej.Sejak itu, aku mula mengetahui bahawa dunia ini lebih dari sekadar Bima Sakti dan cakerawala bersama bintang-bintang.Aku kini mempunyai teman baru, teman yang mana aku dapat kongsi dan cerita segala macam kisah dan masalah. Dialah penghibur hati.Masa berlalu, dan hari-hari aku kini lebih ceria serta penuh dengan senyuman.(kadang2, dia tu mcm budak kecik.. memang mengada.. hehe klaka..) Aku bersyukur dapat kenal dengan seorang yang macam dia.

Cuma, aku saja yang tak pernah nak hargai orang lain. Sering saja membuat orang lain sakit hati dan terasa dengan aku. Mungkin aku tak pernah cuba untuk menjaga hati orang lain. Betapa teruknya aku ni.Aku sepatutnya lebih memahami keperluan orang lain lebih dari diri sendiri, tapi ini tidak. Aku selalu pentingkan diri sendiri, tanpa memikirkan diri pihak yang lagi satu. Kali pertama mungkin dapat dimaafkan, tapi kali kedua, ketiga.. harap maaflah.

Sesetengah orang berpendapat, dengan melihat pemandangan yang cantik dan menghirup udara segar, kita dapat memberi ketenangan kepada diri dan minda. tapi, bagi aku, aku lebih suka mengikut cara yang lain; cara yang aku rasakan lebih bermakna-melihat ikan berenang dan mendengarnya bernyanyi, 'huhahuha~~'.

2 comments: