Sunday, August 8, 2010

rasa. perasaan.

gembira. mungkin, ini bukan lah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan aku sekarang. rasa bersalah? hmm aku tahu, aku selalu menyusahkan orang lain. hampir setiap perkara yang aku buat pastinya akan menimbulkan kesusahan bagi pihak yang satu lagi.

walaupun mengetahui bahawa aku tak sepatutnya berbuat demikian, tapi entah kenapa, aku tetap berdegil. aku tak sepatutnya memaksa orang lain menghantar dan membawa aku ke sana sini, semata-mata untuk membeli barangan keperluan sekolah. sedangkan pada hakikatnya, itu bukanlah tujuan utama aku-itu cuma sekadar sebagai alasan, yang tak berapa kukuh- kerana yang sebenarnya, aku cuma mahu menggunakan masa yang ada sebaik mungkin atas sebab, bukan selalu ada masa-masa yang sebegini. belajar dan tinggal di tempat yang berlainan tidak memungkinkan akan adanya masa-masa untuk diluangkan seperi ini-drive di highway, makan donat, beli ring file. siapa tahu, tatkala aku sedang merasai kegembiraan ketika itu, mungkin ada yang sedang berasa bosan atau tension dengan kerenah aku yang tidak habis2 menjengkelkan. memahami keadaan yang mahukan setiap urusan dilaksanakan dengan kadar yang tinggi(dalam erti kata lain, laju dan cepat), aku mula dapat rasakan diriku memikul kesalahan yang besar. walaupun tidak diterjemahkan melalui kata-kata mahupun ekspresi muka, aku dapat rasakan, ada sesuatu disebaliknya.

perjalanan berakhir di kolej cendana. diisi dengan senyuman, dan riang tawa. harap2 selamat sampai disana, destinasi terakhir lot  1815.

"isyraf maksud dia degil er?"

3 comments: