Thursday, September 2, 2010

A replied missive.

Jam sudah menunjukkan pukul 7.20 pagi, namun aku masih lagi terbaring di atas katil. Hmm, test pre calculus yang menjadi igauan ramai akan bermula dalam masa satu jam 40 minit lagi. Mengantuk ditambah penat, memang terasa berat badan untuk bangun dan membersihkan diri. Namun, ku gagahkan jua diri ini. Berjalan menuju ke meja belajar, mencapai kamus dan mencari perkataan baru untuk hari ini. Haa, jumpa! 'Trivial'. Aku segera menggapai telefon bimbit dan menaip sesuatu. Kemudian, terdengar seperti ada suara yang memanggil namaku. ohh,, katilku rupanya. Aku terus menyahut.

Buka mata, sudah 30 minit berlalu. 7.50 pagi. bingkas aku bangun untuk membersihkan diri dan bersiap. Tidak lama kemudian, kedengaran suara salah seorang rakanku bertanya sesuatu.

Kawan : Weh, ko tido pukul baper mlm td? aku tgk pkul 3 pun terang  lagi kat luar tu.
Aku      : erm,, pkul 3 lebih. aku buat keje writing. kna hntr ari nie..
Kawan : ko tak stdy ke? aku tgk ko mcm tak study ape je. asyik dgn facebook je.
Aku      : nak gi stdy la ni.. kan ada masa sblum msuk dewan nnt. dlm keta pun bleh bace..
Kawan : ko nmpak mcm pelik je lately. org stdy, ko facebook. org tdo, ko bgun. apsal? ko lain mcm je dowh..
Aku      : takde mende la. sbb assgnmnt bnyk tak siap kot.. haha ape r ko. nnt nak gi ngn sape?ko balik terus ke lpas test?
Kawan : a ah..weh, cpat r. sape nak ikut aku turun cpat..

Cepat2, aku memakai kasut dan turun ke bawah, sambil memegang buku pre calculus penuh erat di dakapanku. Perbualan antara aku dengan rakanku tadi membuat aku tersedar, rupanya aku belum pun lagi mentelaah buku tersebut. hmm, tak mengapa, perjalanan dari kolej ke INTEC memakan masa 10 minit, sempat tu.

tetapi, ada sesuatu yang menarik perhatian ku. Benarkah apa yang diperkatakan olehnya tadi? adakah aku betul-betul kelihatan seperti 'tidak biasa'? hurmm tak sangka, ada juga orang yang sedar mengenainya. apa yang pasti, aku yakin bahawa emosi aku kini dalam keadaan tidak berapa stabil. bermacam macam perkara bermain difikiran aku. kadang kala, aku terfikir,  kenapa aku begitu bodoh kurang pintar dalam melakukan sesuatu? mengapa sering ada saja silapnya..dan apa yang paling teruk, ialah jika kesilapan itu tidak boleh dibaiki.

                                                   *****

Risau, itu yang sering berlegar legar dalam fikiran aku. takut, perasaan yang semakin kerap mendiami diri aku. muram, jelas menggambarkan diri aku sekarang. aku benar2 menyesal, tapi apa yang aku bimbang ialah sekiranya penyesalan itu tak berguna lagi. aku sedih, mengapa perlu begini. semuanya baik sahaja sehinggalah aku membuatkannya tidak lagi 'baik sahaja'. pernah aku jumpa seseorang, tapi itu cuma sekadar menyedarkan aku bahawa di dunia ini, ada sebab mengapa lelaki dan perempuan berkahwin, ada sebab mengapa remaja kini mudah terleka. itu cuma pengajaran dari peristiwa lalu, tiada kaitan dengan apa yang aku rasakan sekarang. perasaan aku terhadap manusia memang berbeza. cukup sekadar mengandaikan terdapat seorang ini, berjalan di kedai alat tulis, dan ternampak olehnya sebatang pensel yang begitu antik dan unik. ya, dia mungkin tertarik dengan keunikannya, (tipu la klu ada orang cakap kereta ferrari tu tak cantik, apa yang fakta, akan kekal sebagai fakta) tetapi itu cuma sekadar tanggapannya sahaja, dan dia sedar, pensel itu sukar untuk diguna dan dijaga disebabkan saiznya yang besar dan ianya tidak fleksibel.namun, apa yang sering bermain di fikirannya ialah alangkah seronoknya dapat menulis dengan pensel yang dimilikinya sekarang, lebih lembut dan selesa, pensel itu pula ialah pensel yang digunakan ketika menghadapi peperiksaan. sangatlah sayang oleh dia akan pensel itu, dan takut jikalau dia kehilangan pensel tersebut.apa yang dilalui olehnya bersama pensel itu membuatkan pensel itu sangat berharga..dan tidak pula dia sanggup untuk melakukan apa-apa yang dapat men'damage' pensel kesayangannya.apa yang utama, perhatian yamg diberi terhadap pensel itu tidak pernah pula diberi kepada pensel2 yang lain.

aku kini hanya mampu terus berharap, dan berdoa agar dibukakan hatinya. segalanya lebih baik jika keadaan kembali pulih seperti sediakala, seperti waktu waktu gembira dahulu, waktu waktu dimana turun dari kereta kehujanan, waktu bergegas untuk mendapatkan train ke klang dari subang(tapi terlambat), waktu waktu berjalan menerusi Petrosains, waktu kelihatan comot tatkala menjamah pretzel auntie anne. waktu seperti itu, kekal. bila mana aku bangun dari tidur nanti, rupanya aku sedang tersenyum sendiri. waktu itu, masih baru lagi, di pekan meru, 20 april lalu.

3 comments: