Selepas balik dari kelas...
******
Aku cepat-cepat balik ke dorm. Terus berbaring. Memang penat belajar dekat sekolah asrama ni. Lepas kelas je, ada prep. Kalau tak prep, ada la ceramah segala bagai. Tak ada masa rehat langsung. Time interval antara prep dengan lunch je la masa yang sesuai nak rehat sambil-sambil dengar lagu. Kebanyakan kaset aku yang lain dah rosak. Tinggal 4-5 kaset je yang boleh pakai, walkman ni pun dah ada gaya nak rosak. Janji boleh dengar lagu, sudah la.
******
"wey, apa salah tu.. bukan Lala Lala Lumpur la..nyanyi pun boleh salah..spoiler betul", tegur rakan sekelas aku merangkap teman sebilik. Dia memang pakar kalau bab-bab industri hiburan ni. Maklum lah, kalau hujung minggu mesti pergi jamming. Kalau ada gig mana-mana, tak boleh tak join.
Aku mana la reti sangat lagu Mizz Nina nie. Laju sangat dia nyanyi, boleh tergeliat lidah.
"Lek la.. lagu je pun.. " dengan malasnya aku menjawab.
******
Macam biasa, lepas maghrib mesti ada bacaan yasin. Maklum la, nak dekat musim exam katakan. Surau pun makin selalu penuh sejak kebelakangan ni. Ada yang datang nak solat hajat, tadarus, rehat-rehat, study, tidur.
Tiba-tiba hari tu rasa nak baca yasin lagi sekali. Malam tu, sebelum tidur, aku ingat nak buat bacaan yasin sendiri dekat bilik. Rakan sebilik aku tengah buat kerja rumah. Nak four flat katanya. Aku ajak sekali. Dia on.
*****
"Besmillahirrahmanirrahim.. "
"wey, salah tu, bismillah.. bukan besmillah..(sebutaan base-meal-la)..
Aku tegur bukan sebab apa, takut nanti lari maksud je. Kalau salah lirik, spoil lagu je..kalau salah baca Quran, spoil ayat-ayat Allah katanya.