Lagu Rocketeer berkumandang menandakan alarm clock milik rakan sebilik berbunyi. Dah pagi. Arghh..malasnya nak bangun.
6.20 pagi.
Aku bangkit, tapi terasa sakit yang teramat. Aduh, sakit di dada kembali terasa. Rasanya dah elok sejak minggu lepas, tapi entah kenapa datang semula.segera aku mandi, solat dan bersiap.
Test pada 9 pagi, dan sejam sebelum tu lah baru aku sibuk membuka buku. heshhh tension cuma Tuhan yang tahu. segala bagai nak dibaca dalam masa sejam itu. bersandarkan ilmu di dada dan nota ringkas dari buku, aku bawa bekalan itu ke dewan.
*******
seperti dijangka. jawapan macam apa, entah apa yang aku fikir, susah segala. lantaklah, test terakhir dalam masa 2 minggu lagi. itulah harapan aku. yang tadi tu, biar. entah kenapa rasa macam tak pernah belajar pasal error approximation segala semua.
********
kelas petang bermula pukul 2. aduh, kelas petang, mengntuk ni.
nasib baik mr vincent tu macam kelakar sikit. ah, sakit kepala tiba-tiba datang. pening teramat. aku rebahkan kepala di meja Ilman, tapi bangun semula, khuatir dimarah mr vincent. ah, sakitnya. aku tak mampu mendengar lagi, terus terlelap.
petang yang panas, aku terbaring. memikirkan hari yang malang. baru hari pertama, belum kedua, ketiga. tunggulah. apa2 yang jadi, doakan aku selamat.
Sunday, June 5, 2011
Friday, June 3, 2011
Malaysia : Ke Arah Sifar Rakyat Miskin 2011
Zaman sekarang ni, ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara atas alasan mahu mencari wang dan sumber pendapatan. Kata mereka, di Malaysia saingan cukup tinggi, nak kerja Domino's pun kena interview dulu, tu pun belum tentu dapat kerja. Bila dapat, gaji pula sikit.
Bila dibandingkan kerjaya di negara luar, contohnya, Amerika. Kerja sambilan sebagai pencuci pinggan di restoran pun boleh dapat pulangan yang lebih lumayan dari kerja dekat Rasamas di Malaysia.
Tapi, ingin saya tegaskan disini bahawa orang yang berfikiran seperti mereka di atas ini mempunyai fikiran yang sangat sempit kerana mereka masih tidak tahu betapa Malaysia lah tempat terbaik bagi menjana pendapatan yang tinggi. Tak perlu susah-susah ke luar negara nak cari kerja kononnya nilai matawang disana lebih tinggi dan sebagainya. Mengarut je. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya berpeluang untuk menjana pendapatan yang tinggi pada masa kini.
Kenapa saya berkata begitu? Tak percaya? Kalau tak percaya, cuba anda masuk ke laman sembang sosial atau laman laman blog yang terkenal, pasti akan terjumpa benda benda di bawah ini.
Begitu mudah sekali menjana pendapatan sehingga beratus ringgit sehari. Tak perlu susah payah belajar jauh2 jadi doktor, kena buat housemanship segala bagai, tak payah nak tunggu 20 tahun cipta teknologi baru untuk kaya, dengan mengamalkan petua di atas, rakyat Malaysia kini mampu mengatasi kekayaan yang dicapai jutawan terkemuka seperti Donald Trump dan Bill Gates.
p/s : kehkeh.

Wednesday, June 1, 2011
Saturday, May 28, 2011
Nilai. Penghargaan.
Cepat-cepat Zaed menuju ke bilik Ilmann, berlari ke sana semata-mata nak mendapatkan cheat untuk game Pokemon Blue.
Maklumlah, kalau dah ada sepuluh ribu masterball, memang confirm menang lah lan. "Mann, ape cheat untuk infinity masterball?" tanya Zaed.
Hilmann yang sedang sibuk membaca Berita Harian Online mencapai pen dan kertas, lalu menulis sesuatu lantas diberi kepada Zaed. "Nah, google bnda ni. Aku x ingt full code dia.Nanti dah menang, bagitau aku.Tapi nnt klu boring sbb dah asyik menang, jgn cari aku plak. haha"
Sebagai seorang penggemar permainan video, Hilmann memang pakar dalam hal sebegini.
Tiba-tiba, kedengaran suara Hilmann, "Perghhh, dua beradik ditinggal bapa gara-gara gagal dalam UPSR, tapi yang takleh blah, anak perampuan dia yang pndai dia bawak gi bercuti pulak". Tajuk berita yang menarik, macam-macam berlaku zaman sekarang ni. Manusia semakin aneh, hanya anak yang pandai dihargai, yang gagal ditinggalkan.
"Ada ke patut, sedangkan ketiga tiga anak dia tu dia yang besarkan, dia yang 'produce' yang mana bermaksud si anak tu 'produk' si bapa. Tapi macam mana dia boleh bersikap macam tu. Tak fahamlah. Bapak dia ni bengong gile, anak tak pndai bleh pulak dia tinggal mcm tu. Ape la", lantang Hillman bersuara.
Aku keluar bilik sambil tersenyum. Nasib baik kamera analog tak ada butang 'delete' dan memory card, kalau tak, mesti gambar-gambar aku semua sama lebih kurang je sampai bosan tengok gambar scenery dan view yang sama berulang kali. Dan nasib baik juga aku tahu cara hargai gambar yang terhasil dari usaha aku, sebab tu, walaupun gambar tu tak cantik, buruk, aku akan simpan dan letakkan nilai yang tinggi untuk setiap gambar-gambar aku.
p/s : aku tak minat fixie, sebab aku bukan pengikut trend.

Wednesday, May 18, 2011
Biasiswa untuk aku.
"Ayah, angah dapat biasiswa..alhamdulillah.. bulan depan dah kena daftar, kalau ikut tawaran, insyaAllah bulan 7 tahun depan dah fly. Ayah tak perlu la risau pasal duit belanja, sebab nanti semua ditanggung. Angah cuba tak susahkan ayah."
Dah masuk tengah bulan ni. Esok ada talk dari Bahagian Penempatan Pelajar pula.. hmm kalau tak silap, hujung minggu ni dah kena bayar yuran 'english language test' tu..tu je dah beratus, belum campur permohonan universiti, makan malam perdana, visa.. haishhh mana nak korek duit..
"Zam, esok bisnes jadi tak?", tanya aku. Walaupun cuma jual sosej dekat kolej, tapi bolehlah nak cover sikit duit makan.. Seminggu boleh dapat dalam RM40, bahagi dengan rakan kongsi, boleh la dapat RM20.. ok la tu.. Sejak kena bayar macam2, kena la usaha sikit nak cari wang..heshh...
"Ayah sihat? erm, sekarang angah nak kena bayar macam2.. kalau ayah ada RM200 pun jadi la..",itu antara perbualan aku dengan ayah semalam. Aku tak punya duit nak bayar dekat seribu walaupun aku tahu boleh claim balik. Eddy untung la, anak ahli politik, kaya, tak risau pun pasal semua ni. Patutnya duit biasiswa dia dapat kat orang macam aku kot, tak gitu? *suara memerlukan*.
*******
Dah masuk tengah bulan ni. Esok ada talk dari Bahagian Penempatan Pelajar pula.. hmm kalau tak silap, hujung minggu ni dah kena bayar yuran 'english language test' tu..tu je dah beratus, belum campur permohonan universiti, makan malam perdana, visa.. haishhh mana nak korek duit..
*******
*******
"Ayah sihat? erm, sekarang angah nak kena bayar macam2.. kalau ayah ada RM200 pun jadi la..",itu antara perbualan aku dengan ayah semalam. Aku tak punya duit nak bayar dekat seribu walaupun aku tahu boleh claim balik. Eddy untung la, anak ahli politik, kaya, tak risau pun pasal semua ni. Patutnya duit biasiswa dia dapat kat orang macam aku kot, tak gitu? *suara memerlukan*.
Tuesday, May 10, 2011
Halal. Eh, haram?
Malam dah makin gelap. Cuak betul bila jalan sorang2. Tapi langkah tetap diteruskan. Aku cepat berjalan, seram sejuk pula.
Usrah dengan Abang Wan tadi memang best. Abang Wan ni memang suka buat aktiviti usrah ni, kemudian dia memang rajin pun ajak Arif dengan kawannya yang lain untuk turut serta. Maklumlah, senior sejak dari sekolah rendah hingga ke kolej persediaan. Bulan depan Abang Wan nak fly dah, ke Mesir katanya. Aku entah apa la harapan nak fly, pointer pun belum lepas requirement MARA lagi. heshhh
"Korang ni nanti, insyaAllah bila aku dah fly nnt, rajin-rajinlah contact. Facebook ada, Y!M ada...pesanan abang jangan lupa..." kata-kata Abang Wan selalu aku ingat. Macam-macam dah dia pesan kat kitorang, belajar rajin-rajin la, jangan banyak main, ingat Tuhan selalu.. banyak lagi la.. Abang Wan ni memang Islamik pun..jadi memang banyak ilmu keagamaan yang aku belajar dari dia.
"Arif, kau ni tak lama lagi nak fly..tpi kena ingat pointer semua tu...blajar kena rajin, ilmu tu penting. nak senang dapat ilmu, makanan kena jaga, ibadah pun sama..baru hati terbuka nak belajar..halal haram tu penting, klu tak, habis doa tak diterima nanti..jangan nak pergi kelab, tonggeng sana sini, kalau ada sikit yang haram, semua jadi haram."terang Abang Wan bersungguh. "Oh..hmm Abang Wan, tapi kan, kita ni dapat biasiswa dari kerajaan, kerajaan tu pula ada sediakan pinjaman kat student, pastu pinjaman tu kan ada interest, tu dah kira riba' kan? then duit tu kerajaan ambik buat subsidi gula la, petrol la, kasi biasiswa la.. tu haram ke tak tu? Walaupun tak semua, tapi mesti ada sikit2 yang dari hasil riba'. Jadi, kira haram ke tak tu?" tanya aku.
Abang Wan diam, kelu. Tak lama, dia berkata, "Betul jugak ye".
Usrah dengan Abang Wan tadi memang best. Abang Wan ni memang suka buat aktiviti usrah ni, kemudian dia memang rajin pun ajak Arif dengan kawannya yang lain untuk turut serta. Maklumlah, senior sejak dari sekolah rendah hingga ke kolej persediaan. Bulan depan Abang Wan nak fly dah, ke Mesir katanya. Aku entah apa la harapan nak fly, pointer pun belum lepas requirement MARA lagi. heshhh
********
"Korang ni nanti, insyaAllah bila aku dah fly nnt, rajin-rajinlah contact. Facebook ada, Y!M ada...pesanan abang jangan lupa..." kata-kata Abang Wan selalu aku ingat. Macam-macam dah dia pesan kat kitorang, belajar rajin-rajin la, jangan banyak main, ingat Tuhan selalu.. banyak lagi la.. Abang Wan ni memang Islamik pun..jadi memang banyak ilmu keagamaan yang aku belajar dari dia.
********
Abang Wan diam, kelu. Tak lama, dia berkata, "Betul jugak ye".
Subscribe to:
Posts (Atom)