Tuesday, May 10, 2011

Halal. Eh, haram?

Malam dah makin gelap. Cuak betul bila jalan sorang2. Tapi langkah tetap diteruskan. Aku cepat berjalan, seram sejuk pula.

Usrah dengan Abang Wan tadi memang best. Abang Wan ni memang suka buat aktiviti usrah ni, kemudian dia memang rajin pun ajak Arif dengan kawannya yang lain untuk turut serta. Maklumlah, senior sejak dari sekolah rendah hingga ke kolej persediaan. Bulan depan Abang Wan nak fly dah, ke Mesir katanya. Aku entah apa la harapan nak fly, pointer pun belum lepas requirement MARA lagi. heshhh

********

"Korang ni nanti, insyaAllah bila aku dah fly nnt, rajin-rajinlah contact. Facebook ada, Y!M ada...pesanan abang jangan lupa..." kata-kata Abang Wan selalu aku ingat. Macam-macam dah dia pesan kat kitorang, belajar rajin-rajin la, jangan banyak main, ingat Tuhan selalu.. banyak lagi la.. Abang Wan ni memang Islamik pun..jadi memang banyak ilmu keagamaan yang aku belajar dari dia.


********

 "Arif, kau ni tak lama lagi nak fly..tpi kena ingat pointer semua tu...blajar kena rajin, ilmu tu penting. nak senang dapat ilmu, makanan kena jaga, ibadah pun sama..baru hati terbuka nak belajar..halal haram tu penting, klu tak, habis doa tak diterima nanti..jangan nak pergi kelab, tonggeng sana sini, kalau ada sikit yang haram, semua jadi haram."terang Abang Wan bersungguh. "Oh..hmm Abang Wan, tapi kan, kita ni dapat biasiswa dari kerajaan, kerajaan tu pula ada sediakan pinjaman kat student, pastu pinjaman tu kan ada interest, tu dah kira riba' kan? then duit tu kerajaan ambik buat subsidi gula la, petrol la, kasi biasiswa la.. tu haram ke tak tu? Walaupun tak semua, tapi mesti ada sikit2 yang dari hasil riba'. Jadi, kira haram ke tak tu?" tanya aku.

Abang Wan diam, kelu. Tak lama, dia berkata, "Betul jugak ye".

2 comments: