Sunday, May 8, 2011

Rasional ke?

Yes, hari ni hari Khamis. Esok Jumaat, kemudian hujung minggu boleh cuti. Ah, lupa! Ada kem motivasi dekat Johor. Cis, tak guna. Baru nak cuti, dah ada kem pula. Masuk kali ni, dah 4 kakli sekolah aku buat kem motivasi. Dengar cerita, katanya kem ni bertujuan nak membina semangat para pelajar dan menjadikan pelajar lebih rajin serta optimis dalam hidup. Tapi, itu secara idealnya. Realitinya tak semudah itu.

***** 

Sejak sekolah rendah, aku kira dah berbelas belas kali aku pergi kem seumpama ini. Dan seperti  yang diperhatikan, kem ini aku rasa patut tukar nama lah, jadi kem sukahati atau dukahati. Sebab, bila pergi kem macam ini, peserta cuma akan rasa gembira dengan aktiviti yang ada atau pun bosan dengan ceramah bagai, bergantung kepada pengisian program tersebut. Dan hasilnya, aku rasa, objektif tak tercapai pun, dan jika tercapai pun, peratusnya pasti sedikit. Setuju?

***** 

Dan ini membuatkan aku berfikir, adakah program seperti ini sebenarnya membazir? Jika ya, siapa yang sedar akan kenyataan itu? dan jika tidak, apakah rasionalnya program ini? 


p/s : kejap je motivasi tu, lama2 expired la. tahniah kepada yang dapat mengekalkan semangat tu, walaupun golongan ini tak ramai mana.





No comments:

Post a Comment