Friday, June 3, 2011

Malaysia : Ke Arah Sifar Rakyat Miskin 2011

Zaman sekarang ni, ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara atas alasan mahu mencari wang dan sumber pendapatan. Kata mereka, di Malaysia saingan cukup tinggi, nak kerja Domino's pun kena interview dulu, tu pun belum tentu dapat kerja. Bila dapat, gaji pula sikit.

 Bila dibandingkan kerjaya di negara luar, contohnya, Amerika. Kerja sambilan sebagai pencuci pinggan di restoran pun boleh dapat pulangan yang lebih lumayan dari kerja dekat Rasamas di Malaysia.

Tapi, ingin saya tegaskan disini bahawa orang yang berfikiran seperti mereka di atas ini mempunyai fikiran yang sangat sempit kerana mereka masih tidak tahu betapa Malaysia lah tempat terbaik bagi menjana pendapatan yang tinggi. Tak perlu susah-susah ke luar negara nak cari kerja kononnya nilai matawang disana lebih tinggi dan sebagainya. Mengarut je. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya berpeluang untuk menjana pendapatan yang tinggi pada masa kini.


Kenapa saya berkata begitu? Tak percaya? Kalau tak percaya, cuba anda masuk ke laman sembang sosial atau laman laman blog yang terkenal, pasti akan terjumpa benda benda di bawah ini.








Begitu mudah sekali menjana pendapatan sehingga beratus ringgit sehari. Tak perlu susah payah belajar jauh2 jadi doktor, kena buat housemanship segala bagai, tak payah nak tunggu 20 tahun cipta teknologi baru untuk kaya, dengan mengamalkan petua di atas, rakyat Malaysia kini mampu mengatasi kekayaan yang dicapai jutawan terkemuka seperti Donald Trump dan Bill Gates.

p/s : kehkeh.

1 comment: