Sunday, February 13, 2011

Pernah terfikir?

Andaikan situasi ini:

Ali seorang yang pandai. Suatu hari, beliau pergi menemani kawannya bermain skateboard. Secara tak langsung, Ali telah mempelajari sedikit ilmu skateboarding dan cuba-cuba untuk bermain. Dan sejak itu, minat Ali terhadap skateboard makin mendalam. Ali kerap mencari maklumat tentang skateboarding di Internet, bermula dengan sejarah skateboard, cara-cara, peraturan, teknik latihan, dan sebagainya. Beliau juga menyertai forum online tentang skateboarding serta menyertai persatuan skateboarding di kawasan rumahnya.

Ok, cukup dengan itu. Apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah,
• Ali selalu mencari maklumat tentang skateboarding di Internet tanpa rasa malas
• Ali bersemangat untuk mengetahui tentang sejarah skateboarding di Internet tanpa bosan
• Kebanyakan masa diperuntukkan oleh Ali untuk skateboarding tanpa mengeluh.
• Dan semua ini dilakukan oleh Ali kerana satu perkara : MINAT.

Bayangkan kita,
• Baru baca sejarah Islam sikit, dah mengantuk
• Kalau suruh pergi library untuk research pasal kaedah2 hukuman dalam Islam, rasa malas je.
• Lebih 50% daripada 24 jam sehari kita digunakan bukan atas tujuan nak membangunkan Islam.
• Dan adakah semua ini berlaku kerana : KITA TAK MINAT?

Sedangkan, Islam itu pegangan kita, tapi kita lebih tertarik akan perkara lain yang kadang kala melalaikan. Cuba imagine, tukar cerita pertama tadi dengan “skateboard” kepada “Islam”. Pasti Ali akan bersemangat untuk tahu tentang Islam. Sejarah, keunikan, ciri-ciri, asas Islam dan akan cua untuk mempraktikkan Islam.
Jadi, adakah orang yang baru menemui Islam (muallaf) itu lebih baik Islamnya daripada orang yang lahir-lahir sahaja sudah Islam, tetapi tidak tahu menghargai nikmat Islam tersebut?

Sejak dulu lagi, saya selalu terfikir dengan situasi seperti di atas. Saya berdoa agar saya diberi petunjuk. Anda pula?

1 comment:

  1. moga kita semua dianugerahkan kefahaman Islam, insyaAllah :)

    ReplyDelete