Saturday, February 5, 2011

Milikku

DIANA MINI

Setelah beberapa ketika, dapat juga aku merasai kamera analog nie. HAHA PUAS! (lebih2 pulak) tak sia-sia aku berusaha menyimpan duit poket selama nie. sikit2, tapi membuahkan hasil. banyak betul rintangan dalam mengumpul $$ nie. hmm
  • aku cuma minum air suam bila orang lain sedap2 minum AIR BANDUNG FLOAT.
  • biskut luxury(mewah tuu) menjadi pilihan bilamana orang turun gi cafe adfp untuk lunch
  • hari2 gi kelas bawak skit je dalam wallet, supaya tak terbelanja lebih.
  • kalau boleh, hari2 nak dinner nasi lemak je. haha
  • peluang bekerja masa cuti dimanfaatkan sepenuhnya untuk gaji maksimum
dan hasilnya, sebuah Diana Mini dari kedai MOOKS di pavi. walaupun ini adalah kamera analog(macam kamera yang nenek moyang anda guna zaman dulu2) dan memerlukan filem serta perlu dicuci, tapi kepuasannya tiada tandingan. (ok, aku lebih2 lagi) hasilnya perlu ditunggu dan tidak boleh dilihat sebaik sahaja gambar diambil, anticipation untuk tengok gambar tu memang sangat best. hasilnya menjadi misteri tatkala bereksperimen dengan kesan-kesan khas lomo. Lagipun, aku andaikan Lomo adalah salah satu cara menghargai nilai-nilai seni fotografi dengan cara yang tersendiri, atau dalam erti kata lain, "back to basic". Sama macam filem, tak semua cerita best boleh menang kat Festivel Filem.  

haha.. apa pun, aku harap Diana Mini nie akan menjadi kick-start aku dalam dunia Lomo. semoga Diana Mini nie akan memberi buikan saja seribu satu,, seribu dua, malah seribu empat kenangan kepada aku dan orang sekeliling. juga terima kasih kepada raka2 yang memberi dorongan dan bantuan. tidak lupa kepada ibu bapa yang tak marah sebab beli kamera nie. haha

Hari ini, dari aku, jangan jadikan impian hanya semata-mata impian.

6 comments: