Friday, March 18, 2011

Biro TATANEGARA

Cuti mid term selama seminggu yang dinanti-nanti berakhir dengan kekecewaan, sebab rupanya takda cuti pun, tapi ganti dengan BTN.

kem selama 5 hari ni, mcm biasa la. ada ldk, ceramah, kawad bla bla...pada asalnya memang bosan. serius boring tahap dewa. boleh kata 80% dari program ceramah time awal2 tu memang aku tidur.

tapi lepas buat ldk tu, aku rasa something. haha (ceh, macam baru ada semangat r). aku rasa sangat berkobar2 untuk mempertahan maruah bangsa dan agama (ni akibat kena brainwash) namun, mcm biasa la, mesti ada sikit unsur politikus, nama pun kem under Jabatan Perdana Menteri. tapi cara dia convince orang tu memang mengconvincekan . hahaa

hari pertama hanya pendaftaran dan sesi berkenalan. hari kedua pula penuh dengan ceramah yang mengantukkan lagi membosankan. -.-

hari ketiga barulah bermula aktiviti ldk yang mencerna minda. hahaaa baru la best. sesi brainwash dengan fasi, sesi berkreativiti dengan kumpulan, dan sebagainya. lepas tu, ada pulak repelling, memang bertambah best la mcam ni, huu yang paling best bila menang. kehkeh

kesimpulannya, rasa takda la rugi sangat. kuikui makan pun free, test pun senang, relax pun ok la.. cuma dirasakan kurangnya profesionalisme dari fasi.

apepun, saya bangga menjadi anak MALAYSIA! ^^

No comments:

Post a Comment