Saturday, January 1, 2011

Dear Time, please be nice.

Esok. 2 Januari 2011.

Aku dah nak balik ke Intec. arghh macam bosan pun ada. actually bukan bosan, tapi suatu perasaan yang takleh nak describe dengan kata2. ceh, ayat~

Ok. masuk balik kolej cendana pada esok pagi dan daftar intec pagi isnin. semua ni ada maksud k.


  • lepas ni dah masuk spring semester. dengar2 cerita dari senior, sem ni la yang paling hectic tahap lunatic dan fantastic. uishhh takut giler..kalau fall sem yang orang kata honeymoon pun dah semput, ni yang spring lagi la. memang tak cukup nafas dibuatnya. serius kerisauan di dalam kalbu, jiwa raga. Lepas tu, kalau dulu ada book review, lepas ni ada presentation American Cultural Studies yang aku dengar, bakal menelan belanja beratus ringgit (sumber : Gajendran, ACT 4) haihh.. sabar je la..
  • mengikut informasi dari senior, sem ni dari Jan sampai April. So, ada 4 bulan, pastu cuti a few days, masuk summer sem. Maksud di sini ialah, BILA NAK CUTI PANJANG? hmm kenapa lah Intec tak synchronize cuti diorang dengan uni or kolej swasta yang lain?  
  • sem ni juga menandakan bermulanya tahun 2011. tahun yang dikatakan (insyaAllah, klu murah rezeki) sebagai the Last Year in Malaysia before You Go to US. uish, berdebar je bila baca balik. hmm ini bermakna, aku cuma ada lebih kurang 7-8 bulan sahaja. Hmm, seriously, tak suka la bila masuk bab2 macam ni.. rasa macam ada the great loss. aku masih ingat lagi peristiwa 8 May 2010, di KTM Subang, masa tu hujan (dah berhenti rasanya) dan masa tu lah, aku dapat pesanan keramat. Ya, aku takkan lupa. 
  • apa hukumnya kalau kita guna 'what if?' kali ni, aku nak guna sekali je (nama pun kali ni, mesti la sekali je, haha) what if mara bagi aku kolej selain intec? kyuem ke, taylor ke, uniten ke..atau, what if intec tu tempat untuk semua actuary-to-be.  hmm tapi dah tu yang dirancang olehNya, jadi aku sangat pasti itulah yang terbaik bagi semua. 
Hmm.. aku mengeluh? haishh.. harap2 esok baik2 je.. 

p/s : saya masih orang meru. anda? hehe

1 comment:

  1. aku tak tau nak komen apa. tapi nak komen jugak! Tak kira! hahahah

    ReplyDelete