adil. mulia. budi pekerti. define sifat yang baik. apa maksudnya? adakah dunia ini adil? ya, Tuhan itu Maha Adil. tak dapat dinafikan lagi.. tapi, adakah hidup ini adil? adakah kita perlu bersikap baik kepada setiap perkara? pagi tadi, aku mengalami satu situasi yang buat aku terfikir..
Pagi tadi, aku pergi ke tesco untuk membeli selipar, bateri dan 2 paket sosej nutriplus.aku pun beratur untuk membuat bayaran. "lepas pakcik ni, giliran aku pula", hatiku berbisik. malangnya, pakcik depan aku ni ada masalah sikit..memang lama la sangkut..tension betul. nak tak nak, terpaksa la aku ke kaunter bersebelahan.. tapi panjang pula queue dia.. hmm nak potong q, rasa bersalah pula.. tapi aku ada hal lain yang nak disiapkan..kalau nak diikutkan, aku sepatutnya dah lama dah keluar tesco tu.. tapi, patut ke aku potong? atau aku kena beratur kat belakang..bagi pihak diorang pula, patut ke diorang kesian kat aku..atau patut ke diorang berhujah atas nama keadilan?(jangan memotong..penat nak tunggu nnie..)
APA PENDAPAT ANDA?
aku bagi satu lagi kes, katakan lah... ada dua orang sahabat baik. A dan B, A ni sangat rajin study dan akhirnya, menjadi seorang yang berjaya dan kaya. B ni pula malas, dan pendek cerita, gagal dalam hidup, merempat tepi jalan. satu hari, ditakdirkan A berjumpa dengan B, dan ketika itu, B memegang sepanduk yang tertulis, "kasihani lah aku.. bantulah aku.." dalam kes ni, patutkah A merasa belas kasihan? sebagai seornag manusai yang punya hati perut, mestilah dia kena tolong B. tapi, adakah B patut ditolong atas sebab dia sebegitu,sedangkan dia jadi sebegitu sebab dia dulu seorang yang malas..tak adil kalau A tolong B, penat dia belajar, bwerjaya, akhirnya kesenangann itu senang2 je dihulur kepada B yang tak buat apa2.. tapi, kalau tak tolong, di mana letaknya hati budi seorang manusia? fikir fikirkan la..
satu lagi kes, ada X dan Y, diarahkan untuk menduduki ujian matematik(algebra dan geometry) dan hanya diberi 30 minit untuk revise kedua dua topik. X pun mengambil 15 minit untuk baca geometry tetapi Y hanya bermain main saja.. lagi 15 minit saja untuk study algebra, lalu datanglah Y untuk meminta X mengajarnya geometry.. ok. apa pendapat anda? patutkah X korbankan 15 minit untuk ajar kawan dia geometry, atau jadi selfish sikit dengan biarkan Y dan terus study algebra..kalau X tolong Y, tak adil untuk X sebab dia tak dapat study algebra,nanti silap2 fail ujian.. lagipun, sapa suruh Y main2 tadi.. tapi, kalau tak tolong, bukankah itu mcm berlagak sombong umpama tak mahu tolong kawan yang tak pandai..
kesimpulannya, anda simpulkan sendiri.
Monday, October 18, 2010
kata kata seorang guru
Alhamdulillah.. lega betul bila presentation book review dah habis.. Dapat lah juga aku pulangkan buku library yang dah lama gila2 dipinjam tu. nasib baik cuma kena denda 4 ringgit. (tapi belum bayar lagi..haha). radio drama pun dah selesai.. lepas nie, yang belum cuma campaign project je.. huu lepas semua dah present book review masing-masing, lecturer kitorang, Mr. Kamal bercakap mengenai sesuatu. sesuatu yang buat aku tersedar sebentar dari lamunan hidup..
terima kasih mr kamal. although you hate oprah winfrey, it is ok. =)
"when you guys are in the States later, no one will tell you guys about what are the do's and dont's. there, no body will care. use your brain la kalau you nak survive. even though i looked mean, but actually i really wanna see you guys get into the universities and succeed.. kalau aku bagi korang gagal pun, aku bukan ada untung apa2.. so, remember, behave yourself.. this is where you should start practicing and keep in your mind that life is getting harder and harder.."
terima kasih mr kamal. although you hate oprah winfrey, it is ok. =)
Wednesday, October 13, 2010
pesanan buat teman seperjuangan
PANAS. huuu cuaca kat malaysia memang makin teruk. setiap hari panas je.. aku pun dah tak tahan dengan kepanasan ni. tapi, aku tetap bersyukur sebab walaupun aku duduk kat negara malaysia yang panas ni, tapi still negara ni aman dan makmur. bukan macam kat negara jiran kita, huu memang 24 jam menggigil, bukan menggigil kesejukan , tapi sebab ketakutan. Alhamdulillah.. moga-moga malaysia akan kekal aman mcm ni sampai aku tua nanti..
bercakap tentang keamanan nie, sebenarnya semua ni rezeki yang Tuhan bagi.. untung dapat lahir kat negara macam nie, senang nak belajar, hidup, cari rezeki etcetera. tapi kita kena ingat, semua tu tak kekal.. kita still kena usaha untuk dapatkan sesuatu. dalam entri nie, aku nak cakap pasal solat dhuha.. solat 2 rakaat yang dilakukan pada waktu dhuha.. antara fadhilat solat dhuha ni ialah, insyaAllah dimurahkan rezekinya.. bukan susah pun, cuma dua rakaat je, kalau nak hafal vocab SAT lagi lama dari solat 2 rakaat.. Aku ada satu kisah, ynag diceritakan oleh kawan aku kepada aku...
"aku ada 2 orang senior...dua-dua amik course sama..tapi yang seorang tu cuma sampai degree je, yang kawan dia dah ada master..tapi, bila interview kerja (sama company), yang ada degree tu dapat offer, tapi yang ada master tu tak dapat..dia memang frust sikit la..then dia pergi interview tempat lain pula, pun tak dapat juga..kawan dia yang ada degree tu dah start kerja..psatu, dia naihsat kawan dia ni, buat solat dhuha.. setelah beberapa lama, kawan dia ni pergi interview kerja, (company yang lain pula) dan alhamdulillah.. dimudahkan jalannya, dia pun dapat kerja tu.."
dari cerita kawan aku ni, aku boleh buat satu konklusi, rezeki tu Tuhan yang bagi, jadi kita kena la minta dari Dia..buat apa yang Dia suka, tinggal apa yang Dia tak suka.. satu lagi, jangan lupa dengan peninggalan nabi kita, baginda dah tinggalkan untuk kita dua perkara untuk kita ikut.. dalam sehari tu, at least, baca la paling kurang satu ayat Quran.. kalau nak senang, baca dua page,setiap hari.. lagi baik buat benda sikit, tapi konsisten..insyaAllah, banyak kebaikan yang kita dapat nanti.. ni cuma peringatan kepada diri ini dan pembaca.. dalam surah al-Asr, ada bagitau supaya kita saling berpesan.. aku harap apa yamg aku tulis ni dapat dijadikan teladan untuk semua. =)
bercakap tentang keamanan nie, sebenarnya semua ni rezeki yang Tuhan bagi.. untung dapat lahir kat negara macam nie, senang nak belajar, hidup, cari rezeki etcetera. tapi kita kena ingat, semua tu tak kekal.. kita still kena usaha untuk dapatkan sesuatu. dalam entri nie, aku nak cakap pasal solat dhuha.. solat 2 rakaat yang dilakukan pada waktu dhuha.. antara fadhilat solat dhuha ni ialah, insyaAllah dimurahkan rezekinya.. bukan susah pun, cuma dua rakaat je, kalau nak hafal vocab SAT lagi lama dari solat 2 rakaat.. Aku ada satu kisah, ynag diceritakan oleh kawan aku kepada aku...
"aku ada 2 orang senior...dua-dua amik course sama..tapi yang seorang tu cuma sampai degree je, yang kawan dia dah ada master..tapi, bila interview kerja (sama company), yang ada degree tu dapat offer, tapi yang ada master tu tak dapat..dia memang frust sikit la..then dia pergi interview tempat lain pula, pun tak dapat juga..kawan dia yang ada degree tu dah start kerja..psatu, dia naihsat kawan dia ni, buat solat dhuha.. setelah beberapa lama, kawan dia ni pergi interview kerja, (company yang lain pula) dan alhamdulillah.. dimudahkan jalannya, dia pun dapat kerja tu.."
Monday, October 11, 2010
SAT = Senangnya, Aku Tidur.
sudah lama aku nantikan saat ini, terus aku panjatkan syukur pada Tuhan yang Esa..
akhirnya, selesai juga SAT yang memeningkan kepala dengan vocab vocab ynag entah apa-apa.. penat je hafal banyak2, last last keluar dua tiga je..huu tapi takpe, yang penting semua tu dah berakhir, math section dapat dijawab dengan baik, reading section pun ok la.. im hoping for the best. harap2 markah SAT aku ni cukup baik untuk aku dapat offer ke Drake..reading yang payah sikit, math tu kira ok lagi..
habis je SAT, aku, nik ngan apek terus gi sunway.. nasib baik ada fikri, terima kasih la ye drop kan kitaorng kat sana.. cepat2, kitorng cari surau.. lepas tu, pergi makan2, main Wii (buat pertama kalinya..) da tak sangka, menang pula...haha dapatla free merchandise dari DiGi..then makan2 aiskrim kat McD, kemudian, tengok cerita resident evil lak.. haha nasib baik best..kalau tak, buat rugi jer.. malam masih lagi muda(cehhh..) lepas maghrib, pusing2 cari tempat makan, terjumpa la pula PAPA JOHN..akhirnya, persetujuan dicapai untuk dinner di situ..huhu teringat aku kepada seorang kenalan ak ni..lepas makan, rasa penat dan letih mula menyelubungi diri..huu cari taxi, dan balik :)
hari yang seronok. no more SAT, but more fun waiting.
ALHAMDULILLAH...

Tuesday, October 5, 2010
pak guard yang best.
tajuk pada kali ini berkemungkinan besar akan lari sedikit daripada topik yang ingin diutarakan. tapi tak mengapa. kisah bermula pada suatu pagi yang panas...
hari itu hari sabtu, aku masih ingat lagi saat aku keluar dari pagar rumah, aku berjalan kaki menuju ke perhentian bas yang terletak lebih kurang beberapa ratus meter dari rumah aku. tujuan asal aku keluar rumah adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan cikgu aku di gombak.
tunggu punya tunggu, akhirnya datanglah jua bas yang dinantikan. cepat2, aku naik bas supaya dapat tempat duduk. fuhh, siapa yang nak berdiri lama2 dlm bas? bas itu kemudian berhenti di hentian2 tertentu untuk menurunkan dan mengambil penumpang. kebiasaannya, penumpang yang nak turun akan menekan buzzer untuk memaklumkan kepada pemandu bas bahawa mereka ingin berhenti.
lalu, pada suatu ketika, naiklah 2 orang penumpang, kedua duanya lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, seorang memakai pakaian pengawal sekuriti ( pak guard la tu ), seorang lagi hanya berbaju t shirt kolar bulat dengan seluar slack dan selipar. mereka mengambil tempat duduk di barisan hadapan aku seraya berkata, "zaman sekarang dengan zaman kita ni memang jauh beza, tengok tadi, tak ada peraturan langsung. dah tahu ada orang nak masuk, keluarlah dulu. nanti kan sesak dlm bas tu. yang itu nak keluar, yang itu nak masuk, sepatutnya diorang tu turun dulu, bagi ruang kat orang yang nak masuk, Tuhan dah bagi akal, fikir la. macam mana malaysia nak maju klu generasi sekarang ni tak pandai nak fikir. mana silapnya? sistem pendidikan? tu la, cara belajar masa sekarang dengan masa kita lain, sekarang manja, kena rotan sikit, mengadu, denda sikt, buat report, hmmm apa la.. "
aku terus mendengar dengan teliti.perkara2 seumpama itu menjadi perbualan hangat mereka. isu-isu semasa dikupas satu persatu. hangat sungguh perbualan mereka hinggakan orang disekeliling pun ada kalanya menjeling-jeling (tanda mereka berminat, atau tanda mereka sudah bengang dengan kebisingan pakcik dua orang ni).aku hanya mampu tersengih. kadang2, ada juga benarnya. hmm, memang benar pun apa yang dibualkan, cuma mungkin intonasi mereka agak menarik perhatian orang.
beberapa minit berlalu, akhirnya tiba jua di destinasi yang dituju. aku bersedia untuk turun dari bas. sedang aku nak bangun dari tempat duduk, pakcik-pakcik 2 orang tadi tu pun bangun, dan dengan selambanya, pakcik yang memakai baju sekuriti tu membuang tiket bas dengan mencampakkannya di tepi tempat duduk mereka. tak berdisiplin betul!
lebat sungguh berbicara perihal isu-isu semasa, isu-isu akhlak remaja, tapi disiplin diri pun tak cukup lagi. aduh, buat malu je pakcik oii..tu la..lain kali, pergi masuk kelas sivik dulu. mahu ditegur, takut dia tak puas hati, kang tiba2 tembak aku pulak.. walauapa pun, aku tahu, yang penting, aku harus ambil yang jernih.buang yang keruh, kalau taknak buang, convert jadi jernih :).

Saturday, September 25, 2010
gracias.
suasana hening pagi di pekan gerik betul betul buat aku tersedar betapa aku sangat rindukan hari-hari ketika zaman sekolah ku dulu. pada waktu itu, homework diberikan oleh cikgu pada hujung waktu kelas, dan pada keesokan harinya, jawapan akan diberikan.walaupun nampak macam sibuk, tapi sebenarnya kesibukan itu sangat mudah untuk diatasi, dengan syarat keajinan mesti ditunjukkan. sekarang, perkara dah berubah. walau rajin macam mana pun, kesibukan dengan diri anda takkan dapat dipisahkan, bagai laut dengan air masin. banyak yang harus diselesaikan...
- book review II
- vocab list
- preparation for SAT
- writing assignments
- oral comm project
- radio drama
- campaign
- dossier
- placement essay
- pengesahan sekolah
- recommendation letter
- translation of certificate
Tuesday, September 14, 2010
the cashier.
Bzzz..bzzz.. telefon bimbitku bergetar. oh, 'one message received' rupanya. aku terus membacanya. satu soalan ringkas dari seorang teman, bertanyakan kepada ku sesuatu, mengingatkan aku supaya tidak lupa akan kewajipan sebagai seorang muslim. Tanpa berlengah, aku menaip untuk membalas. Namun, SMS yang ingin dibalas gagal dihantar. 'Message sending failed.' adui.. rupanya, kredit aku berbaki RM0.00. tanpa berlengah, aku terus mencapai telefon kedua ku, lantas baru saja aku teringat rupanya Celcom aku juga kehabisan kredit. nak buat sos topup, dah buat pula (sos topup hanya boleh digunakan sekali saja sebelum bayaran RM2.50 dijelaskan) . hmm..jam menunjukkan 7.55pm.. "nantilah aku topup", fikirku.
Hari sudah semakin gelap, aku pun keluar membeli topup di kedai cina. "maxis 5, tulis." lalu, segera aku pulang dan kredit RM5 pun diterima. setelah ditolak RM2.50, tinggal separuh sajalah kredit aku. tanpa membuang masa, aku menyambung apa yang tertangguh pada waktu maghrib tadi. Tiba-tiba, terlintas di fikiran aku, "2 ringgit setengah macam tak cukup je".. pada waktu itu juga, aku segera keluar untuk menambah nilai kredit, malangnya, kedai cina tu dah tutup pula.. hum,, cuma 7e je yang ada. aku pun berjalan ke 7e, setibanya aku di sana, aku terus beratur di kaunter..
"erm,, topup maxis, 10, 10..(maxis 20 tak dijual)" kata aku. aku pun mengeluarkan wang RM1 sebanyak 20 keping sebagai persediaan untuk membuat bayaran.seraya cashier tu pun berkata "ouhh.. duit raya buat topup er.. call awek tu jimat2 sikit la ye.." aku terus membayar sambil tersenyum dan berlalu pergi. dalam hati "dia tu macam dah ada pengalaman je beli topup guna duit raya -_- "

Subscribe to:
Posts (Atom)